Rabu, 12 Februari 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pelajar kolej maut

Posted: 12 Feb 2014 10:41 PM PST

MELAKA 13 Feb. - Seorang pelajar Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Tun Razak-Lebuh Ayer Keroh berhampiran Zoo Melaka di sini semalam.

Muhammad Rifai Zainal, 21, yang dalam perjalanan pulang ke asramanya di Taman Murai Jaya, Durian Tunggal meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dalam kemalangan pada pukul 5.40 petang, kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman. - BERNAMA.

Warga emas rugi RM20,000 dirompak

Posted: 12 Feb 2014 09:36 PM PST

KOTA KINABALU 13 Feb. - Seorang lelaki warga emas mengharungi detik cemas selepas dirompak sekumpulan penjenayah ketika baru mahu memulakan aktiviti perniagaan di kedai kopi milik majikannya di Putatan Court, dekat sini awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 70 tahun bekerja sebagai pembantu kedai kopi tersebut melaporkan mengalami kerugian lebih RM20,000 setelah dirompak kumpulan penjenayah pada pukul 5.30 pagi, kata Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh. -UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved