Jumaat, 29 Mac 2013

Utusan Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Revo mudahkan pergerakan

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

LANGKAWI 29 Mac - Syarikat pengedar kenderaan elektrik dua roda seimbang (SEV), SNCR Malaysia Sdn. Bhd. menyasarkan mampu menjual lebih 3,000 unit kenderaan itu sepanjang tahun ini.

Pengarah Pemasarannya, Sudinar Kassim berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi beberapa strategi pemasaran yang diatur, termasuk menerusi penyertaan dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini yang disertai sejak Selasa lalu.

LIMA 2013 adalah lokasi pertama dua model iaitu Revo Lista (Lifestyle) dan Revo Lista (Police Version) dan ia dipromosikan dengan harga RM23,888 seunit selepas dilancarkan pada hari pembukaan pameran ini," katanya di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Beliau berkata, Revo Lifestlye adalah untuk kegunaan orang awam, manakala Revo Police Version adalah model untuk kegunaan pasukan keselamatan atau syarikat bagi tujuan pemantauan.

Menurutnya, kenderaan tersebut menggunakan bateri litium ion yang mengambil masa kira-kira tiga jam untuk dicaj bagi kegunaan antara 40 hingga 45 kilometer (km) perjalanan dengan kelajuan hingga 20 km sejam.

Katanya, SNCR Malaysia Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Naza Auto Solution Sdn. Bhd. juga mengalu-alukan syarikat tempatan untuk mengedarkan kenderaan itu yang menggunakan teknologi Perancis dan United Kingdom tetapi dipasang Shanghai, China.

BMW HP4 untuk yang mementingkan kuasa

Posted: 27 Mar 2013 12:51 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 Mac - BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW HP4, motosikal berprestasi tinggi terkini yang menampilkan keupayaan enjin termaju dan teknologi lengkap untuk tahap keselamatan dan pemanduan dinamik.

Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils berkata, sebagai pengeluar kenderaan premium yang terkemuka untuk kereta dan motosikal di dunia, BMW terus menunjukkan kepakaran inovasi dengan memperkenalkan HP4.

"Ia merupakan motosikal berkuasa besar empat silinder yang paling ringan dan dinamik di dunia untuk pasaran Malaysia.

"HP4 yang baru diperkenalkan ini sudah tentu akan menjadi penyumbang utama kepada peningkatan jualan BMW Motorrad pada tahun 2013," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dilengkapi dengan enjin 4-silinder sebaris S1000RR dengan jumlah sesaran 999 cc, BMW HP4 serba baharu menghasilkan kuasa sebanyak 152 kW (193hp) pada13,000 rpm.

Motosikal ini juga berupaya mencapai kelajuan enjin maksimum sehingga lebih 200km/jam dan bacaan tork maksimum sebanyak 112 Nm pada putaran 9,750 rpm.

Pencapaian hebat ini membolehkan motosikal berkuasa tinggi ini untuk memecut 0-100km/j hanya dalam masa 2.9 saat.

BMW HP4 Serba Baharu juga merupakan motosikal BMW pertama yang memperkenalkan fungsi Launch Control serta pengesan wheelie, yang disokong oleh pembantu syif untuk pemecutan yang optimum dan permulaan yang sempurna di litar lumba.

Harga jualan runcit bagi model baharu (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW HP4 ialah RM144,444.00 dan BMW HP4 Competition Package pula berharga RM158,888.00.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved