Ahad, 11 Mei 2014

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Kedah tetap bina litar lumba

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

AMINUDDIN Omar (tiga dari kanan) menyampaikan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia kepada Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah pada Majlis Perasmian Karnival Mesra Belia di Alor Setar, kelmarin. - UTUSAN/Safrizal Azmi

ALOR SETAR 10 Mei - Setahun berlalu, namun litar lumba untuk golongan muda di negeri ini yang dijanjikan Barisan Nasional (BN) dalam aku janjinya pada Pilihan Raya Umum lalu masih belum ada tanda fizikal akan dibina.

Namun itu tidak bermakna janji itu dilupakan begitu saja sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kesenian, Kebudayaan, Warisan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Aminuddin Omar mengesahkan bahawa pihaknya kini dalam peringkat mengenal pasti tapak sesuai untuk membina kemudahan itu.

Sebelum ini saya sudah membuat dua pembentangan kertas cadangan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir. Beliau amat komited bagi memastikan perkara ini menjadi kenyataan.

Kami sedang meneliti enam tapak yang difikirkan sesuai di Sungai Petani untuk membina litar berkenaan. InsyaAllah, setiap apa yang kami janjikan akan ditepati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mesra Belia di pekarangan Stadium Darul Aman di sini semalam.

Karnival yang berlangsung selama empat hari itu menampilkan pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat golongan berkenaan seperti pameran kereta dan motosikal, persembahan lagak ngeri serta jualan pelbagai barangan untuk golongan muda.

Aminuddin menambah, sebaik kawasan yang sesuai dikenal pasti, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Exco kerajaan negeri secepat mungkin agar pembinaannya dapat dimulakan.

Litar itu mahu dipastikan mempunyai spesifikasi terbaik. Untuk itu, kami berharap untuk mendapatkan nasihat daripada Sepang International Circuit (SIC).

Apa pun, golongan belia usah bimbang. Litar ini akan dipastikan untuk dirakyatkan agar sesiapa jua yang berminat dalam sukan pemotoran dapat menggunakannya," katanya.

Majukan tanah terbiar di Baling untuk pertanian

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

BALING 10 Mei - Kerajaan negeri akan memajukan tanah terbiar di daerah ini dengan mewujudkan satu kluster makanan yang bersesuaian dalam masa terdekat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian negeri akan memajukan 300 hektar daripada 800 hektar tanah terbiar yang dikenal pasti untuk sektor pertanian.

Tanah-tanah terbiar di sini masih banyak, kerajaan negeri bersedia mewujudkan satu kluster makanan yang bersesuaian dengan lebih terperinci dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Kerajaan negeri juga sedang menyiapkan pemetaan untuk setiap daerah menurut kluster masing-masing di bawah jawatankuasa daerah," katanya ketika lawatan kerja sehari ke daerah ini di Ulu Legong, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohd. Noor Mohd. Amin dan Pengerusi Biro Pertanian UMNO Baling, Taufik Yaacob.

Menurut beliau, jawatankuasa tersebut diberi tugas untuk merancang perbelanjaan dan cara memaksimumkan persekitaran sedia ada.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pertanian UMNO Bahagian Baling, Taufik Yaacob menyambut baik cadangan untuk menggunapakai tanah-tanah terbiar tersebut dengan tanaman kontan seperti kayu ubi dan sebagainya.

Daripada kajian, keperluan pasaran untuk ubi kayu yang siap diproses memerlukan lebih kurang 200 tan sebulan bagi keperluan pasaran dan eksport.

Ia juga berpotensi menjana ekonomi setempat dan membuka peluang kepada masyarakat kampung untuk mengkomersialkan hasil tanaman mereka di tanah-tanah terbiar yang mereka usahakan," kata Taufik.

Taufik juga berkata, melalui Biro Pertanian yang diterajuinya akan cuba membantu mengenalpasti tanah-tanah terbiar tersebut dari segi hak milik, kesesuaian tanah dan sebagainya supaya ia dapat dilaksanakan dengan kadar segera.

Ketika lawatan itu, Suraya turut melihat beberapa projek pertanian dan pelancongan yang boleh dikomersialkan seperti Homestay Keda Air Panas Ulu Legong; pembuatan makanan ringan seperti kerepek bawang, bahulu panas dan makanan tradisional; ternakan madu kelulut, udang galah, ayam kampung; dan kopi.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved