Jumaat, 5 Ogos 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


LPK, KDSB runding beli tanah

Posted:

LPK, KDSB runding beli tanah

LPK, KDSB runding beli tanah

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my


DR. Ling Liong Sik di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Zulkarnain Saidin


KUALA LUMPUR 5 Ogos - Sungguhpun Jemaah Menteri telah memutuskan supaya kajian dibuat berhubung cadangan pengambilan tanah seluas 404.6 hektar di Pulau Indah, Klang namun Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan pemilik tanah, Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) masih mengadakan rundingan bagi pembelian tanah berkenaan.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan di Kementerian Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Mohd. Noor, 63, yang menyambung keterangannya hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, cadangan pembelian tanah akan dikemukakan kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik dan Kementerian Kewangan.

Abdul Rahman menjelaskan, keputusan juga dicapai supaya pembelian tanah itu perlu bebas daripada sebarang halangan dan hak milik tanah diperoleh sebelum pembangunan dimulakan ke atas tanah berkenaan.

Pembangunan tanah, kata saksi, turut dilaksanakan secara berasingan dan untuk tujuan itu, Kementerian Kewangan akan menilai keperluan sama ada melantik pemilik tanah sebagai kontraktor dalam melaksanakan pembinaan kemudahan asas ke atas tanah tersebut.

Menjawab satu soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abd. Majid Tun Hamzah, saksi itu menyatakan, berdasarkan surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan ketika itu, Datuk Zaharah Shaari, pihak Kementerian Kewangan memutuskan bahawa pembelian tanah oleh kerajaan akan dibiayai melalui peruntukan Kementerian Pengangkutan.

Terdahulu, saksi memberitahu, kerajaan negeri Selangor tidak bersetuju dengan pengambilan tanah disebabkan isu membabitkan kos selain mengambil masa yang panjang.

Perkara tersebut menyebabkan KDSB merasa tidak puas hati dengan keputusan pengambilan balik tanah berkenaan sehinggakan syarikat itu memohon bantuan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mencari jalan penyelesaian.

Dalam kes ini, Liong Sik didakwa atas satu tuduhan utama pindaan dan dua tuduhan pilihan pindaan iaitu menipu Kerajaan Malaysia dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion.

Bekas Presiden MCA itu didakwa melakukan perbuatan tersebut antara 25 September dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bersambung Isnin ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Polis temui tiga kesan cap jari

Posted:

Polis temui tiga kesan cap jari

Polis temui tiga kesan cap jari

SHAH ALAM 5 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pasukan forensik polis menemui tiga cap jari pada kad Touch 'n Go dan pewangi di dalam kereta milik peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim yang dibunuh bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan dua yang lain.

Pegawai Turus Siasatan Tempat Kejadian (CSI) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan (DSP) Sheikh Zainal Abidin Sheikh Omar berkata, calitan kapas turut dibuat ke atas stereng dan tombol gear kereta jenis BMW hitam dengan nombor pendaftaran AAJ 5 itu.

Menurut saksi pendakwaan ke-34 itu, bahan-bahan bukti tersebut ditemui semasa beliau dan pasukannya memeriksa kereta yang diletakkan di parkir Jalan SS12/1B, berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya pada pukul 10.55 malam, 6 September tahun lalu.

"Hasil pemeriksaan saya tandakan lapan bukti fizikal iaitu kereta itu sendiri, smart tag, iklan TM, kad Touch 'n Go, satu diari dari bonet kereta, calitan kapas pada stereng dan tombol gear bagi mengesan kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA).

"Begitu juga akhbar The Sun bertarikh 30 Ogos 2010 di bahagian belakang kereta dan pewangi Lavender di sebelah pintu pemandu belah kanan. Kad Touch 'n Go ada dua kesan cap jari dan satu pada pewangi Lavender," jelas beliau.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; Ahmad Kamil, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Menurut Sheikh Zainal Abidin, kesemua bahan bukti itu dibungkus dan dimasukkan ke dalam sampul yang ditutup dengan cop forensik serta ditanda dengan nombor tag masing-masing sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat, Asisten Supritendan (ASP) Mohd. Ishak Yaakob.

Selain memeriksa kereta tersebut, beliau dan pasukannya turut membantu siasatan di sebuah sungai di Kampung Kelanang, Banting dekat sini pada 14 September tahun lalu.

"Saya nampak tiga anggota penyelam mencari sesuatu di dalam sungai dan mereka dapat keluarkan satu persatu zink dari sungai dan tiap-tiap satu diletakkan di tebing sungai sehingga jumlahnya enam keping.

"Saya arahkan seorang anggota saya membuat rajah kasar tempat itu manakala yang lain membantu saya menyusun zink dan membuat tandaan ke atas setiap keping zink," jelas beliau.

Sheikh Zainal Abidin memberitahu kesemua zink itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Banting dan diserahkan kepada Mohd. Ishak.

Semasa ditanya oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan berkali-kali tentang bahan-bahan yang terkandung di dalam kertas yang digunakan untuk membungkus zink, saksi tiba-tiba menjawab:

"Saya memang (ahli) forensik, tapi janganlah bertanya soalan yang tidak sepatutnya kepada saya."

Manjeet bagaimanapun masih berkeras dan menyoal bagaimana Sheikh Zainal Abidin mengetahui soalan tersebut tidak patut, sebelum peguam itu ditegur oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir.

Terdahulu peguam itu juga mencadangkan kepada saksi agar pasukan forensik polis menonton siri televisyen popular CSI bagi memperbaiki mutu siasatan.

Saksi dan peguam itu bagaimanapun saling memohon maaf sebelum sesi pemeriksaan balas tersebut berakhir.

Perbicaraan yang masuk hari ke-18 bersambung Isnin ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved