Khamis, 27 Mac 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Majikan perlu kemuka caruman melalui e-caruman mulai 1 April

Posted: 27 Mar 2014 02:50 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Mac - Berkuat kuasa 1 April, majikan yang mempunyai lebih 50 pekerja dikehendaki mengemukakan perincian penghantaran caruman bulanan melalui saluran elektroniknya, e-Caruman, kata Kumpuan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini.

e-Caruman ialah kemudahan dalam talian yang disediakan melalui i-Akaun di laman sesawang myEPF, www.kwsp.gov.my.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Datuk Ibrahim Taib berkata, e-Caruman menawarkan kepada majikan faedah mengemukakan perincian penghantaran caruman KWSP mereka dengan cara yang selamat dan menjimatkan masa, di samping mengurangkan kos kendalian dan meningkatkan kecekapan operasi dalam jangka panjang.

"Langkah ini akan juga memastikan majikan mengemukakan perincian caruman dengan tepat dan dengan mudah berbanding kaedah mengisi borang secara manual yang dilakukan sekarang.

"Ekoran itu, ia menjimatkan masa pekerja yang berharga daripada perlu membuat beberapa perjalanan ke pejabat kami, semata-semata untuk membuat pembetulan.

"Lebih penting lagi, mengemukakan perincian ini melalui e-Caruman akan memastikan caruman dikreditkan ke dalam akaun KWSP pencarum dengan cepat," tegas beliau. - BERNAMA

Naib Menteri Luar China lawat keluarga mangsa MH370

Posted: 27 Mar 2014 02:46 AM PDT

BANGI 27 Mac - Naib Menteri Hal Ehwal Luar Republik China, Zhang Ye Sui melawat 21 anggota keluarga penumpang penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang ditempatkan di Hotel Bangi-Putrajaya di sini hari ini.

Mereka merupakan anggota keluarga kepada sebahagian daripada 154 penumpang warga China dalam pesawat malang itu.

Zhang yang tiba kira-kira pukul 2.55 petang dan diiringi Ketua Bersama Kumpulan Kerja Gou Shaochun, dilihat terus memasuki hotel berkenaan dan disusuli Duta China di Malaysia, Huang Huikang pada 3.20 petang.

Ketiga-tiga mereka meninggalkan Hotel Bangi-Putrajaya pada 3.35 petang dan tidak melayan sebarang pertanyaan daripada wartawan.

Menurut seorang pegawai Kedutaan China di Malaysia, Ling Tong, perjumpaan yang diadakan pada hari ini adalah untuk mendengar permintaan daripada keluarga penumpang.

Ling bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan antara wakil kerajaan China dengan keluarga penumpang itu.

Difahamkan, delegasi itu sepatutnya mengadakan perjumpaan dengan keluarga penumpang semalam, namun membatalkannya pada saat-saat akhir.

Zhang semalam mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain keluarga penumpang dari China, hotel itu turut menempatkan enam keluarga dari India dan satu dari New Zealand.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan analisis data satelit oleh pengendali satelit Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara di United Kingdom. - BERNAMA

Satelit Thailand kesan 300 objek di selatan Lautan Hindi

Posted: 27 Mar 2014 01:58 AM PDT

BANGKOK 27 Mac - Satelit Thailand mengesan kira-kira 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pengarah Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik, Anond Snidvongs berkata, objek berkenaan yang dianggarkan berukuran antara dua hingga 18 meter, bertaburan kira-kira 2,700 meter di barat daya Perth.

"Bagaimanapun saya tidak berani mengesahkan objek yang dikesan merupakan serpihan pesawat MH370.

"Kami telah menyerahkan maklumat terbabit kepada kerajaan Malaysia," katanya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved