Khamis, 13 Mac 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Angin kencang dan laut bergelora sehingga 18 Mac

Posted: 13 Mar 2014 03:15 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Mac - Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga Selasa.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Bintulu dan Miri manakala di Sabah membabitkan Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat.

Keadaan sama juga dijangka melanda Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Samui dan Tioman pula diramalkan mengalami keadaan sama bermula Sabtu ini hingga Selasa.

Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang turut terdedah kepada kenaikan paras air laut bagi tempoh yang sama, demikian menurut kenyataan jabatan itu hari ini.

Angin kencang Timur Laut berkelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter berbahaya kepada semua bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor Barat, Selat Melaka Utara dan Selat Melaka Selatan berikutan jerebu.

Keadaan itu dijangka berterusan sehingga Ahad ini dan berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai pemanduan arah pelayaran. - BERNAMA

MH370 terbang 4 jam selepas hilang tidak benar - Hishammuddin

Posted: 13 Mar 2014 02:59 AM PDT

SEPANG 13 Mac - Boeing, Rolls-Royce menyifatkan tidak benar laporan media yang mendakwa pesawat MH370 telah terbang lebih empat jam selepas terakhir dikesan pada 1.07 pagi Sabtu lepas, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - BERNAMA

MH370: Haram sebar berita palsu, tak sahih - Mufti Kedah

Posted: 13 Mar 2014 01:33 AM PDT

Oleh SAFINA RAMLI

ALOR SETAR 13 Mac - Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyeru seluruh umat Islam menjauhi perbuatan menyebarkan maklumat palsu sehingga menimbulkan fitnah mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Katanya, perbuatan itu adalah haram dan ketika menerima sebarang berita terutama mengenai pesawat MH370 umat Islam perlu memastikan sumber berita tersebut sama ada sahih atau tidak.

"Apabila kita dah dapat berita kita perlu pastikan daripada mana datangnya sumber berita tersebut sebelum terus menyebarkannya.

"Dalam ajaran Islam, berita yang tidak benar dan tidak dapat dipastikan kesahihannya haram untuk disebarkannya dan jika terus dilakukan Allah akan melaknat kita.

"Perbuatan menyebarkan berita yang tidak sahih perlu dihentikan segera dan kita jangan mengeruhkan keadaan yang sedang dihadapi oleh negara serta ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved