Sabtu, 5 November 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Dua gajah musnahkan tanaman Orang Asli

Posted:

Dua gajah musnahkan tanaman Orang Asli

Dua gajah musnahkan tanaman Orang Asli


TANAMAN penduduk musnah akibat dirosakkan dua ekor gajah di Kampung Keladan, Rompin, baru-baru ini.


ROMPIN 5 Nov. - Penduduk Orang Asli di Kampung Keladan diancam kebimbangan berikutan tanaman mereka musnah akibat diserang dua ekor gajah dipercayai dari Hutan Simpan Bukit Ibam di sini.

Mereka meluahkan rasa khuatir terhadap soal keselamatan yang semakin terancam berikutan serangan gajah yang masuk ke kampung itu pada tengah malam sejak tiga hari lalu.

Penduduk mendakwa, tanaman mereka seperti pisang, anak pokok kelapa sawit, getah, buluh, kelapa dan pinang rosak serta akibat haiwan itu.

Seorang penduduk, Awang Mansur, 49, berkata, dia melihat kelibat dua ekor gajah itu pada waktu malam apabila memasuki kebunnya dengan memusnahkan pokok getah, pinang dan pisang.

Menurutnya, haiwan itu dipercayai ibu dan anaknya mengeluarkan suara kuat hingga mengejutkannya daripada tidur lalu mengundang rasa cemas mereka sekeluarga yang berada di dalam rumah berkenaan.

Dakwanya, dia hanya sempat memasang mercun untuk menghalau gajah tersebut, namun haiwan yang mempunyai belalai dan gading itu masih terus berdegil dan tidak keluar daripada kebun tersebut.

"Kebun saya hanya terletak 10 meter daripada rumah dan saya lihat dengan jelas kelibat haiwan itu mengganas dengan memusnahkan tanaman selain memakan umbut kelapa sawit dan getah," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Seorang lagi jirannya, Lachai Chukin, 76, berkata, dia tidak mengetahui sebab utama anjing peliharaannya sering menyalak sejak kebelakangan ini hingga diberitahu jiran kebun pisangnya dimasuki haiwan itu.

"Saya ingat rumah saya dimasuki pencuri, tetapi sebenarnya kebun saya dimasuki haiwan itu hingga menyebabkan pagar menempatkan tanaman pisang rosak," katanya.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Aur, Nura Hamidi Mat berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) digesa memindahkan segera gajah liar itu ke habitat yang lebih sesuai kerana bimbang nyawa penduduk di situ terancam.

"Kita harap Perhilitan dapat memindahkan segera habitat gajah itu ke kawasan yang lebih sesuai supaya ia dapat dilindungi memandangkan hutan di sini banyak yang sudah diteroka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ada institusi tidak faham konsep

Posted:

Ada institusi tidak faham konsep

Ada institusi tidak faham konsep

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 5 Nov. - Umat Islam di negeri ini perlu memahami ibadah korban sebenar memandangkan terdapat institusi dan syarikat korporat yang didapati tidak memahami konsep amalan itu sepenuhnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ada segelintir pihak terbabit menyumbangkan korban seperti lembu atau kambing sempena Hari Raya Aidiladha termasuk kepada penduduk Palestin sedangkan ia lebih menjurus kepada amalan individu.

Menurut beliau, mereka tidak boleh melakukan korban, tetapi jika ada kakitangannya ingin korbankan seekor lembu dan mengagihkan kepada penduduk negara itu ia dibolehkan.

"Jika syarikat terbabit menyumbangkan haiwan untuk dikorban ia tidak betul kerana ibadah korban terletak pada individu itu sendiri.

"Saya bukanlah seorang guru agama, tetapi saya rasa perkara itu adalah betul," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM100,000 daripada Yayasan Pahang kepada Aman Palestin Berhad (APB) Bhd., cawangan Pahang, di sini semalam.

Sumbangan oleh Yayasan Pahang dan anak syarikatnya, YP Plantation Holdings diserahkan kepada Pengurus APB Pahang, Muhamad Sabri Muda untuk aktiviti pertubuhan itu dalam meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Adnan memberitahu, sumbangan pihak terbabit bukan suatu ibadah korban, tetapi lebih merupakan sedekah.

"Ibadah korban adalah bagi memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim yang sanggup menyahut perintah Allah dan ia disunatkan kepada mereka yang mampu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved