Khamis, 27 Mac 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


MH370: Lokasi pencarian berubah ekoran petunjuk baharu

Posted: 27 Mar 2014 07:22 PM PDT

PERTH 28 Mac - Lokasi mengesan serpihan pesawat MH370 ditukar ke satu kawasan lain yang terletak kira-kira 1,000 kilometer timur laut dari lokasi asal pencarian selepas pasukan mencari mendapat petunjuk baharu, lapor pihak berkuasa Australia hari ini.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya berkata, maklumat terbaharu itu diperoleh berdasarkan analisis radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum hubungan komunikasi terputus.

Data tersebut juga menunjukkan kemungkinan pesawat malang itu terbang lebih laju daripada jangkaan awal, menyebabkan peningkatan penggunaan minyak dan mengurangkan jarak ketika menuju ke selatan Lautan Hindi," jelas kenyataan berkenaan. - AFP

MH370: Cuaca beransur pulih, misi mencari disambung hari ini

Posted: 27 Mar 2014 06:17 PM PDT

PERTH 28 Mac - Operasi mencari objek yang dipercayai serpihan pesawat MH370, bersambung semula hari ini selepas keadaan cuaca beransur pulih di lokasi pencarian di selatan Lautan Hindi.

Semalam, pesawat dari Australia, China, Jepun dan Amerika Syarikat (AS), terpaksa membatalkan misi ekoran cuaca buruk di lokasi kawasan pencarian.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya berkata, operasi mencari MH370 bersambung semula awal pagi ini dengan beberapa petunjuk baharu termasuk imej satelit Thailand dan Jepun dilapor mengesan sejumlah besar objek terapung kawasan laut barat daya Perth. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved