Sabtu, 5 April 2014

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


9 'peneroka' dakwa ditipu koperasi

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

Oleh Farik Salleh
utusanjohor@utusan.com.my

Zamhizul Ariffin menunjukkan laporan polis yang dibuat di Kota Tinggi, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 4 April - Seramai sembilan penceroboh tanah milik kerajaan di Kilometer 11, Batu 8, Jalan Air Terjun di sini, membuat laporan polis kerana mendakwa telah ditipu oleh sebuah koperasi.

Salah seorang daripada mereka, Zamhizul Ariffin, 32, berkata, dia berasa tertipu dan mahu Koperasi Peladang Sakan Jaya Kota Tinggi Berhad yang dipercayai menjadi dalang dan punca perkara ini berlaku agar membayar ganti rugi yang sepatutnya.

Kami telah bergolok dan bergadai bagi memenuhi impian untuk memiliki tanah dan rumah dengan membayar wang sebanyak RM1,000 hingga RM1,350 kepada pengerusi koperasi tersebut yang kononnya sebagai bayaran menyukat tanah dan urusan permohonan tanah kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Daerah Kota Tinggi.

Pengerusi koperasi terbabit memberi jaminan permohonan tanah tersebut akan diluluskan pihak berkuasa maka kami tidak teragak-agak mendirikan rumah di atas tanah itu bermula November lalu namun kemudian notis sampai dan rumah kami dirobohkan pada 31 Mac lalu," katanya yang ditemui di rumah bapanya di Kampung Mawai Baru di sini.

Sebanyak 14 rumah termasuk dua separuh kekal yang dibina di atas tanah seluas 17.81 hektar di Ki-

lometer 11, Batu 8 Jalan Air Terjun di sini dirobohkan selepas pemiliknya gagal mematuhi arahan notis pencerobohan tanah kerajaan yang dikeluarkan pada November dan Februari lalu.

Menurutnya, tindakan tersebut mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 bagi mengekang penerokaan tanah secara berleluasa yang memperuntukkan mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan sama ada melakuan penerokaan tanah atau membina bangunan secara haram boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Zamhizul yang mewakili isterinya Zaleha Nurdin, 27, memberitahu, dia rugi kira-kira RM30,000 bagi kos membina rumah di tanah tersebut menggunakan wang simpanan malah bapa mertuanya turut menjual lima ekor lembu di bawah harga pasaran untuk membantu mereka berdua.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman yang ditemui mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh pengadu pada petang Selasa (1 April) namun demikian empat daripada mereka telah menarik semula laporan tersebut.

Menurut Rahmat, pengadu membuat laporan berikutan rasa kesal dan kecewa serta menuntut ganti rugi terhadap sebuah badan koperasi yang menyebabkan mereka rugi RM20,000 hingga RM30,000 apabila rumah yang dibina di atas tanah milik kerajaan yang didakwa akan diluluskan te-

lah dirobohkan.

Penyertaan My Body Fit Camp siri kedua kini dibuka

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

Peserta My Body Fit Camp menjalani latihan kecergasan sambil diperhatikan oleh kakitangan perubatan Regency Specialist Hospital di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, baru-baru ini. - UTUSAN/MOHAMAD FIKRI ROSLY

JOHOR BAHRU 4 April - My Body Fit Camp kini membuka penyertaan untuk program pengurusan saiz dan berat badan serta kecergasan yang bakal diadakan buat kali kedua bulan depan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin di sini.

Pengarahnya, Muhamad Bahagia Jemali berkata, penganjuran sulung yang tamat pada 12 April ini mendapat sambutan menggalakkan dan dianggap sebagai satu kejayaan dengan jumlah peserta menepati sasaran sekurang-kurangnya 50 orang sekali gus membuktikan warga bandar raya ini mengambil berat soal kesihatan.

Kita juga berjaya menjalin kerjasama dengan beberapa pihak seperti Utusan Malaysia sebagai media rasmi program serta UEG Network yang menaja lokasi dewan seminar untuk kelas nutrisi pada 22 Mac lalu dan juga upacara penutup nanti.

Turut memberikan sokongan adalah Regency Specialist Hospital, Bandar Seri Alam yang menghantar sebuah ambulans dengan dua kakitangan sebagai persediaan rawatan kecemasan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

My Body Fit Camp menggabungkan latihan berbentuk larian, latihan jeda, pliometrik, latihan beban menggunakan bahan semula jadi dan pelbagai kaedah senaman lain yang diaplikasikan dalam usaha mengurangkan berat badan, meningkatkan keberkesanan kardiovaskular dan menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan.

Menurut Muhamad Bahagia, bayaran yang dikenakan untuk penganjuran buat kali kedua kekal RM350 dan ia melibatkan latihan kecergasan yang diubah suai berbanding edisi sulung My Body Fit Camp namun lebih banyak tumpuan diberikan kepada pengurusan saiz dan bentuk badan.

Bagaimanapun My Body Fit Camp memberi penekanan cara mengawal berat badan melalui cara yang sihat iaitu senaman dan kami meneruskan hadiah misteri dalam bentuk yang lebih baik daripada wang tunai dalam edisi kedua ini," katanya.

Katanya, mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut boleh melawat laman Facebook, My Body Fit Camp atau merasai sendiri keunikannya melalui sesi percubaan yang dibuka pada hujung minggu terakhir program selama tiga hari bermula hari ini.

Muhamad Bahagia boleh dihubungi menerusi 013-7277007.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved