Ahad, 3 November 2013

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Membudayakan keusahawanan

Posted: 03 Nov 2013 10:17 AM PST

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
pendidikan@utusan.com.my

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) melabur RM10 juta setiap tahun bagi memastikan program pembangunan koperasi sekolah di seluruh negara lebih kompetitif sebagai strategi jangka panjang untuk memakmurkan ekonomi rakyat di semua peringkat.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah (gambar) berkata, peruntukkan itu memfokuskan pembangunan koperasi sekolah agar lebih terarah untuk memenuhi aspirasi kerajaan dalam melahirkan modal insan berbudaya keusahawanan.

"Koperasi sekolah menyediakan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi seimbang dengan tuntutan intelektual, kerohanian dan jasmani.

"Bermula 2006, Angkasa memperuntukkan lebih RM10 juta setiap tahun bagi tujuan pembangunan koperasi sekolah dan RM5 juta sempena sambutan Hari Koperasi Sekolah dan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah peringkat kebangsaan yang disambut setiap tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian anugerah sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) dan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah peringkat kebangsaan (PPKKS) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

Yang hadir sama, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nik Ali Mat Yunus; Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang juga Naib Presiden Angkasa, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Datuk Mazlan Mohamad.

Dalam majlis itu, Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin Bhd., Jerantut, Pahang muncul sebagai johan bagi Anugerah 6 Bintang HKS manakala Koperasi SMK Kota Bhd. pula di tempat kedua dan SMK Simpang Beluru Bhd. (ketiga).

Abdul Fattah berkata, hasil daripada pelaburan yang besar ini telah menunjukkan prestasi cemerlang penglibatan koperasi sekolah dalam aktiviti perniagaan yang membabitkan keperluan pelajar serta memberi ruang kepada pengurusan koperasi mendapat keuntungan lebih tinggi.

"Apa yang membanggakan sambutan HKS di peringkat sekolah yang bermula sejak 2006 ini, akhirnya telah menjadi acara tahunan koperasi sekolah serta masyarakat setempat setiap tahun.

"Seluruh sekolah terutamanya pelajar dapat melibatkan diri dalam pelbagai bidang aktiviti sosial, budaya, ekonomi dan pendidikan," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Fattah menambah, PPKKS juga menjadi titik permulaan kepada pelajar menterjemahkan apa juga nilai keusahawanan dalam kegiatan yang dilaksanakan.

"Selain itu, PPKKS dapat dijadikan satu asas yang kukuh kepada pengurusan koperasi untuk mengetengahkan kewujudan dan peranan koperasi sekolah secara berkesan," ujarnya.

Memupuk keyakinan berbahasa Inggeris

Posted: 03 Nov 2013 10:17 AM PST

Maizurah Hamzah berinteraksi dengan peserta Kem Bahasa Inggeris Stand Tall di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

Kem Bahasa Inggeris Stand Tall Utusan Malaysia dan Letzhop Sesame Street English yang diadakan buat kali pertama berjaya mendidik murid menguasai bahasa tersebut dengan mudah sekali gus menjadikannya sebagai bahasa kedua dalam kehidupan harian.

Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Inovasi Kiddie World Multimedia Sdn Bhd., Aishah Abdul Rahman berkata, program tersebut menekankan penguasaan bahasa Inggeris dalam diri peserta selain melatih mereka bertutur menggunakan bahasa antarabangsa itu dengan yakin.

"Program ini agak berbeza kerana selain menyediakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan dengan gaya santai, kita juga menampilkan selebriti popular, Maizurah Hamzah untuk menyampaikan ceramah motivasi.

"Di bawah segmen itu, penceramah jemputan menyelitkan aktiviti permainan bersama peserta dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan santai dengan mereka, '' katanya ketika ditemui dalam kem itu di di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Antara pengisian sepanjang dua hari program berlangsung termasuklah sesi ice breaking, bengkel Facial Muscles bagi membiasakan pertuturan bahasa Inggeris, segmen motivasi, Brain Gym, aktiviti berkumpulan, Choral Speaking, Who Am I? dan persembahan berkumpulan.

Kem itu menggunakan metodologi yang diiktiraf antarabangsa bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan dan memberi inspirasi.

Matlamat kem adalah membina keyakinan diri kanak-kanak sejak usia muda selain mendidik mereka menuturkan bahasa itu dalam komunikasi harian.

Penyertaan dibuka kepada kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun dan turut disertai oleh murid daripada beberapa sekolah rendah sekitar Bandar Baru Bangi yang menghantar dua orang mewakili sekolah masing-masing.

Dalam pada itu, Letzhop Sesame Street English kini mempunyai lima pusat operasinya yang beroperasi Sabtu dan Ahad di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Paragon Utama, Selayang, Damansara Utama PJ, Seksyen 20 Shah Alam dan Bandar Botanik, Klang.

Berbeza dengan pusat pembelajaran bahasa Inggeris lain, Letzhop Sesama Street menawarkan aktiviti persekitaran bilik darjah yang lebih menarik dan menyediakan alat multimedia canggih mengikut keperluan murid dari peringkat prasekolah hingga yang berusia 12 tahun.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved