Ahad, 24 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pesta Durian diserbu

Posted:

Pesta Durian diserbu

Pesta Durian diserbu

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my


ORANG ramai menikmati buah durian yang diberikan secara percuma pada Pesta Durian Perak 2011 di Bukit Gantang, semalam. - MINGGUAN/ROY AZIS ABD. AZIZ


BUKIT GANTANG 23 Julai - Pesta Durian Perak 2011 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Dataran Long Jaafar dekat sini mendapat sambutan luar dugaan apabila diserbu kira-kira 5,000 penggemar 'Raja Buah' tersebut.

Exco Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, sebanyak 12,000 biji durian disediakan pada hari ini dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 50,000 pada hari terakhir.

Katanya, kesemua durian tersebut dari seluruh Perak dan dibekalkan oleh 18 peraih durian.

"Sambutan yang kita terima cukup menggalakkan kerana yang datang pada hari ini bukan sahaja di kalangan penduduk setempat malah, ada juga yang datang dari jauh.

"Kita menjangkakan lebih ramai pengunjung akan datang esok dan bekalan durian akan ditambah bagi menampung jumlah pengunjung," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pesta tersebut di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pemantauan) Kementerian Pelancongan, Dr. Junaida Lee Abdullah dan Pengarah Kanan Bahagian Dasar dan Perancangan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Noorsiah Sabri.

Pesta anjuran bersama kerajaan negeri itu yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan berakhir esok juga menyediakan pelbagai acara menarik seperti pertandingan makan durian, pameran dan jualan, acara lelong durian, kejuaraan kaki durian dan demonstrasi masakan tradisonal.

Zainol berkata, selain buah durian, terdapat buah-buahan tempatan lain yang turut disediakan dengan kadar bayaran RM9 seorang.

"Pesta durian ini diadakan sempena musim durian di negeri ini dan bertujuan mempromosikan buah- buahan tempatan yang lain.

"Selain itu, ia juga bagi mempromosikan makanan tradisional berasaskan durian yang unik dan eksotik kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar," katanya.

Sementara itu, sebanyak 2,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia telah diedarkan kepada orang ramai yang hadir pada pesta itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Swasta digesa bantu OKU

Posted:

Swasta digesa bantu OKU

Swasta digesa bantu OKU

IPOH 23 Julai - Syarikat korporat di negeri ini digesa menunaikan tanggungjawab sosial bagi membantu meringankan beban yang dihadapi golongan orang kurang upaya (OKU).

Yang Dipertua Baiduri Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, langkah itu bagi memastikan insan istimewa tersebut tidak tercicir daripada mendapat pembelaan sewajarnya.

"Kita perlu memberi sumbangan kerana golongan OKU masih lagi tidak menikmati faedah seperti insan biasa," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai Baiduri ke program Ceria Lebaran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)-Baiduri di pusat membeli-belah Jaya Jusco Kinta City.

Empat PDK yang terbabit program semalam ialah PDK Batu Gajah, PDK Felda Ijok, PDK Gerik dan PDK Slim River.

Saripah berkata, sebanyak RM18,000 diperuntukkan oleh Baiduri bagi membeli pakaian kepada anak-anak OKU di enam PDK yang dipilih tahun ini bagi membolehkan mereka membeli pakaian sebagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mayat lelakibogel ditemui di jeti

Posted:

Mayat lelaki<br />bogel ditemui di jeti

Mayat lelaki
bogel ditemui di jeti

GEORGE TOWN 23 Julai - Orang ramai yang melalui kawasan tepi laut di Bandar Seri Pinang di sini terkejut melihat mayat seorang lelaki dalam keadaan bogel.

Jurucakap polis berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemui dalam keadaaan tertiarap pada 9 pagi.

Katanya, lelaki yang identitinya belum dikenal pasti itu mempunyai tatu di tangan kanan dan memakai gelang besi.

Tiada sebarang kecederaan terdapat lelaki itu, yang mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga boleh menghubungi pegawai penyiasat Zakaria Shafie di talian 04-2825922 atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved