Rabu, 18 September 2013

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kerry Washington dinobat Wanita Berpakaian Terbaik

Posted: 18 Sep 2013 12:38 PM PDT

NEW YORK 19 Sept. - Aktres Kerry Washington dinobatkan sebagai 'Wanita Berpakaian Terbaik' oleh majalah People, semalam.

Washington, 36, mendahului senarai tersebut menewasakan selebriti lain termasuk aktres Jennifer Lawrence, penulis lirik serta penyanyi Solange Knowles dan aktres Jenna Dewan-Tatum.

"Saya hanya memakai pakaian yang buat saya selesa di mana sahaja saya berada," katanya selepas pengumuman tersebut. - REUTERS

Filipina terus buru MNLF

Posted: 18 Sep 2013 11:03 AM PDT

ZAMBOANGA 18 Sept. - Tentera Filipina, hari ini terus memburu kumpulan bersenjata Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di jalan-jalan raya dan rumah di sekitar bandar ini dan memberi amaran mereka akan dibunuh atau ditahan kecuali menyerah diri.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, pertempuran terbaharu berlaku, hari ini dan tentera diarah 'menahan' saki-baki kira-kira 40 anggota MNLF yang bersembunyi di bandar ini.

"Kami akan meneruskan operasi tentera sehinggalah kumpulan itu dapat ditewaskan, tidak kira sama ada mereka dibunuh, ditahan atau menyerah diri.

"Kami juga mahu mereka tahu, menyerah diri bukanlah sesuatu yang memalukan jika ia boleh menyelamatkan nyawa," katanya.

Pemimpin MNLF, Nur Misuari, sebelum ini dilaporkan mahu supaya laluan selamat dibuka untuk membolehkan pengikutnya keluar dari bandar ini, selepas pelan gencatan senjata menemui kegagalan, tetapi Presiden Benigno Aquino menolak permintaan Misuari.

Zalaga turut menegaskan bahawa tentera tidak akan membiarkan kumpulan bersenjata itu melarikan diri dan semua laluan strategik telah disekat.

Beliau, bagaimanapun berkata, tentera tidak akan menggunakan taktik serangan besar-besaran kerana bimbang akan membahayakan orang awam. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved