Jumaat, 29 Mac 2013

Utusan Online - Agrobiz


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Khasiat jambu batu

Posted: 25 Mar 2013 02:00 AM PDT

oleh LAUPA JUNUS

Serbuk serat daripada bahan buangan jambu batu yang boleh dimanfaatkan sebagai makanan.

PROGRAM pengambilan makanan sihat semakin menjadi trend kerana orang ramai semakin sedar mengenai penjagaan kesihatan.

Menerusi pengambilan makanan seimbang, dengan khasiat yang mencukupi, pengguna yakin kesihatan mereka lebih terjamin. Tetapi berapa ramai yang tahu apa kandungan makanan berkenaan?

Kebanyakan mereka hanya tahu tentang vitamin, mineral dan sebagainya tetapi perkataan antioksidan agak asing dan masih baharu.

Pengambilan makanan semula jadi meningkatkan pengambilan antioksidan yang sangat perlu kepada tubuh kita.

Satu daripada sumber antioksidan yang peting ialah buah-buahan tempatan termasuk jambu batu.

Sebab itu jambu batu kini turut dikomersialkan dengan dijadikan produk minuman. Namun, produk sampingan yang tidak dimanfaatkan daripada jambu batu ialah sumber seratnya.

Industri jus buah seperti jambu batu merah menghasilkan produk sampingan yang banyak dan mempunyai potensi sebagai ramuan sumber serat baru untuk industri makanan.

Namun produk sampingan itu tidak dieksploitasi sepenuhnya untuk tujuan komersial.

Untuk itu, penyelidik di Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Aida Hamimi Ibrahim memanfaatkan kandungan serat pada jambu batu dengan menggunakan sisa industri buah berkenaan.

MARDI telah menjalankan kajian penghasilan serbuk serat diet (DFP) daripada hasil sampingan industri jus jambu batu merah.

Dr. Aida Hamimi memberitahu, beliau berpeluang menjalankan penyelidikan tersebut semasa mengadakan lawatan ke Golden Hope Food and Beverages Sdn. Bhd. di Kota Tinggi, Johor pada tahun 2003 untuk membincangkan projek penyelidikan dan pembangunan.

''Saya bertemu dengan Zaidah Abu Bakar dan daripada perbincangan tersebut memberi idea kepada saya untuk menggunakan produk sisa industri jambu batu untuk menghasilkan makanan kesihatan,'' ujarnya.

Beliau kemudiannya memanfaatkan sisa industri tersebut dengan menjadikannya serbuk untuk menghasilkan serat diet yang boleh dimanfaatkan untuk bahan asas pembuatan makanan.

Dalam penyelidikan beliau yang dimulakan pada 2003, bahagian yang digunakan ialah pulpa dan kulit buah untuk diproses menjadi serbuk berserat tinggi.

Penggunaannya adalah tepat dan sesuai memandangkan jambu dianggap sebagai superfruit kerana kaya dengan serabut diet, vitamin A dan C, asid folik dan diet mineral.

Dipercayai sebiji buah jambu mengandungi kira-kira empat kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren.

Jambu batu juga mengandungi kepekatan antioksidan yang tinggi dan boleh dianggap sebagai satu produk semula jadi dengan sifat-sifat serat pemakanan serta sebatian antioksidan.

Jambu batu merah mempunyai jumlah kandungan serat pemakanan yang tinggi, iaitu antara 56.6 - 76.1 peratus dengan nisbah serat pemakanan larut terhadap tidak larut menyamai nisbah yang terdapat dalam bijirin, dan mengandungi nilai kalori yang rendah (97.1 - 249 kcal/100 g).

Produk berkenaan berwarna perang cerah dan berkeupayaan membendung air (3.75 - 12.17 g air/ g serat), minyak (2.20 - 6.88 g minyak/g serat) dan mengembang (11.8 - 14.2 mL of air/g serat) dengan baik.

Produk berkenaan bukan sahaja boleh memperkaya serat diet dan mengurangkan nilai tenaga dalam makanan, tetapi boleh digunakan sebagai bahan-bahan dalam pelbagai produk makanan. Kajian menunjukkan serbuk serat diet mengandungi fruktooligosakarid (FOS) yang merupakan agen prebiotik.

Di samping itu, produk tersebut mempunyai kandungan aktiviti antioksidan (52 - 91.4 AOA peratus,) kesan radikal scavenging (85.4 - 91.7 peratus), dan fenolik (156 - 227.6 FAE mg/g) yang tinggi.

Kajian in-vitro dan in-vivo menunjukkan serbuk serat diet daripada hasil sampingan jambu batu merah bersifat prebiotik di samping terdapat pengurangan mesofili bakteria dan penambahan bifidobakteria.

Kajian juga menunjukkan serbuk serat diet mempunyai kesan hipokolesterolemik yang amat ketara, dalam mengurangkan paras serum jumlah kolesterol (43 peratus) dan LDL (51 peratus) dalam tikus.

Aktiviti antioksidan yang tinggi dan kesan prebiotik dan hipokolesterolemik pada serbuk serat diet ini berpotensi sebagai ramuan makanan.

Pada masa ini serbuk berkenaan telah dijadikan bahan asas dalam penghasilan pelbagai makanan termasuk biskut kek dan roti serta sebagai jus.

Beliau yakin ia boleh diperluaskan kepada buah-buahan lan seperti nanas dan pisang. Beliau juga sedang mencari rakan kongsi untuk mengkomErsialkan produk berkenaan yang berpotensi untuk dimajukan sebagai makanan kesihatan.

Nelayan jadi tauke

Posted: 25 Mar 2013 02:00 AM PDT

Tuan kechik membantu pekerja memilih dan membersihkan ikan.

BERMULA kecil-kecilan, Tuan Kechik, 67, pada mulanya hanyalah nelayan sejak remaja yang mengail ikan sebagai mata pencarian.

Dia maju setapak apabila menceburi bidang perniagaan dengan menjadi pemborong ikan segar jenis tenggiri, parang dan pari dengan berkongsi perniagaan bersama rakan pada tahun 1978.

Melihat kepada potensi kerjaya baru itu, mereka membeli bot pukat jerut tetapi menghadapi masalah selepas tiga tahun beroperasi sehingga memaksanya menjual bot berkenaan.

Tuan Kechik bagaimanapun tidak mati akal dengan kegagalan tersebut, sebaliknya menggunakan wang hasil jualan bot untuk memulakan perniagaan sendiri.

Kepayahan hidup menjadi pendorong untuk mengubah nasib dengan berpegang prinsip rezeki secupak boleh dijadikan segantang, satu wacana hidup yang biasa dijadikan panduan.

Mungkin fasa hidupnya yang lebih baik bermula di peringkat ini selepas dia melihat ada potensi untuk mengembangkan perniagaan tersebut.

Bagaimanapun dia terpaksa bermula agak perit termasuk membuat pinjaman dengan Bank Pertanian (sekarang Agrobank) sebanyak RM600,000 bagi membina bilik sejuk (blast freezer) dan membeli dua buah lori kecil.

Kejayaan tersebut mendorong menambah teras perniagaan kepada pemprosesan dengan menghasilkan isi ikan di bawah syarikat Perikanan TS Tiga.

Pada 2000 saya pinjam RM100,000 daripada Agrobank untuk menambah kemudahan syarikat," katanya semasa di temui pada sesi lawatan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Setiu baru-baru ini.

Berkat kesabaran, Tuan Kechik boleh dijadikan teladan usahawan bumiputera kerana berjaya mengubah hidupnya selepas beberapa dekad bermula daripada peringkat awal.

Menyambung bicara, sambil merenung ke arah kenderaan forklift yang bergerak mengangkat barangan, Tuan Kechik berkata, dia berpindah ke Kampung Pandan Jaya Permaisuri di Rhu 10, tapak projek yang menjadi lokasi kilangnya sekarang.

Tuan Kechik berkata, dia melihat ada potensi untuk memajukan industri tersebut memandangkan Setiu terletak di tepi laut dan bekalan mentah boleh diperoleh daripada nelayan.

Dengan adanya komuniti nelayan di itu, timbul idea lain supaya syarikatnya menjadi pembekal ais untuk nelayan, maka dia tanpa membuang masa mengembang perniagaan menjual ais (flake ice) .

Malah, kejayaannya itu mendapat perhatian Jabatan Perikanan yang menjadikan syarikatnya sebagai anak angkat, sekali gus mendapat bantuan dalam bentuk khidmat nasihat.

Syarikat tersebut kini mempunyai kemudahan sejuk beku dengan kapasiti 100 tan, alat untuk membelah isi ikan dan penyimpanan air batu.

Bagi menghasilkan isi ikan, dia menggunakan beberapa jenis ikan, tetapi yang biasa digunakan ikan tamban yang dibeli dengan harga RM4.80 sekilogram dan biasanya diperoleh dari Perlis dan Tok Bali, Kelantan.

Dengan produk seperti isi ikan, keropok dan ais, dia merancang untuk menghasilkan produk lain seperti kek ikan dan bebola ikan serta ikan keli beku

Saya sudah mempunyai bekalan ikan keli segar sebanyak 100 buah kolam di Kampung Kubang Puyu untuk dijadikan ikan beku," ujarnya.

Sebagai persediaan mengendalikan urusan perniagaan Perikanan TS Tiga, salah seorang anak Tuan Kechik, iaitu Tuan Nazuri kini belajar secara perlahan-lahan sebagai pekerja syarikat.

Tuan Nazuri, 38, semakin sibuk mempelajari bagaimana kerja-kera syarikat diuruskan termasuk pengendalian, mengurus kilang dan sebagainya.

Saya kena belajar daripada sekarang dan sebelum bersedia mengambil alih (dari pada bapa), ujarnya yang kini merupakan pengurus kilang

Dia yang kelihatan sibuk seperti pekerja lain turut membantu dalam aspek urusan pekerjaan, membayangkan kesediaannya untuk belajar dan akhirnya menerajui syarikat berkenaan. - LAUPA JUNUS.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved