Sabtu, 5 April 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lelaki fitnah Rosmah Mansor berjaya ditangkap

Posted: 05 Apr 2014 10:54 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 April - Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah berjaya ditahan polis rumahnya di Seri Iskandar, Perak pada pukul 12.10 malam tadi.

Syed Ahmad Saifullah Hashim, 24, ditahan selepas dia bertindak biadab memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini.

Status yang berbunyi Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita dikembalikan" itu turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri itu,

Menurut jurucakap polis, suspek ditangkap di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam. - UTUSAN ONLINE

10 pendaki sesat ditemui selamat

Posted: 05 Apr 2014 09:25 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 Apr. - Serbanyak 10 lelaki yang sesat ketika dalam perjalanan mendaki Gunung Tok Wan, Bukit Broga di Semenyih dekat sini malam tadi berjaya ditemui pada pukul 10.30 pagi tadi.

Kesemua mereka ditemui oleh pasukan penyelamat dalam keadaan keletihan selepas sesat sejak tengah malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved