Rabu, 23 April 2014

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Wajib sertai Askar Wataniah - MB

Posted: 22 Apr 2014 11:40 AM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

MOHAMAD Hasan mendengar penerangan daripada pegawai tentera berkenaan ikhtiar hidup di dalam hutan pada majlis Hi-Tea JAKPAW bersama Media di Lapang Sasar 15 RAMD Kem Senawang semalam. Turut hadir Brigedier Jeneral Datuk Adnan Abu Bakar (kiri). - UTUSan/ASWAD YAHYA

SEREMBAN 22 April - Semua Exco kerajaan negeri dan ketua jabatan diwajibkan untuk menyertai Rejimen 508 Askar Wataniah bagi menarik penyertaan lebih ramai kakitangan kerajaan untuk menganggotai perkhidmatan pasukan keselamatan itu.

Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) negeri, Brigedier Jeneral (Kehormat) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, arahan berkenaan bagaimanapun tertakluk kepada tahap kesihatan semua Exco kerajaan negeri dan ketua jabatan sebelum mereka benar-benar berkelayakkan untuk menyertainya.

Beliau berkata, langkah menggalakkan penyertaan pegawai kerajaan itu susulan daripada penubuhan Platun Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan yang dilancarkan pada Februari lalu.

"Anda boleh katakan ini sebagai satu arahan. Semua Exco kerajaan negeri dan ketua jabatan perlu menyertai rejimen ini tanpa ada sebab melainkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

Kalau saya boleh sertainya masuk ke hutan dan jalani latihan kenapa mereka tidak boleh?

"Tidak ada gunanya kalau orang berjawatan tinggi dalam kerajaaan bercakap meminta orang sertai Wataniah tetapi kita pula tidak menyertainya. Ini tidak betul dan saya fikir sudah tiba masanya untuk mereka melakukan perkara yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Jamuan Minum Petang JAKPAW negeri bersama Media di Lapang Sasar 25 Meter di Kem 15 Rejimen Askar Melayu Diraja Senawang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr. Awaludin Said serta barisan Exco kerajaan negeri lain.

Mohamad yang juga Menteri Besar memberitahu, setakat ini tiga batalion Wataniah telah diwujudkan di Seremban, Kuala Pilah dan Tampin dan kumpulan ini akan diperluaskan di semua daerah dalam tempoh terdekat.

Kata beliau, kerajaan negeri akan memberikan sokongan padu dalam sebarang bentuk latihan yang terasnya untuk mempertahankan negara bagi memelihara keamanan dan kesejahteraan semua.

"Kerajaan negeri sentiasa menyokong segala aktiviti dan pelaksanaan latihan yang dikendalikan Rejimen 508 Askar Wataniah dalam usaha menarik lebih ramai anak watan menyertainya.

"Dalam soal kesiapsiagaan serta mempertahankan kedaulatan negara, kita tidak boleh letakkan tanggungjawab ini kepada tentera semata-mata tetapi tugas ini perlu digalas setiap anggota masyarakat kerana ancaman boleh datang bila-bila masa dan kita perlu bersedia," katanya.

Peranan JKKK terap budaya integriti

Posted: 22 Apr 2014 11:40 AM PDT

MELAKA 22 April - Penerapan budaya serta amalan integriti di peringkat akar umbi mampu dijayakan melalui peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, keyakinan itu melihat kepada fungsi JKKK sebagai ejen pembangunan dan perhubungan masyarakat dengan kerajaan.

Menurutnya, JKKK sebagai pemimpin masyarakat perlu mempamerkan nilai integriti terlebih dahulu sebelum mengharapkan masyarakat atau orang sekelilingnya mengamalkannya.

"Untuk mencapai budaya tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, kita sebagai pemimpin perlu terlebih dahulu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar JKKK Sebagai Ejen Transformasi Luar Bandar dan Penyampaian Watikah Pelantikan JKKK di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.

Yang hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Naim Abu Bakar dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman.

Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 257 JKKK termasuk JKKK Kampung Baru di seluruh negeri ini dengan bilangan ahli berjumlah 4,483 orang.

Jelas Idris, walaupun peningkatan integriti adalah subjektif, beliau yakin usaha itu tidak mustahil untuk dijayakan menerusi pelbagai program yang diatur dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu katanya, JKKK perlu bersedia menerajui organisasi di kawasan masing-masing dan menyalurkan maklumat terkini kepada masyarakat dengan tepat, telus, adil dan amanah.

Peranan JKKK juga jelas beliau, perlu seiring dengan falsafah dan matlamat kerajaan, berfikir di luar kotak dan sentiasa berusaha menukar masalah kepada peluang serta mencari kaedah penyelesaian.

"Oleh itu, laksanakanlah tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan penuh kesungguhan serta yakin bahawa kesungguhan itu akan memberikan manfaat yang besar kepada kita," ujarnya.

Ikram jelajah NS berdakwah

Posted: 22 Apr 2014 11:40 AM PDT

SEREMBAN 22 April - Pertubuhan Ikram Negeri Sembilan (Ikram) bakal menjelajah ke setiap daerah di negeri bagi memberi sokongan kepada saudara baharu yang masih memerlukan bimbingan dan penerangan daripada pihaknya.

Yang Dipertuanya, Prof. Madya Badlishah Sham Baharin berkata, program ini merupakan salah satu usaha yang akan menjadi satu titik tolak dalam memberi impak positif kepada masyarakat khususnya saudara baru sekali gus mengeratkan silaturrahim sesama saudara Islam.

"Kita akan mengadakan pelbagai program seperti forum, dialog antara kaum, dialog antara agama agar setiap individu memahami dan dapat menyelesaikan masalah yang menyentuh isu perkauman dan agama.

"Malah program sebegini akan membincangkan isu-isu sentimen yang sensitif menjurus kepada isu perkauman dan dapat timbulkan suasana harmoni," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menjadi salah seorang panel dalam Forum Harmoni yang dianjurkan oleh Hidayah Centre Negeri Sembilan di Restoran City Park Oriental, Seremban 2 di sini kelmarin.

Forum ini mendapat kerjasama daripada Ikram, Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH) dan Persatuan Cina Muslim Negeri Sembilan (MACMA NS).

Sementara itu, Timbalan Presiden MACMA, Prof. Dr. Taufik Yap Yun Hin berkata, program ini dijalankan bagi menjelaskan salah faham Islam dalam kalangan orang bukan Islam khususnya bangsa Cina.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved