Jumaat, 5 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Imam, bilal jadi teladan

Posted:

Imam, bilal jadi teladan

Imam, bilal jadi teladan

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my


HALIMAH Mohamed Sadique bersama sebahagian 106 imam dan bilal di Dewan Serbaguna, Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, baru-baru ini. - UTUSAN/FARIK SALLEH


KOTA TINGGI 4 Ogos - Golongan imam dan bilal diharap menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat selain berusaha menjadikan masjid sebagai pusat pengembangan ilmu, ekonomi dan budaya ketika umat Islam berdepan dengan keadaan dunia yang semakin mencabar.

Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, masjid dan surau perlu berperanan seperti mana pada zaman Rasulullah dan para sahabat sebagai paksi kekuatan dan kecemerlangan umat.

"Masjid dan surau bukan sahaja menjadi tempat untuk beribadat semata-mata, malah bersesuaian dengan peredaran zaman kini ia wajar berfungsi sebagai pusat pembangunan modal insan.

"Imam dan bilal bukan sahaja berperanan mengemudi serta bertanggungjawab mengajar ilmu agama tetapi melahirkan umat Islam terbaik, berjiwa bersih dan bertaqwa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ihya Ramadan Masjid dan Surau Dalam Parlimen Tenggara 2011 di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizuan Abd. Rashid; Penyelaras Masjid dan Surau Kota Tinggi, Luqiman Sastro; Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor dan Mukim Kota Tinggi, Zainuddin Zainal Abidin serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, Abd. Halim Abd. Jalil.

Dalam majlis anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Parlimen Tenggara dan UMNO Bahagian Tenggara itu, sebanyak 106 helai jubah diserahkan kepada imam dan bilal yang bertugas di 25 masjid dan 32 surau.

Halimah turut menyampaikan sumbangan antara RM1,000 dan RM2,000 kepada surau dan masjid sebagai peruntukan urus tadbir dan aktiviti sepanjang Ramadan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

110 masjid, surau Tanjung Piai terima sumbangan

Posted:

110 masjid, surau Tanjung Piai terima sumbangan

110 masjid, surau Tanjung Piai terima sumbangan


MD. Othman Yusof (baju putih) menyampaikan bungkusan 'moreh' sempena Ramadan di Masjid Jamek Kampung Belokok, Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 4 Ogos - Sebanyak 110 masjid dan surau di sini menerima sumbangan daripada UMNO Bahagian Tanjung Piai untuk membantu mereka menjalankan pelbagai aktiviti sempena Ramadan.

Bantuan kepada pengerusi jawatankuasa masjid dan surau berkenaan disampaikan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Md. Othman Yusof di Masjid Jamek Kampung Belokok di sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup berkata, sumbangan moreh bagi kegunaan berbuka puasa dan solat terawih telah dilakukan sejak 2004.

"Harapan kami agar setiap masjid dan surau dapat meningkatkan lagi program mereka sepanjang bulan ini sejajar dengan banyaknya kelebihan dan keistimewaan kepada umat Islam," katanya.

Sempena penyampaian sumbangan tersebut, turut diadakan Program Sentuhan Hati Ramadan oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Beliau turut berharap golongan muda bersama-sama mengimarahkan masjid dan surau sepanjang bulan ini dengan menunaikan solat tarawih serta ibadah yang lain seperti bertadarus dan qiamulail.

Md. Othman berkata, UMNO Bahagian Tanjung Piai juga memberikan sumbangan kepada golongan fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, warga emas yang uzur serta orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, sumbangan itu mampu digunakan mereka bagi menjalankan ibadah puasa dengan sempurna di samping persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved