Utusan Online - Dalam Negeri |
- PM lancar Pelan Bersepadu Pelancongan Genting
- Edar pil kuda, penganggur berdepan hukuman mati
- ADUN Terengganu angkat sumpah depan SPRM, mufti
PM lancar Pelan Bersepadu Pelancongan Genting Posted: 17 Dec 2013 02:16 AM PST KUALA LUMPUR 17 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan Bersepadu Pelancongan Genting (GITP) dengan nilai projek berjumlah RM5 bilion. Di bawah pelan berkenaan yang bakal disiapkan secara berperingkat dalam tempoh 10 tahun itu akan turut merangkumi pembangunan Taman Tema Antarabangsa 20th Century Fox pertama di dunia dengan kos bernilai RM1 bilion serta pusat beli-belah Genting Premium Outlet, iaitu kedua terbesar di Asia Tengara selepas Johor Premium Otlet. - UTUSAN ONLINE |
Edar pil kuda, penganggur berdepan hukuman mati Posted: 17 Dec 2013 02:13 AM PST KOTA BHARU 17 Dis. - Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar pil kuda seberat enam kilogram di Kampung Lundang di sini, pada awal bulan ini. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd. Fazelan Md. Khuzeh, 26, ketika dihadapkan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad hari ini. Mohd. Fazelan didakwa mengedar pil kuda itu pada pukul 10 malam, 5 Disember lalu. Dia yang berasal dari Tumpat, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 9 Januari depan untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE |
ADUN Terengganu angkat sumpah depan SPRM, mufti Posted: 17 Dec 2013 01:35 AM PST KUALA TERENGGANU 17 Dis. - Mulai tahun hadapan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai kanan Kerajaan Terengganu akan dikehendaki mengangkat sumpah di hadapan SPRM dan Mufti selain memegang al-Quran. Menyatakan demikian Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah ini bertujuan untuk menentukan pembuat pengakuan berlaku jujur dan amanah dengan tanggungjawab yang digalas. "Jika mereka hendak lakukan juga (rasuah), itu terserah kepada mereka, urusan dengan Allah, yang penting kita sudah beritahu bahaya rasuah, sudah bagi penerangan dan langkah pencegahan yang perlu dilakukan," katanya. Ahmad bercakap kepada pemberita pada Program Transformasi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mencegah rasuah kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini hari ini. Katanya, kerajaan negeri akan meneruskan tradisi untuk berhubung rapat dengan agensi penguatkuasaan seperti SPRM dan taklimat SPRM hari ini akan diperluaskan kepada pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua jabatan tidak lama lagi. Taklimat itu juga adalah sebagai komitmen kerajaan negeri Terengganu dalam menjalankan urusan pentadbiran dengan telus dan berintegriti untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap sektor perkhidmatan awam. Ahmad berkata beliau tidak mahu berlaku sebarang kesilapan di kalangan ADUN yang bakal menjerat diri mereka dalam perangkap rasuah akibat kesilapan kecil dalam urusan pentadbiran harian. "Hari ini banyak perkara disentuh, termasuk kuasa perundangan serta bentuk kesalahan rasuah dan perkara-perkara yang boleh disabitkan sebagai suapan yang mudah berlaku dalam kehidupan seharian. Taklimat kira-kira tiga jam itu disampaikan oleh Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan