Jumaat, 29 Mac 2013

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Perspektif baru telefon pintar

Posted: 25 Mar 2013 02:00 AM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

PRESIDEN HTC, Jason Mackenzie pada majlis pelancaran htc one di new york bulan lepas.

MENAWARKAN aplikasi terbaru iaitu HTC BlinkFeed, HTC Zoe dan HTC BoomSound kini telefon pintar HTC One bakal menambat hati para peminatnya.

Aplikasi HTC BlinkFeed antaranya merupakan keupayaan live stream untuk memaparkan maklumat seperti di laman sosial, hiburan, berita, foto dan juga gaya hidup tanpa perlu menggunakan aplikasi yang berbeza-beza.

Kelebihan semua dalam satu tersebut memudahkan pemilik HTC One membuka lebih daripada satu halaman aplikasi dalam satu-satu masa.

Malah, dalam mendepani cabaran agar menjadi sebuah telefon pintar yang lebih dinamik, HTC One turut menawarkan sebanyak 1,400 kandungan media daripada dalam dan luar negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HTC Corporation, Peter Chou, masyarakat kini mahukan sebuah peranti yang sentiasa memudahkan mereka mengikuti perkembangan dunia semasa.

"Biarpun telefon pintar merupakan cara termudah untuk memastikan kita sentiasa berhubung bersama orang yang tersayang mahupun maklumat, namun rekaan konvensional dilihat gagal memastikan keperluan tersebut dipenuhi," katanya.

Justeru, katanya, satu pendekatan yang lebih menarik dalam dunia peranti telefon pintar diperlukan dan itu yang sedang dilakukan oleh HTC menerusi HTC One.

Menurutnya, hasil kajian di peringkat pengguna telah menghasilkan HTC One yang bakal memenuhi segala keperluan mereka.

Seterusnya kelebihan HTC UltraPixel Camera bersama HTC Zoe yang merupakan antara kamera yang terbaik dalam kelasnya.

HTC UltraPixel Camera juga merupakan satu tawaran terbaik kepada mereka yang sentiasa mahu saat-saat indah dirakam dan dikongsikan bersama rakan-rakan.

Aplikasi HTC Zoe menawarkan kelebihan untuk merakam imej yang berkualiti tinggi dalam cara yang tersendiri dan unik.

Aplikasi Zoe itu juga mampu 'menghidupkan' galeri dan menukarkan galeri gambar pegun tradisional kepada galeri memori yang lebih menarik.

Malah, aplikasi tersebut juga memudahkan kerja-kerja menyunting dan menambah kesan khas pada video.

Seterusnya, aplikasi HTC Sense TV yang menawarkan kelebihan panduan interaktif dan juga alat kawalan jauh bagi televisyen, set-top boxes dan juga penerima isyarat.

Hanya perlu sentuh sahaja butang cloud, pengguna sudah boleh memilih rancangan kegemaran di kaca televisyen.

Bagi memenuhi peningkatan aplikasi yang ditawarkan, HTC turut menghasilkan reka bentuk yang lebih menarik agar lebih bersesuaian.

Dengan kemasan aluminium zero-gap serta skrin sesentuh seluas 4.7 inci dengan HD penuh (1080p), HTC One baru juga turut dijana oleh sistem operasi Android Jelly Bean.

Bagi melancarkan aktiviti melayari laman web, HTC One turut dilengkapi bersama teknologi talian LTE yang terbaru.

HTC One bakal menemui peminat pada hampir 185 operator telefon bimbit diseluruh negara dan untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web www.htc.com.

Muzium Kamera JCII Jepun

Posted: 24 Mar 2013 02:00 AM PDT

Bersama Abd. Rahman Saleh

JCII Camera Museum adalah sebuah muzium kamera yang terletak di Ichiban-cho, Chiyoda-ku, Tokyo yang bermula sebagai Institut Pemeriksaan dan Ujian (Japan Camera and Optical Instruments Inspection and Testing Institute - JCII).

Diasaskan pada 1954, JCII mulanya bertindak menguji semua kamera buatan Jepun yang hendak dieksport bagi mencapai piawaian antarabangsa setanding kamera yang dikeluarkan di negara-negara Eropah.

Sehingga 1969, apabila semua kamera buatan Jepun telah mencapai standard antarabangsa, fungsi JCII bertukar kepada tempat pemuliharaan barang-barang berkaitan fotografi terutama peralatan kamera lalu bertukar nama kepada Japan Camera Industry Institute.

Secara tidak langsung ia menjadi sebuah muzium yang menempatkan sejarah perkembangan kamera dunia terutama di Jepun.

Pelbagai kamera lama dan baru dari pelbagai syarikat pengeluar kamera terkemuka dunia dan Jepun seperti Nikon, Canon, Pantex, Minolta, Yashica, Asahi, Olympus, Fuji, Mamiya, Leica dan sebagainya dipamerkan di sini.

Terdapat kamera pertama dunia yang dikeluarkan pada 19 Ogos 1839 dengan jenama Giroux Daguerreotype dipamerkan di sini untuk tontonan para pengunjung.

Untuk makluman terdapat ribuan kamera yang dipamerkan di sini dilengkapi dengan fakta sejarah dan maklumat penting mengenai sesebuah kamera dalam memberi pengetahuan kepada orang ramai betapa pentingnya industri kamera kepada kehidupan dan sejarah dunia.

Para pengunjung juga dapat melihat era perkembangan kamera dari peringkat menggunakan plate sebagai bahan merakamkan imej. Kemudian ia bertukar ke peringkat penggunaan filem (analog) dan kini ke peringkat digital yang menggunakan sensor perakam imej yang terbahagi kepada dua iaitu kamera crop frame (bingkai timbul) dan full frame (bingkai penuh).

Lawatan yang ditaja oleh Nikon Corporation Japan sempena sambutan 80 tahun Nikkor Lens itu dapat memberikan gambaran sebenar bagaimana revolusi kamera berkembang pesat dalam semua hal sebagai bahan rakaman imej untuk kegunaan orang ramai, keselamatan, kesihatan, dokumentasi, industri, astronomi dan pelbagai lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved