Isnin, 12 Mei 2014

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Belia pemimpin pelapis negara

Posted: 11 May 2014 12:25 PM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

BAGAN DATOH 11 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir meminta golongan belia mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran untuk menjadi pemimpin masa depan.

Beliau berkata, golongan tersebut merupakan aset yang bakal menentukan kemajuan negara pada masa akan datang.

Adalah menjadi harapan kerajaan negeri untuk melihat generasi muda hari ini bersiap sedia dan menjadi lebih baik supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab untuk menjadi pemimpin negara pada masa depan.

Golongan belia adalah tonggak kepada kemajuan negara yang menuntut mereka bersedia dari sekarang dengan segala ilmu dan kemahiran," katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Belia peringkat negeri di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya; Presiden Majlis Belia negeri, Hasnul Fairuz Hushin Amri dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Mohd. Azhari Mohammad.

Program berkenaan diadakan sempena Festival Belia Putrajaya yang dijadual berlangsung pada 23 hingga 25 Mei depan.

Seramai 100 orang belia bakal mewakili negeri ini dalam festival peringkat kebangsaan itu nanti.

JKM dekati masyarakat daftar OKU

Posted: 11 May 2014 12:25 PM PDT

Suraya Yaacob (dua dari kanan) menyampaikan Kit Insentif Kelahiran Anak kepada salah seorang penerimanya di Kuala Ketil, Kedah, baru-baru ini.

BALING 11 Mei - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini giat mendekati masyarakat setempat bagi memudahkan mereka mendaftarkan ahli keluarga yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata berkata, OKU merupakan kumpulan sasaran agensi terbabit demi menjamin kebajikan mereka.

Sepuluh peratus daripada jumlah penduduk Malaysia terdiri daripada golongan OKU namun hanya 50 peratus daripadanya berdaftar sebagai golongan OKU.

Masalah pembelajaran dan mereka yang telah dipotong kakinya akibat diabetis juga tergolong dalam golongan OKU dan mereka juga perlu didaftarkan dengan JKM," katanya ketika merasmikan Karnival Jom Daftar OKU dan Penyampaian Insentif Kelahiran Anak (IKA) di gelanggang bola keranjang Kuala Ketil dekat sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Pengarah JKM negeri, Md. Noor Chik; Pegawai JKM daerah, Nazatul Iffah Abdullah dan Ketua Pemuda UMNO Baling, Mohd. Noor Mohd. Amin.

Menurut Suraya, satu kempen pendaftaran OKU perlu diadakan bagi menggalakkan lebih ramai OKU yang layak mendaftar dengan JKM.

Katanya, Pusat Khidmat Setempat (PKS) di Bedong turut ditubuhkan bagi memudahkan masyarakat mendaftarkan ahli keluarganya yang dikategorikan sebagai OKU.

Sebelum ini, untuk pendaftaran OKU, mereka perlu ke hospital-hospital untuk dapatkan surat pengesahan daripada pakar-pakar perubatan tetapi kini mereka boleh ke PKS kerana semua proses untuk mendapatkan kad OKU ada di sana," katanya.

Suraya berkata, banyak program perlu dijalankan bagi menggalakkan orang ramai membuat pendaftaran ahli keluarga OKU supaya segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dapat digunakan sepenuhnya.

Terdapat 15 keistimewaan akan diberikan oleh kerajaan kepada pemegang-pemegang kad OKU dan kerajaan sentiasa berusaha menaikkan taraf perkhidmatan yang diperlukan oleh mereka," katanya.

Negeri ini kini mempunyai 35 buah pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang digunakan sebagai alternatif bagi OKU menjalani latihan harian di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat setempat.

2,700 sertai larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah

Posted: 11 May 2014 12:25 PM PDT

Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim diiringi oleh Zambry Abd. Kadir bersama kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz Kuala Kangsar selepas Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah 2014 di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

KUALA KANGSAR 11 Mei - Kira-kira 2,700 peserta yang terdiri daripada warga tempatan dan luar negara termasuk Jepun, Thailand serta Filipina menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah 2014 yang berlangsung di sini hari ini.

Majlis pelepasan peserta yang bermula pada pukul 6.40 pagi di padang Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Clifford itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Turut berangkat Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim serta putera dan puteri baginda iaitu Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan; Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mohd. Ghazali Jalal dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Larian yang masuk tahun ketiga dianjurkan itu mempertandingkan beberapa kategori antaranya 15 kilometer Terbuka Wanita, Lelaki dan Veteran serta 7 kilometer bagi kanak-kanak.

Dalam pertandingan tersebut, Shaharudin Hashim muncul juara kategori Lelaki Terbuka 15 Kilometer dengan catatan masa 54 minit 55 saat manakala tempat kedua disandang Ow Yong Jin Kuang dan ketiga, Lily Suhairi Md. Yang Ghazali.

Bagi kategori wanita terbuka 15 Kilometer pula disandang Yee Pei Ni dengan catatan masa sejam 11 minit diikuti Ailyn M. Arjona di tempat kedua dan Looi Mei Yan di tempat ketiga.

Acara Lelaki Veteran 15 kilometer pula menyaksikan Casey merangkul juara dengan mengumpul masa 59 minit 5 saat diikuti V.Devandran dan S. Genesan ditempat ketiga.

Kategori Wanita Veteran 15 kilometer pula dimenangi oleh Ng Sun Nee dengan catatan masa sejam 9 minit diikuti Emilia Jamil dan Ewe Bee Hong.

Majlis yang turut dimeriahkan dengan persembahan pancaragam dan formasi kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut itu turut mendapat perkenan Raja Nazrin dan Tuanku Zara untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved