Selasa, 29 Oktober 2013

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Rahim Razali sudah dipindahkan ke wad biasa - Anak

Posted: 29 Oct 2013 03:15 AM PDT

RAHIM RAZALI

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Pelakon filem, pengulas sukan dan pengarah terkenal tanah air, Datuk Rahim Razali, 74, sudah dipindahkan ke wad biasa kira-kira pukul 5 petang semalam.

Menurut anak keduanya, Nadia Rahim, 41, pembedahan masih tidak dapat dijalankan buat masa sekarang dan mereka masih menunggu keputusan daripada doktor pakar saraf yang sedang memantau keadaan seniman tersohor itu.

"Keadaan ayah sudah stabil dan sihat, cuma tidak tahu bilakah masa sebenar akan dibedah untuk membuang pendarahan dalam otaknya. Buat masa ini, saya kena kawal pelawat kerana dia memerlukan rehat yang mencukupi.

"Ayah sebenarnya kepenatan dan tidak ada masa nak berehat kerana tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebelum ini," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Sementara itu, kata Nadia, ayahnya menerima banyak kunjungan daripada rakan-rakan artis antaranya, Datuk Rosyam Noor, Erma Fatima, Eman Manan dan Rozie Rashid.

Rahim yang dirawat di Pusat Perubatan Sunway dekat sini, dijadual menjalani pembedahan pada esok atau Khamis ini. - UTUSAN ONLINE

Idola Kecil musim keenam bersiaran mulai 9 November

Posted: 29 Oct 2013 12:17 AM PDT

Oleh MOHAMMED KHAIRUL MOHD. ALI

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Program realiti nyanyian kanak-kanak terbitan TV9, Idola Kecil bakal kembali untuk musim keenam apabila bakal bersiaran mulai 9 November ini pukul 8.30 malam.

Pengurus Besar TV9, Zurina Othman berkata,Idola Kecil adalah sebuah platform untuk mengasah dan mempamerkan bakat terpendam yang dimiliki oleh peserta-peserta muda ini.

"Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti tutorial muzik dan menimba ilmu serta pengalaman berharga," katanya.

Program yang akan bersiaran setiap Sabtu itu turut menampilkan Alif Satar sebagai pengacara, selain Tomok sebagai juri tetap.

Turut terlibat sebagai tenaga pengajar vokal ialah Fadlita Mohd. Taib dan AG Coco untuk susunan muzik dan komposer lagu manakala Fazrin Zainudin sebagai pereka tari. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved