Ahad, 18 Mei 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kanak-kanak lemas dalam tong simpanan air

Posted: 17 May 2014 11:51 PM PDT

BANTING 18 Mei- Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia pada pukul 3 pagi semalam akibat lemas dalam sebuah tong simpanan air di rumahnya di Teluk Panglima Garang di sini.

Kanak-kanak berusia setahun sembilan bulan itu dijumpai oleh ibunya, Aminah Samion pada pukul empat petang semalam. - UTUSAN ONLINE

Gerakan militan tak akan diberi ruang ancam keselamatan negara - KPN

Posted: 17 May 2014 05:15 AM PDT

ARAU 17 Mei - Gerakan militan di Malaysia tidak akan diberi ruang atau peluang untuk mengancam keselamatan negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, polis tidak akan membiarkan sebarang elemen atau apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan gerakan pengganas untuk bertapak dan berkembang di sini.

``Insya-Allah kita sentiasa buka mata seluas-luasnya kerana menjadi tugas serta tanggungjawab kita untuk memantau sepanjang masa aktiviti rakyat dan warga asing yang mungkin mempunyai elemen gerakan pengganas.

``Saya hendak ingatkan dan memberi amaran apa sahaja ancaman mereka terhadap keselamatan negara tidak akan dibenarkan, dan mereka juga tidak akan terlepas daripada jaringan kami.

``Kita juga sentiasa berusaha keras membanteras gerakan militan dari awal supaya mereka tidak berpeluang bertindak,'' katanya kepada pemberita ketika mengulas perkembangan gerakan militan di Malaysia.

Beliau ditemui di Istana Arau selepas menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran `Datuk Seri' daripada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bersempena sambutan ulang tahun ke-71 keputeraan baginda hari ini.

Khalid juga berkata sebarang maklumat terkini, termasuk usaha yang dijalankan dan cara polis bekerja, tidak boleh didedahkan agar risikan tidak terjejas.

``Biarlah ini menjadi rahsia polis namun kita sentiasa bekerjasama rapat dan bertukar maklumat risikan dengan agensi kerajaan yang berkaitan,'' katanya.

Beliau berkata ketika ini, Malaysia aman dan bebas ancaman gerakan militan.

Katanya, polis mempunyai anggota yang mencukupi untuk menjalankan tanggungjawab termasuk menangani aktiviti pengganas. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved