Jumaat, 29 Mac 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Koleksi kasual Izuria

Posted: 26 Mar 2013 09:23 AM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar JEFFRI IRAN

SETIAP wanita suka berpakaian cantik dan nampak cantik. Menggayakan fesyen-fesyen terbaru memang menjadi idaman mereka terutama yang suka berfesyen.

Izuria menampilkan koleksi fesyen terkini pada harga yang mampu dimiliki. Koleksi fesyen yang diperolehi dari luar negara ini mempunyai potongan yang ringkas, selesa namun memastikan gaya elegan si pemakai.

Sesuai untuk digayakan ke pejabat, kasual atau ke majlis minum petang, koleksi Izuria mudah disuai-padan untuk dipelbagaikan gaya pemakaiannya dengan tempat yang hendak dituju.

Contohnya jika ke pejabat, baju Izuria boleh dipakai bersama skirt labuh atau seluar panjang, manakala padanan bersama kain sarung bercorak atau kain sutera jika hendak menghadiri majlis malam yang lebih formal.

Selain baju atau top, Izuria turut mempunyai koleksi blazer atau jaket untuk gaya ke pejabat atau jika menghadiri mesyuarat di pejabat atau bertemu pelanggan di luar.

Bagi menambah gaya, anda boleh memilih pelbagai pilihan aksesori yang turut disediakan oleh Izuria.

Sama ada aksesori yang dibuat daripada logam, manik ala mutiara atau manik besar berwarna-warni, semuanya cantik dan membuatkan gaya anda bertambah menarik.

Selain dijual melalui dalam talian, koleksi Izuria turut boleh dipilih apabila anda menghadiri majlis minum petang yang diadakan dua bulan sekali di kediaman pemiliknya, Shareen Zulkifli di Kota Damansara.

Anugerah hargai wanita

Posted: 26 Mar 2013 06:07 AM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOFF

Adam Fletcher (kiri) bersama Pengarah Urusan HK Strategies Kuala Lumpur, Julia Ahmad bercakap dalam sidang media Forum Tahunan Wanita Dalam Kepimpinan Asia Ke-3 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PERANAN wanita bukan sekadar sebagai isteri dan ibu, malah sumbangan mereka dalam sektor ekonomi dan kuasa sosial juga setanding dengan lelaki.

Persepsi masyarakat terhadap kemampuan dan sumbangan mereka dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi turut berubah seiring peredaran zaman.

Sejak 1995, bilangan wanita dalam tenaga kerja meningkat 3.4 peratus tetapi jika terus merosot, Malaysia tidak akan mencapai matlamat menuju negara maju pada tahun 2020.

Lebih setengah juta rakyat Malaysia ke luar negara antara tahun 2007 hingga 2009, dan hanya sebahagiannya yang berminat kembali ke tanah air sendiri.

Sebagai usaha menghargai jasa dan kesungguhan wanita dari rantau Asia dalam bidang ekonomi dan kuasa sosial yang diceburi mereka, satu Anugerah Pencapaian Wanita Dalam Kepimpinan (WIL) akan diadakan.

Anugerah tersebut bersempena dengan Forum Tahunan Wanita Dalam Kepimpinan Asia Ke-3 yang akan berlangsung pada 28 hingga 29 Mac ini di Hotel The Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Forum yang bakal dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu merupakan anjuran Kumpulan Naseba, sebuah syarikat perunding pertumbuhan pasaran beribu pejabat di Perancis dan beroperasi di beberapa negara termasuk Malaysia.

Pengurus Besar Kumpulan Naseba, Adam Fletcher berkata, sumbangan wanita Asia dalam sektor perniagaan dan ekonomi sangat memberangsangkan.

Selayaknya, pencapaian dan sumbangan mereka dalam membantu aspek kemajuan negara diiktiraf dan dihargai.

Antara anugerah yang diiktiraf adalah Peniaga Wanita Utama Terbaik, Usahawan Paling Inovatif Terbaik, Wanita Peneraju dalam Sektor Awam, Pembawa Perubahan Lelaki dan Majikan Paling Mesra-Wanita .

Lima wanita Malaysia juga antara calon yang disenarai pendek bagi pelbagai kategori Anugerah WIL.

Antara calonnya ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Hafsah Hashim, yang mana kedua-duanya disenarai pendek dalam kategori Wanita Peneraju dalam Sektor Awam," katanya.

Sementara itu, forum yang akan berlangsung selama dua hari itu turut dihadiri tokoh-tokoh wanita dalam sektor awam dan swasta, dari dalam serta luar negara.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved