Ahad, 24 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pilihan raya guna biometrik

Posted:

Pilihan raya guna biometrik

Pilihan raya guna biometrik

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan orang ramai selepas melawat Pasar Sehari Balai Baru sempena lawatan kerja ke Perlis di Beseri, Padang Besar, semalam. - MINGGUAN/FAIZAL ABU HASSAN


KANGAR 23 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melaksanakan sistem biometrik dalam pilihan raya akan datang.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan sistem tersebut bagi menjamin pilihan raya yang adil tanpa timbul lagi isu pengundi hantu sebagaimana didakwa oleh pihak pembangkang.

"Kita akan buat apa sahaja untuk memastikan pilihan raya yang adil, tak mahu pakai dakwat, kita tak pakai dakwat dan kita setuju supaya SPR gunakan sistem biometrik pada masa akan datang.

"Apabila hendak undi, cap sahaja jari pada pengimbas (scanner), kalau nama betul dengan Mykad, baru undi," katanya ketika berucap pada Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di sini, hari ini.

Najib berkata, langkah tersebut membuktikan kerajaan mahu memastikan sistem yang dilaksanakan dalam pilihan raya di negara ini merupakan yang terbaik.

"Sistem ini (biometrik) yang terbaik di dunia, tak ada negara lain yang menggunakannya walaupun negara maju," tambah beliau.

Sebelum itu, Perdana Menteri meminta rakyat negara ini tidak terpesong atau merasa gusar dengan pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh apabila membangkitkan pelbagai isu seolah-olah terdapat banyak perkara yang tidak kena dalam pentadbiran negara.

"Ada pihak dakwa kononnya pilihan raya negara kita tak telus, ada juga yang menyerang institusi seperti kehakiman, polis dan institusi lain.

"Tetapi hakikatnya, Malaysia tak mungkin dianggap sebagai negara contoh dan menjadi model kalau kita tak tadbir dengan betul, adil dan bertimbang rasa," tegas beliau.

Dalam majlis itu, Najib turut menyampaikan peruntukan RM1.875 juta daripada Yayasan 1Malaysia Development Berhad untuk membina dan membaik pulih 375 buah rumah dalam 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis kepada Menteri Besar.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dan bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Dr. Hamid Pawanteh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pertahankan keamanan

Posted:

Pertahankan keamanan

Pertahankan keamanan

Oleh Amran Mulup dan Mohammad Dzulhisham Che Hassim
pengarang@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin diiringi Naib Pengerusi YPJM, Tan Sri Lee Lam Thye (kiri), Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bersalaman dengan sebahagian pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Pelancaran Bulan Pencegahan Jenayah Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka semalam.


MELAKA 23 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pakatan pembangkang supaya tidak menggadaikan maruah negara dan keamanan yang dikecapi selama ini semata-mata kerana ingin mencapai matlamat politik mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan tunduk kepada sebarang usaha sedemikian, sebaliknya akan bangun menentang bagi memastikan negara terus kekal aman dan harmoni.

Menurut beliau, walaupun pembangkang sering menyebarkan pelbagai maklumat palsu yang mempunyai niat buruk mencemarkan imej negara di mata dunia, namun tindakan berkenaan tidak mampu mengubah fakta dan realiti sebenar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan selamat.

''Ini jelas apabila kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara paling selamat dan aman di Asia Tenggara dan menduduki tangga ke -19 daripada 153 negara seluruh dunia,'' katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Bulan Pencegahan Jenayah Kebangsaan 2011 bertemakan 'Remaja Bersatu Memerangi Jenayah' di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Malaysia diletakkan sebagai negara paling aman di rantau Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas Australia, Jepun dan New Zealand.

Pada 2007 dan 2008 Malaysia berada pada kedudukan ke-37 dan ke-38.

Mengulas lanjut hasil kajian GPI yang berpangkalan di Sydney, Australia itu, Muhyiddin berkata, ia menjadi bukti bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan sekali gus menafikan tohmahan pihak yang sentiasa mencari jalan untuk memburukkan imej negara.

Muhyiddin berkata, hasil kajian itu amat penting memandangkan persepsi segelintir rakyat negara ini menyifatkan Malaysia tidak selamat dan aman.

Laporan itu katanya, turut membuktikan Malaysia turut berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding Amerika Syarikat (AS) dan China.

Sementara itu, dalam ucapannya, Muhyiddin yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) melahirkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keamanan negara.

Muhyiddin berkata, keamanan yang dicapai ini bukan diperolehi dalam masa singkat tetapi merupakan hasil usaha berterusan pihak kerajaan dan agensi terlibat termasuk PDRM.

"Setiap rakyat perlu memberikan sokongan padu kepada kerajaan dan PDRM supaya keamanan yang dikecapi ini terus kekal dan saya berharap pada masa hadapan Malaysia akan disenaraikan pada kedudukan 10 teratas negara paling aman dan selamat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jangan pertikai Suruhanjaya Diraja

Posted:

Jangan pertikai Suruhanjaya Diraja

Jangan pertikai Suruhanjaya Diraja

KANGAR 23 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock telah menjalankan tanggungjawabnya dengan membuat keputusan berdasarkan kebenaran dan ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak.

Menurut Perdana Menteri, suruhanjaya tersebut bebas dan adil, malah, ditubuhkan atas nama Yang di-Pertuan Agung dengan pelantikan individu yang berwibawa dan mempunyai kredibeliti menganggotainya.

"Jika mana-mana pihak tidak puas hati, sebab sudah membuat kesimpulan dan mahukan laporan yang dibuat mencerminkan pemikiran mereka, jadi kehendak mereka, tidak adillah," kata beliau pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Najib ditanya mengenai rungutan daripada pihak tertentu termasuk keluarga Beng Hock mengenai laporan suruhanjaya tersebut yang membuat kesimpulan tentang punca kematian Beng Hock akibat membunuh diri.

Kelmarin, suruhanjaya itu merumuskan bahawa Beng Hock membunuh diri dengan terjun dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam di Selangor pada Julai 2009.

Dalam pada itu, kata Najib, apabila suruhanjaya tersebut membuat keputusan dengan sikap terbuka, sesiapa pun tidak perlu mempersoalkannya lagi.

"Apa makna kita tubuh Suruhanjaya Diraja jika dipersoalkan, apa lagi bentuk yang perlu kita lakukan untuk mencari kebenaran.

"Kebenaran tetap kebenaran, sama ada ia sesuatu yang pahit atau mudah untuk diterima, kebenaran adalah sesuatu yang tidak dapat kita nafikan," kata beliau.

Mengenai tiga pegawai SPRM yang didakwa menyoalsiasat secara agresif dan keterlaluan ke atas Beng Hock, Najib berkata, segala-galanya perlu disiasat berdasarkan undang-undang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved