Rabu, 18 September 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pelajar universiti Mesir dibenar sambung di IPT tempatan

Posted: 18 Sep 2013 03:34 AM PDT

PUTRAJAYA 18 Sept. - Kabinet hari ini bersetuju membenarkan pelajar Malaysia dari universiti Mesir menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ia akan dilaksanakan secara 'one-off', ekoran pergolakan di Mesir yang dijangka berlarutan dan tidak akan berakhir dalam masa terdekat.

"Langkah itu sebagai alternatif kepada pelajar tetapi kerajaan tidak menghalang jika ada pelajar yang memilih kembali semula ke Mesir," katanya kepada pemberita selepas majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi di sini hari ini.

Idris berkata, bagi pelajar yang mengambil bidang perubatan, pergigian dan farmasi boleh melaksanakan pemindahan kredit berdasarkan prinsip "parallel"

manakala pelajar dalam bidang pengajian Islam pula adalah mengikut syarat ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). - BERNAMA

Kunjungan Tony Tan lambang hubungan erat Malaysia-Singapura

Posted: 18 Sep 2013 03:33 AM PDT

SINGAPURA 18 Sept. - Kunjungan Presiden Singapura, Dr. Tony Tan Keng Yam ke Malaysia mencerminkan wujudnya hubungan erat dan mesra antara kedua-dua negara, kata Menteri Komunikasi dan Penerangan Singapura Dr Yaacob Ibrahim.

"Saya gembira kerana presiden (kami) Dr. Tony Tan Keng Yam diundang melakukan lawatan rasmi ke Malaysia.

"Saya percaya lawatan ini akan mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara kita sejak beberapa tahun lepas dan saya yakin ia akan membawa kebaikan kepada kedua-dua negara," katanya kepada Bernama pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-56 di sini pada Selasa malam. - BERNAMA

Saman AES diturunkan kepada RM150 kuat kuasa hari ini

Posted: 18 Sep 2013 01:30 AM PDT

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

PUTRAJAYA 18 Sept. - Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu berkaitan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hari ini memutuskan kompaun saman sistem tersebut diturunkan kepada minimum RM150 berkuat kuasa serta-merta.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penurunan tersebut selaras dengan kadar saman yang dikenakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Melalui inisiatif ini kadar kompaun saman AES diturunkan kepada minimum RM150 selaras dengan kadar oleh PDRM, namun kadar saman ini bergantung kepada tempoh pembayaran saman dan kesalahan had laju yang dilakukan oleh pengguna jalan raya yang mana saman maksimum adalah RM300," katanya dalam sidang akhbar Pengambilalihan Operasi Sistem AES di pejabatnya di sini.

Pada masa sama, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan juga memutuskan mengambil alih sepenuhnya operasi sistem AES daripada A.T.E.S dan Beta Tegap Sdn. Bhd. menerusi syarikat milik penuh di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) iaitu AES Solutions Sdn. Bhd. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved