Khamis, 2 Januari 2014

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Keith Foo sudah berpunya

Posted: 02 Jan 2014 07:04 AM PST

KEITH Foo mahu kukuhkan kedudukanya dalam bidang seni tempatan.

KALI pertama ketika namanya kedengaran di negara ini, Keith Foo sebenarnya dikaitkan bercinta dengan seorang pelakon Indonesia Tyas Mirasih. Bukan sesuatu yang mengejutkan juga apabila pelakon kelahiran Malaysia ini sebenarnya terlebih dahulu mencipta nama di sana.

Demi menjaga hati orang tua, Keith mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air dan ketika namanya meniti populariti di kalangan peminat tempatan, khabarnya percintaan yang dipupuk dengan kekasih dari seberang itu telah berakhir.

Rupa-rupanya percintaan yang tidak kesampaian itu tidak membuat Keith berduka, sebaliknya dalam kesibukan mencipta nama, dia sudah temui cinta baharu. Tidak menyorokkan apa-apa dari pengetahuan pihak media menurut Keith dia kini sedang hangat bercinta dengan seorang penuntut jurusan fesyen di sebuah Universiti Melbourne, Australia.

Menurut Keith, dia sudah mengenali gadis itu sejak 10 tahun lalu dan hanya enam bulan lalu hubungan mereka mulai serius.

"Kami sudah lama berkenalan, sejak 10 tahun lalu.

"Cuma baru-baru ini kami mula rapat di Facebook dan akhirnya bercinta, kalau ikutkan hubungan kami sudah enam bulan," katanya.

Tidak mahu mengganggu kekasihnya itu lagi dengan urusan perkahwinan. Menurut Keith buat masa ini dia mahu membiarkan dahulu kekasihnya itu menghabiskan pengajiannya yang berbaki dua tahun.

"Buat masa ini saya tidak mahu ganggu pengajiannya, kalau ikutkan saya meletakkan lagi dua tahun saya berkahwin.

"Siapa tahu selepas tamatnya pengajiannya nanti kami berdua akan bekerjasama dalam urusan perniagaan fesyen pula," katanya ketawa.

Bercakap soal keistimewaan kekasihnya itu menurut Keith kematangan yang dimiliki gadis tersebut membuka ruang untuk dia mendekati cinta mereka. Enggan mendedahkan nama kekasihnya itu, Keith bagaimanapun bertindak jujur memberitahu wanita kacukan itu sangat istimewa buat dirinya.

"Dia berumur 28 tahun, berbanding dahulu apa yang boleh saya kongsi mengenai dirinya dia lebih dewasa kini.

"Dia sangat istimewa untuk saya," katanya.

Pertama kali ditawarkan watak utama setelah 10 bulan mencuba mengukuhkan nama, nampaknya usaha pelakon yang sebelum ini lebih terkenal di seberang itu tampak berbaloi. Menurut pelakon yang berasal dari Negeri Sembilan ini, drama bersiri Ariana Rose yang bersiaran sejak 30 Disember lalu, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam, merupakan percubaan pertamanya.

Tidak dapat mengelak untuk berasa gementar, drama bersiri Ariana Rose yang juga adaptasi dari sebuah novel terkenal The Wedding Breaker, menurut Keith sebagai pelakon dia sudah mencuba sedaya upaya.

"Memang agak takut sebenarnya, saya tahu pembaca novel ini mahu emosi pembacaan mereka sampai untuk drama ini.

"Sebagai pelakon saya sudah cuba sedaya upaya," katanya.

Mengakui selesa dengan kesemua pelakon yang turut menjayakan drama bersiri ini, menurut Keith dia berharap Ariana Rose dapat membuktikan kemampuannya buat peminat di sini. Walaupun sibuk dengan tawaran di sini, kata Keith dia sentiasa memastikan hubungan dengan pihak produksi di Indonesia juga berjalan lancar.

"Memandangkan saya agak sibuk di sini, jadi waktu untuk berlakon di Indonesia itu agak kurang. Bagaimanapun kalau ada masa saya akan pastikan saya menerima tawaran berlakon di sana demi kesinambungan karier saya.

"Sebagai anak Malaysia tentunya tumpuan saya lebih ke sini, dan saya mahu pastikan nama saya lebih dikenali peminat disini."

Miley Cyrus bercinta dengan Kellan Lutz?

Posted: 02 Jan 2014 07:04 AM PST

Kini Kellan Lutz sentiasa menemani Miley Cyrus.

PENYANYI lagu Wrecking Ball, Miley Cyrus dilaporkan menjalin hubungan dengan aktor filem Twilight, Kellan Lutz sejak awal Disember lalu.

Menurut laporan Us Weekly, Lutz yang merupakan teman baik kepada bekas tunang Cyrus iaitu Liam Hemsworth telah menghubungi penyanyi tersebut dan mereka telah meluangkan masa bersama sejak daripada itu.

"Tidak mengapa walaupun dia adalah teman kepada Liam. Yang penting mereka gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama," ujar satu sumber terdekat.

Khabar angin tentang Cyrus, 21, dan Lutz, 28, mula hangat diperkatakan selepas mereka dilihat turun dari sebuah kapal terbang peribadi secara berasingan di Miami pada 17 Disember lalu. Pasangan ini dilaporkan baharu pulang daripada bercuti bersama di Bahamas.

Sementara itu Cyrus yang bakal mengadakan persembahan di sambutan Tahun Baharu di New York dilaporkan mahu Lutz bersama-samanya pada hari tersebut.

Cyrus dan Hemsworth yang merupakan aktor siri filem The Hunger Games telah putus tunang pada September lalu selepas tiga tahun bersama.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved