Selasa, 13 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Satu keluarga nyaris maut

Posted:

Satu keluarga nyaris maut

Satu keluarga nyaris maut

Oleh Mohd. Fairuz Yusof
fairuz.yusof@utusan.com.my


Penduduk kampung melihat keadaan rumah Wan Mah Wan Ali yang runtuh dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Charu, Jalan Sungai Lembing, Kuantan, semalam.


KUANTAN 13 Dis. - Sebuah keluarga termasuk seorang warga emas nyaris maut apabila sebahagian ruang tamu, bilik tidur dan tandas tiba-tiba runtuh dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Charu, Jalan Sungai Lembing di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, antara penghuni yang masih berada di dalam rumah itu ialah dua kanak-kanak bersama seorang dewasa manakala warga emas terbabit, Wan Mah Wan Ali, 70, tiada di rumah kerana mempunyai urusan di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Menurut Taufik Mohd. Shafie, 11, dia pergi ke tandas pada pukul 9 pagi untuk membuang air kecil sebelum berasa sesuatu yang tidak kena dirumah tersebut.

Katanya, dia tidak mempedulikan telahan itu dan keluar bermain dengan adiknya, Nor Shafikah Hafizah sebelum menyedari hakisan tanah bermula di bilik tidur utama.

Tambahnya, dia kemudian bergegas berlari ke arah nenek yang baru tiba di rumah dan memaklumkan mengenai hakisan tanah sebelum warga emas itu mengejutkan bapanya, Mohd. Shafie Adam, 30, sedang tidur dalam bilik tersebut.

"Saya pergi ke belakang untuk melihat keadaan hakisan itu namun terkejut apabila melihat tandas bersama dua katil, televisyen serta perabot lain tiba-tiba hilang akibat tanah runtuh di belakang rumah ini," katanya ketika ditemui di Dewan Komuniti, Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR), di Kampung Panching di sini, hari ini.

Turut hadir melawat dan menghulurkan bantuan ihsan Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching Mohd. Zaili Besar.

Sementara itu Wan Mah berkata, akibat kejadian tersebut, dia berasa sedih kerana rumah yang didiami sejak 30 tahun lalu musnah sekelip mata.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana diberi tempat perlindungan sementara di dewan tersebut sebelum bercadang mencari rumah sewa lain.

Full content generated by Get Full RSS.

Pengawal tembak mati perompak bank

Posted:

Pengawal tembak mati perompak bank

Pengawal tembak mati perompak bank

KUALA LUMPUR 13 Dis. - "Seorang perompak mengarahkan pegawai bank memasukkan wang dalam beg galas.

"Pelanggan dan beberapa kakitangan lain dalam bank pula menundukkan kepala dan ada yang menangis sebab takut. Suasana masa rompakan memang macam dalam filem," kata seorang ahli perniagaan, Mohd. Ayuhamdi Md. Hamdani, 25, menceritakan pengalaman menyaksikan insiden rompakan berlaku di sebuah bank di Taman Muda, Pandan Indah, Ampang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, seorang perompak berusia lingkungan 30-an mati ditembak oleh pengawal keselamatan semasa cuba melarikan diri bersama wang tunai berjumlah RM253,000.

Menurut Mohd. Ayuhamdi, dia seolah-olah tidak percaya melihat dengan mata sendiri rompakan yang berlaku di bank tersebut.

"Macam adegan dalam filem. Saya nampak tiba-tiba orang berlari keluar dari bank dan saya nampak seorang lelaki memakai topi keledar, pakai sarung tangan hitam masuk ke dalam kaunter bank bersama sebuah beg galas," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Mohd. Ayuhamdi, dia juga melihat bagaimana suspek yang lengkap memakai sarung tangan berwarna hitam ditembak oleh pengawal keselamatan bank dalam jarak 50 meter.

Sebelum itu, katanya, suspek sempat membawa beg galas berisi wang dari kaunter tetapi tidak sempat melarikan diri apabila dia ditembak oleh pengawal keselamatan bank yang berada di sebalik tiang dalam bank.

Mohd. Ayuhamdi berkata, dia melihat topi keledar suspek tertanggal dari kepala, manakala darah membuak-buak keluar di kepalanya sebelum dia rebah di atas lantai.

Seorang lagi saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Phan, 50, berkata, dia ternampak seorang lelaki dipercayai rakan suspek duduk menunggu di atas motosikal di luar bank berkenaan.

"Sebaik sahaja terdengar bunyi tembakan, lelaki itu terus lari meninggalkan bank tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin (gambar) berkata, insiden rompakan itu berlaku dalam tempoh 10 minit.

Beliau berkata, suspek berusia 30-an yang terbunuh telah melompat masuk ke dalam kaunter dan mengugut juruwang bank agar memasukkan wang ke dalam beg galas yang dibawa.

"Suspek mati ditempat kejadian akibat cedera parah ditembak di kepala, manakala 20 orang pelanggan dan 12 orang kakitangan bank tidak mengalami kecederaan.

"Kita akan siasat bagaimana suspek masuk ke dalam bank dengan melihat rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian," katanya sambil memberitahu setakat ini, polis belum menemui sebarang identiti pengenalan diri lelaki berkenaan.

Amiruddin berkata, pemeriksaan polis di tempat kejadian, menemui wang RM253,000 dalam beg galas dan sepucuk pistol jenis Styer dipercayai digunakan oleh suspek dalam rompakan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved