Ahad, 18 Mei 2014

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Syarat baharui lesen nelayan

Posted: 17 May 2014 12:21 PM PDT

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 17 Mei - Seluruh nelayan yang berdaftar di negeri ini yang ingin memperbaharui lesen nelayan boleh digantung sekiranya terbukti mereka didapati positif dadah.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman (gambar) berkata, syarat baharu itu diperkenalkan bagi memastikan tidak ada di kalangan 1,760 nelayan terlibat dengan gejala dadah.

Menurutnya, bagi tujuan tersebut setiap nelayan perlu menjalani pemeriksaan fizikal terlebih dahulu sebelum ujian air kencing dibuat bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada sebarang bentuk dadah.

Pemeriksaan akan dibuat secara rambang dan jika kita dapati ada nelayan yang diragui barulah pemeriksaan ujian air kencing akan dijalankan ke atas mereka.

Jika hasil ujian air kencing mendapati mereka positif dadah, permohonan mereka untuk memperbaharui lesen tidak akan diluluskan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hasan berkata, setakat ini seluruh nelayan telah dikenal pasti bebas daripada pengaruh dadah dan tidak terlibat dengan perkara tersebut.

Walaupun begitu, kita mahu kesemua tekong memastikan awak-awak mereka juga turut bebas daripada dadah jika tidak lesen mereka boleh digantung dengan serta-merta," tegasnya.

Menurutnya, syarat tersebut diperkenalkan bertujuan memastikan nelayan dapat menjalankan kerja dengan selamat serta dan tidak dipengaruhi unsur menghayalkan sehingga membahayakan nyawa mereka ketika keluar menangkap ikan.

Justeru beliau meminta nelayan yang mahu memperbaharui lesen bersedia dengan syarat lebih sistematik.

Katanya, selain syarat perlu bebas dadah, tekong juga mesti mengendalikan bot mereka sendiri dan tidak diberikan kepada orang lain untuk mengendalikannya termasuk oleh pendatang asing.

Jabatan Perikanan memandang serius perkara ini kerana telah banyak tangkapan dilakukan malah kita akan mengambil tindakan tegas sekiranya tekong yang mempunyai lesen memberikan bot mereka untuk dikendalikan orang lain tanpa permit," katanya.

Kerjasama strategik kerajaan negeri, DPMM NS

Posted: 17 May 2014 12:21 PM PDT

SEREMBAN 17 Mei - Kerajaan negeri akan menjalin kerjasama strategik dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Negeri Sembilan (DPMM NS) dalam usaha memastikan lebih ramai usahawan Melayu mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi yang sedang rancak di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi mencapai hasrat itu, beliau mencadangkan ahli dewan itu hadir sebagai ahli ex-officio dalam mesyuarat yang dijalankan oleh jabatan dan agensi kerajaan berkaitan seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS).

Dengan cara itu, katanya, usahawan Melayu terutamanya ahli DPMM NS akan mendapat maklumat yang terbaharu mengenai situasi dan program pembangunan ekonomi yang akan dilaksanakan di negeri itu.

Kerajaan negeri akan cuba sedaya upaya merealisasikan hasrat ini bagi memastikan usahawan Melayu di negeri ini akan dapat bersama-sama mencapai pembangunan ekonomi yang sedang rancak di Negeri Sembilan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis hitea bersama ahli jawatankuasa DPMM NS di sini semalam.

Yang turut hadir, Yang Dipertua DPMM NS, Abdul Rahman Yaakub.

Majlis ramah mesra itu adalah yang pertama antara Menteri Besar dengan ahli jawatankuasa DPMM NS yang baharu dipilih dalam mesyuarat agung dewan itu Mac lalu.

Mohamad berkata, beliau amat berbesar hati dengan pertemuan tersebut dan mereka turut membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan hala tuju dewan berkenaan yang ditubuhkan kira-kira 40 tahun lalu.

Antaranya, menurut beliau, dewan tersebut perlu memainkan peranan sebagai jambatan yang menghubungkan usahawan Melayu yang memerlukan khidmat nasihat, latihan dan bimbingan dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Jambatan ini perlu kukuh dan di sini letaknya peranan dewan yang menghubungkan antara kedua-duanya.

Saya hendak beri pandangan dan nasihat supaya dewan tidak bersikap eksklusif kepada ahli semata-mata kerana ramai usahawan di Negeri Sembilan yang dahagakan nasihat serta tunjuk ajar dan yang penting sekali ialah hubungan rangkaian perniagaan," ujarnya.

Mohamad memberitahu, beliau yakin jawatankuasa dewan yang baharu dipilih itu mampu memikul tanggungjawab bagi meletakkan DPMM NS di landasan yang betul bagi melonjakkan usahawan Melayu di peringkat yang lebih tinggi.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved