Khamis, 2 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kalimah Allah : Tindakan UMNO Selangor pertimbangan mereka sendiri - Muhyiddin

Posted: 02 Jan 2014 02:40 AM PST

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Tindakan UMNO Selangor yang mahu membuat bantahan secara aman di semua gereja di negeri itu jika Paderi Lawrence Andrew enggan menarik balik kenyataannya mengenai pengunaan kalimah Allah, adalah berdasarkan pertimbangan mereka sendiri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata, ini berdasarkan perundangan negeri itu serta titah yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor."

"Saya tidak fikir langkah yang dibuat oleh UMNO Selangor itu bercanggah dengan perundangan negeri dan itu adalah keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan hari pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, di sini hari ini. -BERNAMA

Ong Ka Chuan dilantik Setiausaha Agung baharu MCA

Posted: 02 Jan 2014 02:37 AM PST

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Datuk Seri Ong Ka Chuan dilantik sebagai Setiausaha Agung MCA yang baharu manakala Ketua MCA Bahagian Teluk Intan Datuk Seri Kuan Peng Soon sebagai Bendahari Agung MCA.

Anggota Parlimen Tanjung Piai Datuk Wee Jeck Seng pula dilantik sebagai timbalan setiausaha agung parti, Ketua MCA Bahagian Titiwangsa Datuk Alex Chuah Poh Kiang sebagai timbalan bendahari agung manakala bekas Naib Ketua Pemuda Datuk Yoo Wei How pula sebagai setiausaha organisasi kebangsaan MCA.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan pelantikan itu berkata Wee turut dilantik menganggotai jawatankuasa pusat parti.

Ong, anggota Parlimen Tanjung Malim pernah memegang jawatan setiausaha agung parti dan sebelum pemilihan terbaharu, merupakan anggota jawatankuasa pusat MCA.

"Semua pemimpin dan anggota parti perlu kembali sebagai satu pasukan bagi menumpukan kepada usaha mentransformasi parti selepas mengalami kekalahan teruk pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA pertama selepas pemilihan semula kepimpinan pusat pada 21 Dis lepas, di Wisma MCA di sini. - BERNAMA

Langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan dapat sambutan baik rakyat - Najib

Posted: 02 Jan 2014 02:35 AM PST

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata langkah-langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang diumum Isnin lepas mendapat maklum balas baik daripada rakyat.

Najib dalam catatan terbaru beliau di Facebook berkata langkah-langkah yang diumumkan itu adalah permulaan kepada kaedah lain yang bakal dilaksanakan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa.

"Kita juga akan turut mengurangkan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran majlis-majlis rasmi kerajaan, mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan kos sewa premis.

"Pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) juga akan diguna dengan mengoptimum penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan institusi latihan milik kerajaan," katanya.

Isnin lalu Najib mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved