Ahad, 24 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pusat sehenti akan diwujud

Posted:

Pusat sehenti akan diwujud

Pusat sehenti akan diwujud

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


Mohamad Hasan (tiga dari kanan) melawat gerai pameran buah durian selepas merasmikan Maha Negeri Sembilan (Maha NS) 2011 sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Seremban, semalam.


SEREMBAN 23 Julai - Kerajaan negeri bercadang mewujudkan sebuah pusat sehenti, dekat sini yang bakal berfungsi sebagai pusat borong hasil pertanian, penternakan serta perikanan negeri tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, inisiatif tersebut selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, sekali gus mengatasi kebergantungan sumber makanan dari luar negeri mahupun negara.

"Pusat ini akan berfungsi sebagai tapak jualan hasil pertanian, penternakan serta perikanan, di mana peniaga boleh mendapatkan barangan secara borong pada harga yang lebih rendah sebelum diagihkan kepada pembeli dan masyarakat umum.

"Namun, apa yang lebih penting kita mahu semua barangan yang dipasarkan di pusat ini dijual pada harga lebih rendah kerana ia tidak membabitkan orang tengah atau pemborong," katanya.

Mohamad berkata demikian selepas merasmikan Maha Negeri Sembilan (Maha NS) 2011 sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri, di Bekas Tapak Kem Tentera Paroi di sini, hari ini.

Turut Hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.

Mengulas lanjut, Mohamad memberitahu, pihaknya sedang meneliti segala aspek pelaksanaannya termasuk lokasi dan pihak yang akan menguruskannya.

"Pusat ini mungkin akan diwujudkan di sekitar daerah ini dan kita sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk membukanya nanti.

"Dalam cadangan awal, pusat ini akan diwujudkan di atas sebidang tanah yang mempunyai keluasan tidak melebihi empat hektar," jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamad turut mengucapkan tahniah terhadap kejayaan penganjuran Maha NS yang kini menjadi acara tahunan sehingga menyaksikan ia mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk negeri ini.

"Sambutan ini menjadi semakin besar setiap tahun, di mana tahun lalu sahaja penganjurannya selama lima hari telah mencatatkan hasil kutipan jualan sebanyak RM13 juta.

"Tahun ini, kita terpaksa melanjutkan penganjurannya sehingga lapan hari atas permintaan pelbagai pihak. Bagi Maha NS 2011 kita menyasarkan hasil kutipan jualan melebihi RM15 juta," katanya.

Maha NS 2011 menempatkan hampir 350 peniaga di gerai jualan yang disediakan. Pelbagai produk termasuk hasil pertanian, ternakan dan nelayan boleh didapati di karnival jualan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

82 pelajar miskin Pantai Timur Sabah terima sumbangan Shell

Posted:

82 pelajar miskin Pantai Timur Sabah terima sumbangan Shell

82 pelajar miskin Pantai Timur Sabah terima sumbangan Shell


Tawfiq Abu Bakar Titingan (duduk, tengah) bersama sebahagian 82 pelajar miskin yang menerima bantuan Shell Malaysia Sabah di Tawau, Sabah, baru-baru ini.


TAWAU 23 Julai - Shell Malaysia terus menunjukkan komitmen apabila menyumbang dermasiswa bernilai RM61,500 kepada 82 pelajar miskin dari Pantai Timur Sabah, kelmarin.

Mereka merupakan sebahagian daripada 160 pelajar yang terpilih menerima bantuan itu di negeri ini dan setiap daripada pelajar bertuah itu mendapat dermasiswa bernilai RM750.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, bantuan itu diharap menjadi motivasi kepada pelajar berkenaan untuk belajar bersungguh-sungguh.

"Penglibatan syarikat-syarikat swasta seperti Shell Malaysia dalam menyumbang ke arah kemajuan pendidikan di negara ini sememangnya sesuatu yang diharapkan oleh kerajaan," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Shell di sini.

Terdahulu, Pengurus Kontrak dan Perolehan, Penjelajahan dan Produksi Shell Malaysia, Terry Buising berkata, Shell Malaysia menjalankan Program Sokongan Pendidikannya sejak 40 tahun lalu.

Dalam tempoh itu, katanya, hampir RM140 juta dilaburkan bagi membolehkan lebih 2,000 anak muda di negara ini mencapai potensi penuh akademik mereka.

Pada tahun ini, beliau berkata, syarikat itu telah menganugerahkan 100 biasiswa bernilai RM11 juta, termasuk RM3.5 juta untuk negeri Sabah, bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti.

"Dalam tempoh 10 tahun lalu, tidak kurang daripada 300 pelajar dari Sabah ditaja bagi melanjutkan pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara," katanya.

Sementara itu, dua penerima bantuan itu, Siti Norasiah Junah, 16, dan Radjham Abraham, 16, ketika ditemui melahirkan kesyukuran di atas bantuan yang diberikan.

Menurut Siti Norasiah, pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepagaya, Lahad Datu, wang bantuan yang diterima akan digunakan untuk membeli keperluan sekolah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jadikan membaca amalan rutin harian masyarakat

Posted:

Jadikan membaca amalan rutin harian masyarakat

Jadikan membaca amalan rutin harian masyarakat

SEREMBAN 23 Julai - Amalan membaca buku harus menjadi rutin harian setiap lapisan masyarakat sekiranya mahu menjadi individu yang berilmu.

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkata, melalui pembacaan, segala maklumat dan ilmu boleh diperoleh bukan sekadar untuk kegunaan seharian tetapi boleh disebarkan kepada orang ramai.

"Kita perlu sedar dengan pembacaan sahaja dapat meningkatkan lagi kefahaman mengenai sesuatu hal termasuklah hal-hal mengenai sains teknologi.

"Malah, semangat membaca yang tinggi menjadikan seseorang individu memiliki pemikiran yang kritis dan kreatif," katanya ketika menghadiri Program Menjejaki Ketokohan Angkasawan Negara Sempena Pesta Buku 2011 di Jusco Seremban 2 di sini, hari ini.

Menceritakan pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas sebelum ini, Sheikh Muszaphar berkata, ia merupakan satu peluang yang sukar dilupakan apatah lagi menerokai bidang sains dan teknologi angkasa lepas.

"Ia adalah pengalaman yang sukar dilupakan apatah lagi ia memberi peluang kepada saya untuk melihat dunia angkasa lepas secara realiti selain menimba ilmu pengetahuan untuk disebarluaskan kepada orang ramai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved