Isnin, 20 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Nelayan mahu bantuan berterusan

Posted:

Nelayan mahu bantuan berterusan

Nelayan mahu bantuan berterusan

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 19 Jun - Sejumlah 224 nelayan termasuk 31 awak-awak Pantai Kundor dan Tanjung Bidara yang terjejas dengan pembinaan jeti dan paip dasar laut oleh Petronas mengharapkan bantuan secara berterusan daripada kerajaan negeri.

Seorang nelayan, Zakaria Mahudin, 59, berkata, pemberian wang saguhati hanya mampu menampung kesulitan nelayan untuk tempoh sementara berbanding kesan jangka panjang yang terpaksa mereka tanggung ekoran pelaksanaan projek terbabit.

"Nelayan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri dengan memberi saguhati kepada kami hari ini, tetapi ia hanya mampu menampung kekurangan bagi tempoh 10 hari sebelum projek dimulakan nanti," katanya.

Zakaria ditemui pada majlis penyerahan sumbangan wang saguhati kepada nelayan terlibat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundur, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal.

Selain itu, seorang lagi nelayan, menurut Saleh Hasan, 37, nelayan di kawasan tersebut bergantung sepenuhnya dengan kerja-kerja menangkap ikan di kawasan tapak projek pembinaan jeti.

Katanya, nelayan terpaksa berpindah ke tempat lain yang agak jauh daripada penempatan mereka bagi menyambung kerja rutin.

Sementara itu, kata Ahmad Dagang, 60, nelayan di kawasan itu meraih pendapatan agak lumayan iaitu sekitar RM2,000 sebulan dengan menangkap ikan di kawasan tapak projek sebelum ini.

Namun, katanya, sejak kerja-kerja projek dimulakan, pendapatan mereka telah terjejas, malah amat sukar memperoleh RM100 sehari pada masa ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Projek jeti: Persatuan nelayan setuju pemberian pampasan

Posted:

Projek jeti: Persatuan nelayan setuju pemberian pampasan

Projek jeti: Persatuan nelayan setuju pemberian pampasan

MELAKA 19 Jun - Persatuan nelayan di Pantai Kundur dan Tanjung Bidara di sini, bersetuju dengan sumbangan saguhati kepada 224 nelayan termasuk 31 awak-awak di kedua-dua kawasan tersebut bagi memberi laluan kepada Petronas membina jeti serta paip dasar laut di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal berkata, pemberian wang saguhati RM1,400 kepada setiap nelayan merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi meringankan kesulitan golongan yang mendakwa terjejas akibat projek terbabit.

Sehubungan itu, katanya, tidak timbul soal tidak puas hati dalam kalangan nelayan terbabit berhubung jumlah pemberian wang saguhati yang didakwa tidak mencukupi bagi menampung kerugian yang dialami nelayan di kawasan terbabit.

"Jumlah wang saguhati yang diterima nelayan terlibat telah dipersetujui oleh pihak persatuan nelayan dan ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan negeri yang prihatin dengan kesulitan yang terpaksa nelayan tanggung akibat perlaksanaan projek jeti Petronas," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaian Cek Saguhati kepada nelayan Pantai Kundur dan Tanjung Bidara yang terlibat dengan projek pembinaan jeti Petronas Pantai Kundur di sini, hari ini.

Menurutnya, nelayan di kawasan berkenaan mendakwa pembinaan jeti dan paip dasar laut oleh Petronas menyebabkan habitat ikan di kawasan di situ terjejas sekali gus mengurangkan pendapatan nelayan.

Setakat ini, kata Perumal, kerajaan negeri hanya mampu memberikan sejumlah saguhati kepada nelayan terlibat mengikut perbincangan yang dipersetujui semua pihak sebelum ini.

"Kita tidak mampu untuk memberi sumbangan kepada nelayan mengikut tempoh perlaksanaan pembinaan jeti tersebut, kalau projek mengambil masa tiga tahun, kita tidak mampu untuk beri saguhati sepanjang tempoh itu.

"Saya amat berharap semua nelayan terbabit memahami situasi ini dan mereka dapat cari penyelesaian lain seperti mencari tempat baru bagi meneruskan kerja mereka selepas ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang tak pernah hargai usaha kerajaan BN - Musa Aman

Posted:

Pembangkang tak pernah hargai usaha kerajaan BN - Musa Aman

Pembangkang tak pernah hargai usaha kerajaan BN - Musa Aman

JELEBU 19 Jun - Usaha kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam menyediakan perkhidmatan terbaik buat rakyat tidak pernah dihargai pembangkang, malah mereka akan sentiasa menuduh kerajaan zalim dan melakukan penindasan terhadap rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dauk Seri Musa Aman berkata, tindak-tanduk mereka itu seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa parti UMNO dan BN berjaya melaksanakan negara berkebajikan sejak dahulu lagi yang ketika ini ini baru dicanang oleh pembangkang.

"Ini saya katakan pemimpin pembangkang memekakkan telinga membutakan mata kerana tidak dapat menerima kenyataan dan inilah cara pembangkang walaupun kerajaan melakukan apa yang terbaik buat rakyat.

"Rakyat pula jangan mudah terkeliru, kita mestilah sedar dan tahu apa yang baik dan buruk. Mana ada parti yang mempunyai rekod prestasi yang baik seperti UMNO dan BN," katanya.

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Sementara itu, Musa juga menjelaskan, Sabah akan terus menjadi 'simpanan tetap' UMNO dan BN dalam pilihan raya umum akan datang kerana rakyat negeri itu memerlukan kerajaan yang padu dalam melaksanakan pembangunan.

Jelas beliau, antara strategi UMNO dan BN di Sabah termasuklah mendekati rakyat melalui kaedah telus, taat, turun padang dan tunai janji (4T).

"Kita melihat hanya UMNO dan BN sahaja dapat memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat di negeri Sabah dapat dibela dari segi ekonomi, modal insan dan sebagainya.

"Pada masa yang sama kaedah 4T yang diguna pakai adalah cara UMNO dan BN untuk terus memenangi hati rakyat di Sabah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved