Jumaat, 5 Ogos 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


MB Selangor minta laporan

Posted:

MB Selangor minta laporan

MB Selangor minta laporan

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Tempat yang dipercayai telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor, semalam.


SHAH ALAM 4 Ogos – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu terhadap majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya malam tadi.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap insiden itu, beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini menyatakan, kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut.

Abdul Khalid berkata, beliau telah menghubungi paderi kanan gereja berkenaan, Pastor Daniel Ho bagi menyatakan pendirian kerajaan negeri mengenai insiden serbuan itu.

''Saya telah memberitahu beliau (Daniel) bahawa kerajaan negeri telah mengarahkan JAIS menyediakan laporan langkap mengenai insiden serbuan ini, sebab-sebab tindakan itu dilakukan pada malam berkenaan.

''Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima," katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.

Malah, beliau turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

BAHAGIAN Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima.

Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan 'pray'.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguat kuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguat kuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguat kuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan.

Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Usaha singkir Dr. Rosti mula Januari

Posted:

Usaha singkir Dr. Rosti mula Januari

Usaha singkir Dr. Rosti mula Januari

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 4 Ogos – Meskipun peletakan jawatan Datuk Dr. Rosti Saruwono sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) hanya berkuat kuasa semalam, namun, hakikatnya usaha untuk menyingkirkan beliau dari jawatan itu telah digerakkan secara terancang sejak Januari lalu.

Gerakan tersebut dipercayai bermula selepas beberapa pegawai kanan Unisel tidak berpuas hati kerana tidak dilantik untuk mengetuai pentadbiran universiti milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu.

Kesemua pegawai kanan universiti yang menggerakkan usaha menjatuhkan Dr. Rosti itu, dipercayai dipengaruhi oleh beberapa pemimpin pembangkang yang bimbang sekiranya 'orang' mereka tidak dilantik ke jawatan tertinggi itu, program untuk mempromosikan parti mereka akan terencat.

Menurut sumber dalaman Unisel, semuanya bermula apabila calon yang mendapat sokongan salah sebuah parti komponen pembangkang untuk menjadi proksi mereka di dalam universiti tersebut tidak diangkat ke jawatan tertinggi itu.

Pada Januari lalu, pegawai kanan tersebut, ada menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memfitnah Dr. Rosti dengan pelbagai tuduhan termasuk kegagalan beliau terlibat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang.

''Antara perkara yang disebut dalam memorandum itu adalah kegagalan Dr. Rosti untuk hadir membantu jentera pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tahun lalu kerana beliau memberi alasan tidak mahu memihak kepada mana-mana parti.

''Selain itu, Dr. Rosti juga diselar hanya kerana beliau tidak 'tunjuk muka' ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke kampus Unisel di Bestari Jaya selepas beberapa bulan beliau dilantik ke jawatan itu," kata sumber tersebut kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Memorandum itu juga menyelar tindakan Dr. Rosti yang tetap bertegas tidak mahu mempolitikkan institusi pendidikan selepas beliau menolak cadangan untuk menjemput Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas berceramah di kampus Unisel.

Bagaimanapun, menurut sumber itu, Dr. Rosti berjaya mendapat sokongan lima daripada tujuh dekan di Unisel, walaupun beliau teruk difitnah dengan pelbagai tuduhan oleh pihak atasan di universiti tersebut.

''Dengan bukti dan hujah yang disebutkan itu jelas menunjukkan bahawa Dr. Rosti menerima tekanan politik daripada pihak pembangkang sepanjang beliau menjawat jawatan tertinggi di universiti tersebut hanya kerana ketegasannya tidak mahu institusi pendidikan diperalatkan oleh mana-mana parti politik," kata sumber itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Nasib 463 pelajar Asrama Yayasan Selangor jadi tanda tanya

Posted:

Nasib 463 pelajar Asrama Yayasan Selangor jadi tanda tanya

Nasib 463 pelajar Asrama Yayasan Selangor jadi tanda tanya


EMPAT wakil Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor menyatakan bantahan terhadap Yayasan Selangor yang ingin merobohkan Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 4 Ogos - Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan di sini dipercayai untuk menambah aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan menyebabkan nasib 463 pelajar asrama berusia 32 tahun itu menjadi tanda tanya.

Apa yang lebih membimbangkan, pelajar tersebut tidak diberikan jaminan penempatan lain sekiranya asrama yang menempatkan pelajar luar bandar di Selangor itu dirobohkan.

Malah Utusan Malaysia juga difahamkan, tiada perancangan alternatif atau asrama baru yang akan dibina untuk menempatkan kumpulan pelajar berkenaan.

Wakil Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor, Badrulzaman Baharuddin berkata, tindakan tergesa-gesa yayasan membuktikan kerajaan Selangor mempunyai agenda tertentu di sebalik tindakan mahu merobohkan asrama berkenaan.

Lebih mengecewakan, katanya, kerajaan negeri serta pihak Yayasan Selangor seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dalam hal itu.

"Mereka hanya memaklumkan perkara ini kepada kami bulan lalu. Mereka memberitahu kami bahawa asrama tersebut yang telah melahirkan ramai golongan pelajar berjaya akan dirobohkan pada 31 Disember ini.

"Apabila kami bertanyakan nasib pelajar yang masih menetap di asrama itu, mereka tidak memberi sebarang jaminan penempatan lain. Malah ada juga cadangan supaya pelajar tersebut dihantar pulang dan bersekolah di kampung halaman masing-masing," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pintu masuk asrama itu sini hari ini.

Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1979 bertujuan memberi peluang kepada pelajar dari kawasan kampung di Selangor melanjutkan pelajaran di sekolah terpilih sekitar Lembah Klang.

Asrama tersebut terdiri daripada Asrama Tun Dr. Ismail yang menempatkan pelajar lelaki manakala Asrama Toh Puan Norashikin menempatkan pelajar perempuan.

Kebanyakan mereka dihantar ke Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist.

Sementara itu, menurut seorang lagi wakil alumni, Mohammad Khairul Abd. Samad, alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri serta pihak yayasan bahawa asrama perlu dirobohkan kerana kawasan persekitaran yang tidak selamat serta mengganggu lalu lintas adalah tidak munasabah.

Seorang lagi wakil, Mohd. Raslan Mahmud berkata, pihaknya telah menghantar surat menerusi e-mel kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin lalu bagi membantah langkah itu tetapi masih tidak mendapat maklum balas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved