Jumaat, 5 Ogos 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bakti serah sumbangan raya kepada 250 anak-anak OKU

Posted:

Bakti serah sumbangan raya kepada 250 anak-anak OKU

Bakti serah sumbangan raya kepada 250 anak-anak OKU


ROSMAH Mansor (kiri) mengenakan baju baru untuk Erbaya Md. Badi manakala Puan Seri Noorainee Abdul Rahman (kanan) memakaikan baju Aizat Asdin (kanan) semasa majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di 1 Borneo, Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 4 Ogos - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, Islam menuntut manusia supaya melayan antara satu sama lain tanpa sebarang pilih kasih termasuk di kalangan orang kurang upaya (OKU).

Katanya, sebagai umat Nabi Muhammad, semua pihak seharusnya meneladani nilai-nilai yang ditunjukkan oleh baginda, khususnya tentang sifat kasih sayang Rasulullah terhadap OKU.

"Saya menyeru seluruh masyarakat agar tidak sesekali terlepas pandang terhadap kebajikan golongan ini. Usahlah kita memandang mudah keupayaan anak-anak istimewa ini.

"Saya pasti, setiap seorang di sini mempunyai kelebihan dan keupayaan masing-masing yang setara dengan anak-anak yang sempurna, bahkan mungkin lebih hebat dari yang sempurna sifatnya," katanya.

Rosmah selaku Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri, program Semai Bakti kepada golongan OKU di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah (Bakisa), Datin Seri Faridah Tussin.

Pada majlis itu, Rosmah menyampaikan bantuan hari raya kepada 250 kanak-kanak OKU dari 11 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Sabah.

Bakti juga turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,000 untuk setiap PDK bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti tahunan mereka.

Selain itu, sebanyak RM15,000 diserahkan kepada Bakisa untuk diagih-agihkan kepada anak-anak OKU di Pusat PDK berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

CUEPACS minta bonus dua bulan tahun ini

Posted:

CUEPACS minta bonus dua bulan tahun ini

CUEPACS minta bonus dua bulan tahun ini

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan itu dengan segera bagi mengurangkan beban kakitangan awam.

"Tahun ini, kita tidak mahu kerajaan memberi bantuan khas seperti dua tahun lalu tetapi kita minta kerajaan beri bonus dua bulan kepada kakitangan awam.

"Memandangkan keadaan ekonomi negara semakin baik dan inflasi juga dapat dikawal, maka inilah masa yang sesuai untuk kerajaan mempertimbangkan permohonan ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan dapat memberikan bonus kepada semua kakitangan awam masing-masing sebulan, sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Omar berkata, pihaknya menolak cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen sedia ada dan digantikan dengan skim pencen bercarum melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Cuepacs tetap mahu semua kakitangan awam menerima pencen selepas bersara kelak melainkan terdapat skim yang lebih baik daripada skim sedia ada," katanya.

habis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Magaran serah memorandum cadang tubuh suruhanjaya

Posted:

Magaran serah memorandum cadang tubuh suruhanjaya

Magaran serah memorandum cadang tubuh suruhanjaya


Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz (dua dari kiri) bersama Ahmad Shafie Ahmad Hambali (kiri) menyerahkan memorandum berkenaan video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim kepada Zubil Abdullah di Istana Negara, semalam.


KUALA LUMPUR 4 Ogos - Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini, bagi menuntut penubuhan suruhanjaya diraja untuk mengenalpasti identiti lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memorandum itu diserahkan Penasihat Undang-Undang Magaran, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz kepada wakil Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Zubil Abdullah di pintu belakang Istana Negara kira-kira pukul 11.20 pagi.

Khairul Azam ketika ditemui pemberita selepas itu berkata, cadangan penubuhan suruhanjaya itu dibuat dengan mengambil kira salah satu terma siasatan oleh Suruhanjaya Bebas pada 2005 yang ditubuhkan bagi mengenalpasti identiti wanita di dalam kes ketuk ketampi yang dipercayai membabitkan warganegara China.

''Oleh itu mengapa tidak ada sebuah lagi suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk mengenalpasti identiti pelaku dalam video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

''Malah, kita turut mengambil tanggungjawab dan respons daripada desakan rakyat terutamanya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penulis blog sebelum ini yang mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan dan cadangan itu diutarakan kepada pihak Istana Negara," katanya di sini, hari ini.

Khairul Azam turut ditemani pembantunya, Ahmad Shafie Ahmad Hanbali ketika menyerahkan memorandum berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai memorandum itu, Khairul Azam berkata, sejak pendedahan video oleh trio 'Datuk T' dan penafian oleh Anwar, masyarakat mula bertelagah dan berpolemik tentang pelaku dalam video seks berkenaan sehingga menimbulkan suasana tidak selesa dan fitnah di kalangan masyarakat.

Katanya, semua kekusutan itu perlu diselesaikan dengan menurut saluran perundangan yang betul demi mengelakkan fitnah daripada terus berleluasa yang menjadi budaya di kalangan masyarakat.

''Maka, sebuah panel bebas sewajarnya ditubuhkan untuk menyiasat identiti pelaku dalam video seks itu kerana wujud kebarangkalian pelaku video seks tersebut berkemungkinan akan menjadi calon Perdana Menteri Malaysia.

''Setiap daripada kita yang menjunjung Perlembagaan, kita bukan sahaja seharusnya bersih tetapi seharusnya dilihat bersih tanpa mengira status sama ada rakyat biasa atau pemimpin negara.

''Oleh itu bagi menzahirkan kebenaran, seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui sama ada Anwar adalah lelaki yang dikaitkan dengan video itu. Apa jua keputusan suruhanjaya itu akan menghentikan fitnah dan membolehkan pihak teraniaya membersihkan nama masing-masing," katanya.

Sementara itu, Khairil Azam menjelaskan, Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyiasat apa-apa perkara yang berfaedah bagi kebajikan awam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved