Isnin, 20 Jun 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Mahfuz, Taib Azamuddin digugur

Posted:

Mahfuz, Taib Azamuddin digugur

Mahfuz, Taib Azamuddin digugur

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 20 Jun - Pas Kedah merombak saf kepimpinan parti itu termasuk menggugurkan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya III, Datuk Taib Azamuddin Md. Taib daripada jawatan masing-masing berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengekalkan kedudukannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, rombakan tersebut adalah sebagai persediaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka bakal berlangsung pada bila-bila masa.

"Senarai baru itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan Pas Kedah yang bermesyuarat di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, kelmarin," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dengan Bank Islam Thailand di Seri Mentalon di sini, hari ini.

Azizan berkata, jawatan Mahfuz digantikan oleh Exco Kesihatan, Dr. Ismail Salleh manakala Taib Azamuddin digantikan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Md. Isa Shafie.

"Selain itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Negeri Kedah," katanya.

Beliau berkata, jawatan Setiausaha Pas Kedah yang sebelum ini dipegang oleh Muhamad Yusuf Husin digantikan Pegawai Khas (Penerangan) Menteri Besar Kedah, Musoddak Ahmad.

"Bagi jawatan Bendahari yang sebelum ini dipegang oleh Exco Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul pula, diambil alih oleh Datuk Ir. Amiruddin Hamzah.

"Jawatan Ketua Penerangan Pas Kedah yang sebelum ini disandang Amiruddin pula diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md. Nor," katanya.

Azizan memberitahu, bagaimanapun tiada perubahan jawatan bagi Ketua Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama Pas dalam rombakan itu.

Menurutnya, Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah kekal diterajui oleh Ahmad Yahya manakala Exco Kebajikan dan Pembangunan Wanita, Siti Ashah Ghazali mengetuai Dewan Muslimat dan Sheikh Mohamad Abdullah memimpin Dewan Ulama Pas Kedah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang letak jawatan

Posted:

Pembangkang letak jawatan

Pembangkang letak jawatan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 20 Jun - Semua wakil rakyat pembangkang diminta supaya meletakkan jawatan sekiranya mereka masih bertegas untuk menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata, ini disebabkan kesemua mereka tidak mempercayai sistem demokrasi dan pilihan raya yang diamalkan di negara ini.

Beliau berkata, sekiranya mereka enggan berbuat demikian, ia membuktikan bahawa pihak pembangkang yakin dengan sistem sedia ada dan mengiktiraf hak rakyat untuk memilih.

"Saya ingin bertanya, adakah wakil rakyat pembangkang yang mendapat jawatan tersebut atau gelaran 'Yang Berhormat' secara sah? Jika ya, mereka telah mengakui bahawa pilihan raya ini diadakan dengan adil dan untuk apa lagi perhimpunan Bersih.

"Tetapi jika wakil rakyat ini masih bertegas mengatakan sistem demokrasi di negara ini tidak betul, ia bermakna mereka memegang jawatan secara tidak sah kerana mereka dipilih melalui sistem pilihan raya yang tidak sah, maka mereka perlu meletakkan jawatan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat pihak pembangkang untuk meneruskan perhimpunan haram Bersih di ibu negara pada awal bulan depan.

Wan Khairul Ikhsan yang juga Timbalan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) menyifatkan perhimpunan haram tersebut hanya satu polemik dan strategi politik untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kekuatan pembangkang di negara ini masih sama seperti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Kalau benar Pilihan Raya Umum 2008 tidak bersih, masakan mereka memenangi lebih 80 kerusi di Dewan Rakyat dan menawan lima buah negeri. Ini adalah perhimpunan yang 'tidak bersih' untuk menyusahkan rakyat.

"Saya pernah terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 2007 dan tahu bagaimana cara mereka bergerak, tetapi kali ini saya percaya ia tidak akan berjaya serta tidak mendapat sambutan daripada rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved