Isnin, 12 Mei 2014

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Sedia rintis projek tani inovasi

Posted: 11 May 2014 12:25 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

MOHAMED Khaled Nordin (empat dari kiri) melawat ruang pameran MARDI selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Kupang di Kampung Pasir Gudang Baru, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU 11 Mei - Johor bersedia menjadi perintis kepada sebarang projek pertanian berinovasi yang ingin dijalankan kerajaan sekali gus menjadi negeri pertama menjayakan usaha yang digerakkan dalam bidang tersebut.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjalankan apa-apa program pertanian itu.

Menurutnya, kesediaan itu juga adalah bagi memastikan negeri ini mampu kekal sebagai pengeluar utama makanan negara di masa akan datang termasuk tidak boleh lari daripada memperkenal dan mengaplikasikan inovasi dalam pertanian.

Biarpun kita mengenai pembangunan Iskandar Malaysia serta minyak dan gas, namun saya suka beri penekanan bahawa pertanian juga akan diberi perhatian seiring dengan pembangunan sektor lain.

Justeru, kita bersedia bekerjasama dengan kementerian bagi menjayakan usaha itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah pusat pengumpulan dan pemprosesan kupang di Kampung Pasir Gudang Baru di sini hari ini.

Pusat tersebut yang dibina dengan kos RM410,000 dijangka dapat memproses sebanyak 1,716 tan kupang setahun sekali gus diharap mempertingkatkan pendapatan penduduk setempat.

Mohamed Khaled berkata, dalam usaha merealisasikan hasrat itu, kerajaan negeri bersedia menjadikan Segamat sebagai daerah yang asas pembangunannya berlandaskan kepada industri asas tani dan usaha itu sedang digiatkan

Tambahnya, tiga pihak iaitu kementerian, Johor Corporation (JCorp) dan Johor Biotechnology & Biodiversity Corporation (J-BioTech) sedang menjalankan kajian bagi menterjemahkan usaha yang ingin dilaksanakan kerajaan negeri di Segamat.

J-Biotech juga sedang jalankan kajian bidang apa yang boleh dijayakan menerusi industri bioteknologi, saya yakin mereka akan dapat merancang sesuatu dalam masa terdekat," ujarnya.

Ubah sikap tidak ambil tahu harga barang

Posted: 11 May 2014 12:25 PM PDT

HALIMAH Mohamed Sadique bersalaman dengan pemimpin masyarakat pada Program Taklimat GST Parlimen Tenggara di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 11 Mei - Budaya tidak mahu ambil tahu tentang harga barang dalam kalangan masyarakat perlu dikikis menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, hal demikian kerana kebanyakan daripada masyarakat sekadar membayar tanpa mengambil tahu nilai atau harga barangan yang dibeli.

Apabila seseorang itu maklum tentang perkara tersebut maka secara tidak langsung mereka juga akan tahu berapa banyak cukai yang telah dibayar. GST bukan cukai tambahan sebaliknya satu struktur baharu cukai yang menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kadar pelaksanaan GST mulai tahun 2015 adalah pada enam peratus dan merupakan yang terendah di Asia Tenggara berbanding Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina yang mengenakan kadar GST sebanyak 10 peratus manakala di Singapura dan Thailand pada kadar tujuh peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Taklimat GST Parlimen Tenggara anjuran Pejabat Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dan Jabatan Penerangan Daerah Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd Noorazam Osman; Yang Dipertua MDKT, Hasrin Kamal Hashim; Pegawai Penerangan Daerah Kota Tinggi, Ishak Hassan dan Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Jamaludin A Hamid.

Sementara itu, Noorazam yang ditemui berkata program tersebut akan dikembangkan di peringkat akar umbi supaya dapat menjadi satu sistem dan gaya hidup masyarakat.

Mungkin ada yang rasa taklimat ini tidak penting kerana bersifat taklimat jabatan dan belum sampai masanya untuk ambil tahu. Tanggapan tersebut perlu dibuang kerana sebagai rakyat kita perlu ambil berat dan ambil tahu berkenaan GST.

Melalui taklimat seperti inilah dapat memberi persediaan kepada kita dalam berdepan dengan keputusan yang dibuat kerajaan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved