Khamis, 27 Mac 2014

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Matlamat sasar sifar jenayah

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

Oleh Mohd. Sahrul Mohd. Sah
utusanutara@utusan.com.my

A. Thaiveegan (tengah) bersama sebahagian daripada penerima surat penghargaan sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-207 peringkat Kontinjen Pulau Pinang di pekarangan IPK Pulau Pinang, semalam. UTUSAN/Mohd. Sahrul Mohd.

PULAU PINANG 26 Mac - Kerjasama antara pasukan polis, masyarakat dan pengamal media perlu dipertingkatkan bagi memastikan usaha membanteras jenayah di negeri ini lebih berkesan.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, hubungan tiga hala itu perlu diteruskan kesinambungannya di masa hadapan dalam memastikan usaha matlamat sifar jenayah di negeri ini dapat dicapai.

Kita perlu bersama dalam usaha untuk menangani jenayah ini dan orang ramai harus mengkaji sejarah penubuhan serta peranan pasukan polis kerana melalui pengetahuan sejarah erti dan pengorbanan pihak polis terhadap negara akan lebih mudah untuk di-

selami.

Selain itu, pengamal media juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menyampaikan mesej kepada orang ramai menerusi laporan-laporan berita yang disiarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Polis ke-207 peringkat ne-

geri di sini hari ini.

Terdahulu dalam majlis berkenaan, Thaiveegan me-

nyampaikan surat penghargaan kepada 600 penerima terdiri daripada pegawai dan anggota pelbagai jabatan yang menunjukkan prestasi cemerlang termasuk orang awam yang turut menyumbang kepada usaha penurunan jenayah di negeri ini.

Beliau seterusnya menambah, polis akan sentiasa me-

lakukan pembaharuan selaras dengan peredaran zaman bagi memastikan keberkesanan peranan pasukan terhadap masyarakat akan dapat terus dikekalkan.

Hotel Park Avenue, tetamu doakan keselamatan MH370

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

AZMI Rahman (lapan dari kanan) turut menandatangani kain pemidang yang diletakkan pada dinding Hotel Park Avenue Sungai Petani di Kedah, kelmarin. - UTUSAN/Abd. Razak Osman

SUNGAI PETANI 26 Mac - Dalam usaha menyatakan rasa simpati dengan nasib seramai 239 penumpang serta anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu pihak pengurusan Hotel Park Avenue di sini menyediakan kain pemidang khas.

Pengurus Besar hotel tersebut, Azmi Rahman berkata, pihaknya menyiapkan kain pemidang tersebut bagi membolehkan tetamu menandatanganinya sebagai melahirkan tanda simpati terhadap peristiwa sedih itu.

Setakat ini, lebih 500 tandatangan daripada pengunjung yang menginap di hotel ini, mereka menandatangani kain pemidang ini adalah masyarakat pelbagai kaum," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Kain pemidang itu juga tertulis perkataan, Kami Warga Park Avenue dan Tetamu Mendoakan Kesejahteraan Penumpang bersama Anak Kapal HM370.

Sementara itu, Presiden Kelab Anak-Anak Sik, Datuk Mat Rodzi Ali memberitahu, beliau kagum dengan langkah hotel tersebut menyediakan kain pemidang khas itu.

Ini menunjukkan pihak berkenaan begitu prihatin dengan nasib menimpa penumpang, anak kapal dan anggota keluarga masing-masing," katanya.

MPTI kutip RM9.4 juta cukai taksiran 2013

Posted: 26 Mar 2014 12:17 PM PDT

TELUK INTAN 26 Mac - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) berjaya mengutip sebanyak RM9.4 juta cukai taksiran bagi tahun 2013.

Yang Dipertuanya, Datuk Ibrahim Ahmad berkata, jumlah tersebut mewakili 86 peratus jumlah keseluruhan cukai iaitu sebanyak RM10.69 juta.

Katanya, jumlah tunggakan yang dicatatkan bagi tahun 2013 pula adalah sebanyak RM2.4 juta.

Oleh sebab itu, beberapa inisiatif diambil oleh MPTI seperti aktiviti turun padang, pembukaan kaunter bergerak terutamanya di kawasan Hutan Melintang, Bagan Datoh, Langkap dan Chenderong Balai bagi menunjukkan komitmen kami dalam perkhidmatan diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang MPTI 2013 dan 2014 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup.

Mengulas lanjut, Ibrahim memberitahu, MPTI telah menerima beberapa anugerah antaranya tempat kedua keseluruhan sukan antara pihak berkuasa tempatan negeri, mendapat penarafan lima bintang bagi kategori portal kerajaan dan kemudahan laman sesawang serta penarafan empat bintang dalam audit keselamatan perlindungan bangunan pada tahun lalu.

Selain itu pihaknya juga melaksanakan pelbagai projek pembangunan meliputi pembinaan 30 Gerai Rakyat 1Malaysia (GR1M), Dewan Chui Chak dan Open Shed Langkap.

Kami turut melaksanakan pembangunan projek pembinaan 30 unit kedai dan pejabat setinggi tiga tingkat di tapak lama bangunan MPTI dengan peruntukan sebanyak RM15 juta yang dijangka siap pada Jun 2014," jelasnya.

Dalam pada itu, Ibrahim memberitahu, dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di Teluk Intan, MPTI akan memasang 20 unit kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar bandar daerah ini.

Kami telah menerima peruntukan untuk memasang 20 CCTV di sekitar kawasan bandar dan lokasinya nanti akan dipastikan selepas perbincangan dengan pihak polis," ujar beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved