Isnin, 20 Jun 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Jimat 40 minit ke Lembah Klang

Posted:

Jimat 40 minit ke Lembah Klang

Jimat 40 minit ke Lembah Klang

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
kota@utusangroup.com.my


Shaziman Abu Mansor (kiri) diberi penerangan oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid pada majlis pecah tanah projek Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya di Rawang semalam. – UTUSAN/Hayat Sueet


KUALA LUMPUR 19 Jun – Komitmen kerajaan untuk mengutamakan rakyat sekali lagi terbukti apabila projek pembinaan bertingkat yang menghubungkan kawasan Sungai Buaya dengan Lebuh Raya Utara-Selatan dilancar secara rasmi hari ini, sekali gus menamatkan penantian 15 tahun penduduk di kawasan terlibat.

Kerja-kerja persimpangan bertingkat yang menelan perbelanjaan kira-kira RM100 juta telah dimulakan secara rasminya Selasa lalu dan dijangka siap pada 2013.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kerja pembinaan persimpangan bertingkat itu sebelum ini tertangguh kerana pemaju kawasan tersebut menghadapi masalah kewangan ekoran krisis ekonomi.

Beliau memberitahu, sebanyak RM86 juta daripada kos pembinaannya ditanggung oleh pihak PLUS Expressways Bhd. (PLUS), manakala kos pengambilan balik tanah seluas 25 hektar pula dibiayai oleh Kerajaan Pusat.

"Saya percaya dengan wujudnya persimpangan bertingkat ini nanti, ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 110,000 penduduk kawasan sekitar dengan penyediaan akses mudah ke lebuh raya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pecah tanah di sini, hari ini.

Tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat ke kawasan tersebut ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor berjanji mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut dan janji beliau telah ditunaikan apabila upacara pecah tanah bagi persimpangan bertingkat dilakukan hari ini.

Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya terletak di Kilometer (KM) 434.7 Lebuhraya Utara-Selatan iaitu di antara Persimpangan Bertingkat Rawang di KM444 dan persimpangan bertingkat Bukit Beruntung di KM428.

Shaziman menjangkakan, pembinaan persimpangan yang akan siap pada 13 Jun 2013 itu akan dapat memendekkan jarak perjalanan dua hala sehingga 32 kilometer serta menjimatkan perjalanan antara 40 minit hingga 1 jam ke Lembah Klang.

Menurutnya, persimpangan itu juga akan bertindak sebagai laluan alternatif serta kemudahan akses bagi dua aktiviti industri utama manakala lebih 100 industri kecil dan sederhana (IKS) yang sedia ada di kawasan tersebut.

"PLUS juga sedang dalam proses membina dua lagi persimpangan bertingkat yang baru di Alor Pongsu dan Bukit Gambir untuk memberi lebih manfaat kepada orang ramai," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Sungai Buaya, Datuk Ruslee Hashim ketika ditemui menyatakan kesyukuran serta berterima kasih kepada Kerajaan Pusat.

Katanya, Jawatankuasa Persatuan Penduduk tidak pernah berputus asa sebaliknya terus melakukan desakan demi desakan dan akhirnya impian mereka menjadi kenyataan hari ini.

"Lebuh raya itu akan menjadi jalan penghubung strategik dan penting untuk trafik komuter harian ke ibu negara, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pelabuhan Klang dan kawasan industri lain seperti Shah Alam dan Petaling Jaya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sistem paip dalaman penyebab air keruh

Posted:

Sistem paip dalaman penyebab air keruh

Sistem paip dalaman penyebab air keruh

PETALING JAYA 19 Jun - Sistem perpaipan dalaman mungkin penyebab kepada kekeruhan air yang dibekalkan ke rumah dan juga premis-premis bangunan.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata, kualiti air Syabas adalah menepati piawai yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan tidak mungkin air yang dibekalkan keruh warnanya.

Katanya, Syabas sentiasa memberi penekanan dalam kualiti air dan ini terbukti apabila ujian ke atas air di paip Syabas mendapati bahawa kadar klorin adalah mencukupi untuk menyahkan bakteria dalam air.

"Begitu juga dengan kejernihan air. Didapati bahawa air itu 'zero in colour' atau tidak mempunyai warna dan tidak keruh. Ini adalah hasil yang diperoleh daripada paip Syabas.

"Namun, pada ujian kedua yang mana sampel air diambil daripada tangki premis dan bangunan mendapati bahawa memang ada perubahan pada air iaitu terdapat kandungan asid yang lebih dan bermakna kandungan alkali sudah pun berkurangan.

"Kandungan klorin juga banyak berkurangan serta air kelihatan sedikit keruh," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi dialog menerusi program Skuad Ronda Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di ibu pejabat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Sungai Way di sini baru-baru ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Datuk Paul Selva Raj.

Abdul Halem berkata, pihak Syabas bertanggungjawab terhadap kualiti air sebelum meter paip dan pihaknya akan mencuci paip air jika didapati air itu keruh.

Katanya, pihaknya mempunyai pusat sampel air dan sentiasa mengadakan ujian secara berjadual supaya dapat memastikan kualiti air berada pada tahap yang baik.

"Kalau kami memperoleh sampel air yang keruh selepas meter air maka kami akan menasihatkan pengguna agar mencuci tangki dalaman atau pun menggantikan paip baru.

"Kami akan menasihatkan pengguna jika kualiti air itu berada pada tahap yang serius kerana ia melibatkan kos daripada pengguna sendiri," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penjaja di Bazaria Pantai bertuah

Posted:

Penjaja di Bazaria Pantai bertuah

Penjaja di Bazaria Pantai bertuah

KUALA LUMPUR 19 Jun - Peniaga-peniaga yang mendapat peluang berniaga di Pusat Penjaja Bazaria Pantai, Pantai Dalam di sini sangat bertuah kerana bakal menjalankan perniagaan di tempat yang selesa dengan pelbagai kemudahan.

Ia adalah sebaliknya daripada apa yang dirungutkan sebahagian penjaja tepi Jalan Bukit Angkasa, yang mendakwa unit gerai di bazar berkenaan terlalu kecil dan tidak selamat.

Saiz gerai di bazar tersebut sebenarnya yang paling besar jika dibandingkan dengan gerai di pusat-pusat penjaja lain di ibu negara.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pusat penjaja itu juga sangat unik kerana mempunyai persekitaran yang sangat cantik.

Katanya, melihat kepada perkembangan ini, bazar ini mempunyai kelebihan yang sangat ketara berbanding pusat penjaja di tempat lain.

"Di sini telah disediakan pelbagai landskap yang menarik, di samping terdapat kawasan hijau yang mampu memberi ketenangan kepada peniaga mahupun pengunjung.

"Yang paling penting, dengan adanya bazar ini, masalah trafik yang sering menghantui penduduk sekitar selama ini akan turut selesai," katanya bagi mengulas rungutan sesetengah peniaga yang menyatakan unit gerai di Bazaria Pantai adalah kecil dan tidak selesa, baru-baru ini.

Terdahulu, Nong Chik merasmikan pembukaan bazar tersebut dan menyerahkan kunci dan surat tawaran berniaga kepada 81 peniaga.

Bazaria Pantai mempunyai 157 unit gerai, menelan belanja RM5.3 juta dan RM3.3 juta daripada jumlah itu ditampung oleh Kumpulan Amona.

Projek itu terbahagi kepada dua fasa, dengan yang pertama melibatkan pembinaan 117 unit gerai, sebuah surau, sebuah rumah sampah dan tandas, manakala fasa kedua bakal bermula pada pertengahan bulan depan.

Kadar sewa yang dikenakan kepada peniaga di situ adalah sebanyak RM150 sebulan.

Nong Chik berharap peniaga yang sudah mendapat kunci segera berpindah masuk dalam masa terdekat.

"Kami beri tempoh sebulan kepada mereka ini untuk berpindah, selepas semuanya selesai, kami akan mula membersihkan gerai-gerai yang terdapat di tepi jalan kawasan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved