Jumaat, 29 Mac 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


KDR1M libatkan lebih 5,000 premis perniagaan, 74 jenis perkhidmatan

Posted: 29 Mar 2013 03:02 AM PDT

Oleh MD. AZRIN ROSLY

KUALA LUMPUR 29 Mac - Orang ramai berpeluang mendapat diskaun di lebih 5,000 premis perniagaan membabitkan sebanyak 74 jenis perkhidmatan menerusi Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Informasi Malaysia (Info-Malaysia), Datuk Abd. Rahman Manan berkata, kad itu boleh diperoleh dengan yuran tahunan sebanyak RM30 di kios yang dibuka di KL Sentral bermula hari ini hingga 4 April ini serta di stesen minyak Shell dan Petronas hujung April ini.

Menurut beliau, KDR1M diperkenalkan bagi membantu kerajaan memberikan kemudahan dan meringankan beban rakyat menerusi potongan harga antara lima hingga 40 peratus bagi barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.

"Menerusi kad ini, orang ramai boleh mendapat diskaun rawatan kesihatan di 1,100 klinik panel, rebat teksi di Lembah Klang sebanyak 10 peratus, pakej umrah berharga RM3,999 dan diskaun saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang kini sedang menunggu kelulusan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pendaftaran KDR1M kepada orang ramai yang disempurnakan Penaung Kehormatnya, Tan Sri Abd. Mutalib di sini hari ini.

Info-Malaysia merupakan syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan KDR1M dengan sasaran lebih 150,000 pengguna mendaftar kad itu tahun ini.

Sementara itu, Abdul Mutalib berkata, kad tersebut dapat membantu orang ramai mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat terutamanya mereka yang tinggal di bandar.

"KDR1M juga didatangkan dengan kemudahan Touch 'n Go dan kemudahan serta perkhidmatannya akan diperluaskan lagi dari semasa ke semasa," katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan senarai premis perniagaan yang terlibat boleh melayari laman web http://www.informasimalaysia.com.my atau menghubungi talian 03-7785 7839 dan 03-7772 4711. - UTUSAN

Ketua Pemuda Gerakan tidak gentar disaman

Posted: 29 Mar 2013 02:55 AM PDT

Oleh SAFINA RAMLI

ALOR SETAR 29 Mac - Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang tidak gentar dengan ancaman untuk disaman oleh Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (Seri Temin) berikutan isu kegagalan kerajaan Pas Kedah menyiapkan rumah kos rendah dan mampu milik Projek Bandar Sejahtera Pokok Sena.

Keng Liang berkata, pihaknya mendapat tahu mengenai saman tersebut melalui berita yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini.

"Apa yang mereka buat adalah percubaan untuk mendiamkan Pemuda Gerakan Kedah, jadi kami ingin tegaskan bahawa saya ada tanggungjawab untuk bercakap mengenai isu-isu rakyat di Kedah.

"Apa yang tidak betul saya akan kata. Ini adalah satu pembunuhan politik yang mereka cuba kenakan kepada saya, mereka nak buat imej saya seperti tidak boleh dipercayai," katanya kepada pemberita di sini.

Keng Liang menegaskan, beliau tidak takut dengan ancaman saman itu sebaliknya sentiasa bersedia untuk bertemu di mahkamah.

Mengulas lanjut, katanya, rakyat negeri ini harus mengambil iktibar dengan perkara tersebut kerana walaupun pakatan pembangkang menghebahkan mereka adalah sebuah parti yang berpegang kepada prinsip demokrasi dan rakyat mempunyai hak untuk bersuara, namun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

"Bila ada pihak persoalkan mereka, mereka terus guna taktik untuk mendiamkan pihak tersebut sama ada saman atau dikenakan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Sebenarnya mereka ini yang pantang dikritik dan saya harap rakyat buat satu keputusan yang tepat untuk memilih pemimpin dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti," jelasnya.

Keng Liang dalam sidang akhbar 6 Jun 2012 mendedahkan janji pakatan pembangkang dalam Buku Jingga untuk menyediakan rumah mampu milik hanya tinggal janji apabila kerajaan Pas Kedah didapati gagal menyiapkan projek perumahan kos rendah di bandar raya ini.

Ini kerana dakwanya, projek perumahan bercampur berasaskan rumah mampu milik di Pokok Sena bernilai RM230 juta masih gagal disiapkan sekali gus menganiaya para pembeli.

Projek yang dinamakan Bandar Sejahtera Pokok Sena oleh Seri Temin iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) itu telah dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Januari 2010. - UTUSAN

Pesara BBDS mahu disenarai penerima tetap pencen

Posted: 29 Mar 2013 02:31 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Mac - Persatuan Pesara Tujuh Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS) menuntut agar kerajaan menyenaraikan kumpulan itu sebagai penerima tetap pencen.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, perkara itu bagi membolehkan kumpulan pesara hampir 5,000 orang tersebut menerima pencen dan pampasan yang tertunggak selepas tempoh persaraan mereka. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved