Rabu, 12 Februari 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Israel sekat pesakit Palestin atas "masalah" dokumen perjalanan

Posted: 12 Feb 2014 10:24 AM PST

GAZA CITY 13 Feb. - Pihak berkuasa Israel menghalang 70 orang pesakit daripada Gaza memasuki Israel untuk menerima rawatan perubatan kerana dokumen perjalanan yang bertanda "Negara Palestin".

Sehingga kini, pegawai kerajaan menggunakan terma kawasan Palestin. Bagaimanapun logo tersebut ditukar pada pertengahan Disember lalu setahun selepas Palestin diiktiraf sebagai pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), walaupun menerima kecaman Israel. - AFP

Lebanon berjaya berkas dalang letupan bom kereta

Posted: 12 Feb 2014 10:22 AM PST

BEIRUT 13 Feb. - Tentera Lebanon semalam, menahan pegawai kanan kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan militan al-Qaeda yang merupakan dalang letupan kereta yang menyasarkan beberapa kawasan Syiah sejak beberapa bulan lalu.

Sumber keselamatan berkata, penahanan Naim Abbas boleh membantu mendedahkan kumpulan jihad radikal di sini.

Sumber tersebut turut berkata, Naim memainkan peranan di dalam satu serangan yang menggunakan empat butir bom kereta yang menyasarkan kumpulan Syiah di kawasan pedalaman di selatan Beirut dan dua lagi bandar yang kebanyakan pengikut Syiah, di bandar Hermel. - Reuters

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved