Jumaat, 5 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


3 inap desa terbaik di Kedah

Posted:

3 inap desa terbaik di Kedah

3 inap desa terbaik di Kedah

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my


Sharifah Hashim di hadapan homestay miliknya yang bersih, cantik dikelilingi landskap menarik. – utusan/Halim Khalid


ALOR SETAR 4 Ogos – Homestay atau inap desa kini menjadi produk pelancongan yang kian popular dan di Kedah, permintaan pelancong domestik atau antarabangsa untuk mengunjungi inap desa semakin meningkat.

Dari segi definisinya, inap desa bererti rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada para pelancong.

Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel atau calet di sesetengah tempat khususnya di pedalaman atau luar bandar yang mempunyai tarikan pelancongan.

Ia juga menjadi sumber pendapatan baru kepada penduduk kampung tradisional yang mengusahakannya.

Menerusi kaedah ini, para pelancong boleh tinggal di rumah kampung bersama keluarga angkat bagi membolehkan mereka mengetahui adat budaya dan kesenian masyarakat tempatan selain menerokai keunikan, keindahan dan suasana alam sekitar di kampung itu.

Di Kedah, rumah-rumah yang dijadikan inap desa berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kerana terdapat permintaan tinggi dari kalangan pelancong.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa terdapat sebahagiannya terutama di Alor Setar dan Sungai Petani tidak memenuhi kriteria inap desa kerana hanya menyediakan penginapan tanpa sebarang produk pelancongan.

Maka ia lebih kepada rumah sewa penginapan atau sewa harian semata-mata yang dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Inap desa sebenarnya ialah rumah-rumah di sesuatu perkampungan produk pelancongan menarik yang perlu dilesenkan di bawah Kementerian Pelancongan dan ia amat membantu industri pelancongan negara berkembang.

Di Kedah, terdapat tiga perkampungan tradisional yang popular sebagai inap desa iaitu Homestay Desa Keda, Ulu Legong; Homestay Kampung Jeruju, Jerlun dan Homestay Wang Tok Rendong, Langkawi.

Peluang penulis berkunjung ke ketika-tiga inap desa ini mendapati, kesemua rumah yang menjalankan operasi amat indah, bersih, selesa dan menarik. Selain itu, perkampungan tersebut mempunyai pelbagai tarikan pelancongan.

Di Ulu Legong, Pengerusinya, Mohd. Khir Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Pak Long berkata, keunikan Ulu Legong ialah ia menjadi tumpuan orang ramai untuk mandi-manda di kolam air panas.


Beristirehat di tepi sawah padi yang subur menghijau.


Selain itu, katanya, pengunjung berpeluang merasai nasi lemang yang enak dan unik sambil menikmati keindahan flora dan fauna kawasan itu yang dikelilingi oleh bukit-bukau.

Pak Long berkata, pengunjung berpeluang mendaki Gunung Baling, mandi di air terjun Lata Gading dan Sungai Angkat serta meninjau dari dekat penghasilan produk kampung seperti kopi kampung, rempeyek, barangan kraf tangan, bunga hiasan, tikar, pembuatan golok, pisau dan urutan tradisional.

''Selain itu, pengunjung juga berpeluang merasai produk kawasan itu seperti tongkat ali, madu tualang, telur ayam kampung, selain meninjau projek pertanian seperti tanaman pisang, ternakan udang galah dan dusun buah-buahan.

''Suasana kampung yang damai dan permai dengan kemesraan penduduk pastinya menambat hati para pelancong untuk berkunjung semula ke Ulu Legong biarpun kedudukannya agak terpencil iaitu 19 kilometer dari pekan Baling.

"Sehingga kini hampir 80 peratus penduduk telah mengikuti kursus penyediaan dan perkhidmatan inap desa oleh Kementerian Pelancongan dengan 26 daripada mereka sudah pun mendaftar sebagai pengusaha inap desa," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, Homestay Kampung Jeruju, Jerlun juga tidak kurang hebatnya kerana benar-benar berjaya menyajikan kehidupan kampung sebenar kepada para pelancong berikutan kedudukannya yang terletak di pinggir sawah dan muara sungai.

Pengerusi homestay itu, Rosli Ahmad berkata, pelancong amat tertarik dengan keistimewaan kawasan itu terutama untuk melihat dengan lebih dekat perusahaan belacan, kuih tradisional, meninjau aktiviti penanaman padi, sayur, melawat dusun buah, ternakan lembu, kambing, ayam kampung, udang dan ikan dalam sangkar.

Kampung itu yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Alor Setar atau mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai, mempunyai kira-kira 317 penduduk dan 75 buah rumah dengan 20 daripadanya berdaftar sebagai inap desa.

Seorang pengusaha, Sharifah Hashim, 56, berkata, kegiatan inap desa dapat memberi pendapatan tambahan kepada dia dan suaminya yang bekerja sebagai nelayan.

"Saya dan suami memang gemar menghias rumah dan halaman pada waktu lapang dan sebab itu banyak dekorasi di dalam dan luar rumah menampilkan kreativiti bahan buang untuk dikitar semula sebagai pasu dan hiasan halaman yang menarik,'' ujarnya.

Dalam pada itu, kunjungan ke Langkawi pastinya memberi pengalaman baru yang menarik jika anda berkesempatan menginap di Homestay Kampung Wang Tok Rendong, yang terletak kira-kira enam kilometer dari pekan Kuah.

Keunikan di Tok Rendong ialah terdapat kawasan paya bakau terbesar di ASEAN dengan tarikan eko pelancongan seperti aktiviti tracking, melawat Taman Burung, perusahaan gamat, persembahan kebudayaan dan hasil kraf tangan seramik serta penemuan terbaru ialah pokok kayu bakau terbesar di Asia Tenggara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Banjir kilat jejas bekalan air

Posted:

Banjir kilat jejas bekalan air

Banjir kilat jejas bekalan air

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my


MD. Isa Sabu (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada Abdul Hamid Sahid (kanan) mengenai kerosakan pam akibat banjir kilat di rumah pam Sungai Batu Pahat, Bintong, Kangar, semalam.


KANGAR 4 Ogos – Banjir kilat yang melanda Sungai Batu Pahat di sini kelmarin turut menjejaskan bekalan air bersih di seluruh Kuala Perlis, Bintong, sebahagian bandar Kangar dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) melibatkan kira-kira 50,000 pengguna di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, ini berikutan kerosakan terhadap enam buah pam di Sungai Batu Pahat yang ditenggelami air sehingga menjejaskan pembekalan 35 juta liter air sehari, iaitu 20 peratus daripada keseluruhan pengeluaran air bersih di negeri ini.

"Dijangkakan kerja-kerja pembaikan dapat disiapkan dalam tempoh tujuh hari dari tempoh banjir berlaku atau pada Isnin ini," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pam Air Sungai Batu Pahat di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis, Azizan Ab. Rahman dan Ketua Penolong Pengarah Bekalan Air JKR Perlis, Abdul Hamid Sahid.

Menurut Md. Isa, JKR telah mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut dengan memperbaiki pam-pam dan papan suis yang rosak akibat ditenggelami air.

"JKR menjalankan kerja-kerja kecemasan menyambungkan bekalan air di Kolam Takungan Air Utan Aji ke Kuala Perlis dan keadaan di kawasan berkenaan dijangka beransur pulih selewat-lewatnya tengah malam ini atau awal pagi esok.

"Sementara bekalan pulih sepenuhnya, JKR menyediakan lori-lori tangki untuk menghantar bekalan air kepada penduduk terlibat," katanya.

Kata beliau, kejadian tersebut tidak dijangka kerana ia merupakan kali pertama pam-pam di kawasan tersebut ditenggelami air sehingga 1.21 meter.

"Malah, sebelum ini iaitu ketika banjir pada Mei tahun ini, air tidak memasuki rumah pam," tambah beliau.

Beliau menjelaskan, banjir tersebut berlaku akibat hujan lebat pada awal pagi kelmarin di kawasan berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

JKR sediakan 20 lori bekal air bersih

Posted:

JKR sediakan 20 lori bekal air bersih

JKR sediakan 20 lori bekal air bersih


LORI dari JKR Perlis mengagihkan air bersih kepada penduduk kampung selepas masalah ketiadaan air di sesetengah kawasan di Kangar, semalam. - UTUSAN/FAIZAL ABU HASSAN


KANGAR 4 Ogos - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri menyediakan 20 lori sehari untuk menghantar bekalan air bersih ke kawasan yang mengalami gangguan air disebabkan banjir kilat yang melanda kawasan Sungai Batu Pahat di sini, kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah Bekalan Air JKR Perlis, Abdul Hamid Sahid berkata, setiap lori berkenaan membawa antara 2,271 liter dan 4,542 liter air ke kawasan berkenaan sehingga bekalan pulih.

"Lori-lori ini akan membawa air mengikut keperluan pengguna sesuatu kawasan antara pukul 7 pagi hingga 10 malam setiap hari," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang melawat Pam Air Sungai Batu Pahat di sini, hari ini.

Abdul Hamid mengulas mengenai banjir kilat yang melanda Sungai Batu Pahat di sini kelmarin sehingga menjejaskan bekalan air bersih di seluruh Kuala Perlis, Bintong, sebahagian bandar Kangar dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dengan melibatkan anggaran 50,000 pengguna.

"Cuma di HTF, bekalan air bersih akan dihantar secara berterusan kerana kami (JKR) memberi lebih tumpuan kerana hospital memerlukan jumlah air yang banyak.

"Jadi kami membekalkan lori yang boleh mengisi 4,542 liter air ke HTF supaya bekalan tidak terputus," tambah beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved