Sabtu, 5 November 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bayi dibuang dalam parit kebun sawit

Posted:

Bayi dibuang dalam parit kebun sawit

Bayi dibuang dalam parit kebun sawit

LEDANG 5 Nov. - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dibuang di dalam sebatang parit di kebun kelapa sawit di Kampung Melayu Raya, Sagil, di sini hari ini.

Si kecil yang masih bertali pusat dan dalam keadaan berbogel itu namun bernasib baik apabila ditemui seorang penoreh getah yang melalui kawasan itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhammad Salleh Abd. Razak berkata, lelaki itu terkejut apabila terdengar tangisan bayi tersebut di kebun yang terletak bersebelahan kebunnya.

"Dia lalu memaklumkan kepada anggota di Balai Polis Sagil dan sepasukan anggota polis telah pergi ke tempat kejadian. Semasa ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan bogel di dalam parit kecil yang tidak berair.

"Bayi itu dalam keadaan sihat dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam sebelum dijumpai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujarnya, bayi itu telah dihantar ke Hospital Tangkak untuk pemeriksaan dan ditempatkan di wad hospital berkenaan untuk pemerhatian lanjut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya.

Menurutnya, pihak polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu membuang bayi itu dan akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti ibu bapanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ledang di talian 06-9781222.

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita maut kereta terbabas masuk sungai

Posted:

Wanita maut kereta terbabas masuk sungai

Wanita maut kereta terbabas masuk sungai

JOHOR BAHRU 5 Nov. - Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki bersama suaminya terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Pandan berdekatan pasar borong Pandan City, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Pan Sua Yeen, 45, dan suaminya yang menaiki kereta Toyota Vios berwarna perak dalam perjalanan dari Kota Tinggi di sini, menghala ke Singapura.

Mangsa dipercayai mati di tempat kejadian manakala suaminya pula cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Difahamkan, kereta itu dipandu laju oleh suami mangsa sehingga terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar pagar jambatan dan terjunam ke Sungai Pandan.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Daerah, C. Kesavan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.38 pagi dan sampai ke tempat kejadian lapan minit kemudian.

"Sejurus sampai, kami dapati kedua-dua mangsa terapung di sungai itu dipercayai akibat tercampak keluar dari kereta dan sedang diselamatkan oleh orang ramai," katanya ketika dihubungi di sini.

Tambahnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibedah siasat manakala suaminya kini menerima rawatan sebagai pesakit luar di HSI.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved