Sabtu, 5 April 2014

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Masih ramai keliru, kurang sedia

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
pengarang@utusan.com.my

Fermi Amir (kiri), Mahani Laidin (tengah) dan Safiah Bakar melihat jadual catuan air peringkat keempat yang disiarkan akhbar keluaran Utusan Malaysia di PPR Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/HALIM KHALID

KUALA LUMPUR 4 April -Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menasihati pengguna supaya peka dengan pengumuman mengenai kawasan yang mengalami catuan bekalan air agar bersedia lebih awal dengan bekalan air mencukupi.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, saranan itu dibuat selepas penduduk khususnya di kawasan yang dikenakan catuan bekalan air tidak mengetahui mereka mengalami gangguan air, sebaliknya menyalahkan pihak Syabas kerana tidak memaklumkan perkara berkenaan.

Pihak Syabas telah melakukan sebaik mungkin agar semua maklumat sampai kepada pengguna. Selain boleh merujuk kepada jadual catuan yang disiarkan di akhbar-akhbar dan televisyen, maklumat sama turut diedar kepada ketua komuniti termasuk ketua kampung dan pengerusi persatuan penduduk," katanya.

Katanya, penduduk perlu peka dan jangan beranggapan Syabas mengumunkan mengenai catuan bekalan air dari pintu ke pintu kerana ia melibatkan berjuta pengguna," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia ke beberapa lokasi terlibat dalam catuan peringkat keempat yang bermula hari ini, mendapati masih ada penduduk yang tidak menyimpan air. Lebih mengejutkan, ada antaranya mengakui langsung tidak mengetahui kawasan mereka terlibat dengan catuan air.

Tinjauan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, Setapak mendapati rata-rata terkejut dengan pengumuman itu.

PPR Air Panas merupakan antara kawasan di daerah Gombak bagi Zon 2 yang terlibat dalam catuan air peringkat keempat dan kawasan tersebut dijadualkan tiada bekalan air selama dua hari bermula hari ini.

Suri rumah, Mahani Laidin, 60, berkata,walaupun tidak mengetahui tarikh sebenar catuan air di kawasan perumahan itu, dia sudah bersedia lebih awal dengan menyimpan air bagi mengelakkan bekalan terputus.

Saya mengetahui rumah kami tersenarai sebagai kawasan catuan air peringkat keempat melalui berita yang disiarkan di televisyen baru-baru ini dan terus menyimpan air," katanya.

Reaksi berbeza pula diterima daripada Safiah Bakar, 45.

Katanya, dia tidak melakukan sebarang persediaan memandangkan masalah bekalan air tidak pernah berlaku di kawasan perumahan mereka.

"Kami ada mendengar desas-desus kawasan perumahan kami terlibat dengan catuan air, tetapi tidak mengetahui secara terperinci," katanya.

Lebih mengejutkan reaksi jirannya, Fermi Amir, 49, yang langsung tidak mengetahui tempat tinggalnya terlibat dalam kawasan catuan air peringkat keempat.

Sebelum ini saya ada menyimpan air tetapi memandangkan bekalan air masih ada sehingga ke hari ini saya mengambil keputusan tidak berbuat demikian lagi," katanya.

Hari Terbuka Draf PITPKB 2020 hari ini

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 April. - Orang ramai terutama pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru dijemput memeriahkan Hari Terbuka Draf Pembangunan Kampung Baru 2020 (PITPKB 2020) yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB), esok.

PKB memaklumkan majlis yang akan diadakan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu dijadualkan bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengahari.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Pengerusi PKB, Datuk Astaman Abdul Aziz," kata PKB dalam kenyataan di sini.

Tambah kenyataan itu, selain pameran turut diadakan satu sesi taklimat khas mengenai draf berkenaan yang akan disampaikan oleh Ketua Perunding.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved