Ahad, 24 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Penyerang solo Oslo dikenal pasti

Posted:

Penyerang solo Oslo dikenal pasti

Penyerang solo Oslo dikenal pasti


Seorang wanita berlumuran darah diberi bantuan berikutan serangan bom yang meragut sekurang-kurangnya 92 nyawa di Oslo, Norway kelmarin. Letupan itu menyebabkan beberapa bangunan termasuk pejabat perdana menteri terjejas teruk dengan kaca tingkap dan dokumen berselerakkan di atas jalan raya. – Gambar AP/AFP


STOCKHOLM 23 Julai - Seorang lelaki rakyat Norway berusia 32 tahun dikenali sebagai Ander Behring Breivik didakwa hari ini selepas dikenal pasti sebagai penyerang dalam dua serangan berkembar yang mengakibatkan 92 maut di Oslo, semalam.

Breivik ditahan oleh pasukan polis khas di Pulau Utoya, barat Oslo selepas dipercayai menyerang kem belia yang dianjurkan oleh Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri, Jens Stoltenberg.

Bagaimanapun, latar belakang suspek masih menjadi misteri kepada polis Norway kerana dia yang berhaluan kanan itu mempunyai pandangan anti Islam selain tiada hubungan dengan kumpulan pelampau.

Suspek dipercayai meletupkan bom di kompleks bangunan kerajaan di sini sebelum menyamar sebagai anggota polis serta melepaskan tembakan di sebuah kem belia.

Saluran penyiaran awam NRK dan beberapa media Norway melaporkan, Breivik sering melahirkan pandangan haluan kanan dan anti Islam di Internet.

Agensi berita Norway, NTB berkata, suspek memiliki beberapa senjata api berdaftar dan menyertai sebuah kelab senjata api.

Breivik juga menguruskan satu firma pertanian yang membolehkannya mendapat baja dalam kuantiti yang banyak iaitu bahan yang berpotensi digunakan dalam membuat bom.

Seorang pegawai polis yang enggan namanya disiarkan berkata, lelaki itu tidak menganggotai sebarang kumpulan pelampau dan tiada rekod jenayah berat.

"Dia bukan tergolong dalam mereka yang dipantau dan tidak terlibat dalam kumpulan neo-Nazi. Namun, dia mungkin mempunyai ideologi berkenaan,'' ujarnya.

Kumpulan neo-Nazi melancarkan beberapa siri pembunuhan dan rompakan di Scandinavia pada 1990-an, tetapi tidak lagi aktif ketika ini.

Ketua Polis Negara, Sveinung Sponheim berkata, berdasarkan apa yang dinyatakan suspek di Internet, Breivik mendedahkan dia cenderung berhaluan kanan dan anti Islam.

"Bagaimanapun, sama ada sifat itu menjadi motivasi untuk dia melakukan dua serangan berkenaan masih belum diketahui,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Harimau Malaya terluka

Posted:

Harimau Malaya terluka

Harimau Malaya terluka

Daripada MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


SUGUL... Sebahagian barisan pemain Malaysia meninggalkan padang dengan rasa kecewa sejurus tewas 3-5 kepada Singapura dalam aksi kelayakan bola sepak Piala Dunia di republik itu malam tadi. Malaysia dan Singapura akan bertemu sekali lagi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini. – Mingguan/ASWAD YAHYA


SINGAPURA – Harimau Malaya perlu bangkit di laman sendiri pada aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini, setelah tumpas 3-5 pada perlawanan pertama pusingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia di Stadium Jalan Besar di sini, semalam.

Kepincangan pertahanan yang menyaksikan gawang negara bolos sebanyak lima kali, wajar diberi perhatian serius oleh anak-anak buah Datuk K. Rajagobal jika mereka berhajat besar mahu melangkah ke pusingan seterusnya.

Kerapuhan barisan pertahanan Malaysia yang terserlah dalam tiga perlawanan terakhir sebelum ini berterusan sekali gus membantu kemenangan musuh tradisi di Stadium Jalan Besar, semalam.

Itu pengakuan terbuka daripada jurulatih negara, Rajagobal tanpa berselindung mengakui barisan pertahanan telah mempamerkan aksi terburuk dalam perlawanan berkenaan yang menjadi punca utama kekalahan Malaysia.

''Ini merupakan persembahan paling buruk pertahanan. Jika anda sendiri boleh perhatikan, gol yang berjaya diperoleh Singapura semuanya jaringan-jaringan yang mudah dan kelalaian barisan pertahanan kami sendiri." Itu kata-kata jujur jurulatih negara pada sidang media selepas perlawanan berakhir.

Walaupun Malaysia bermula garang dengan gol pertama pada 25 saat permainan menerusi Safee Sali, Singapura membalas dengan empat gol yang dihasilkan oleh Aleksandar Duric (minit ke-7 dan 80), Qiu Li (minit ke-21), Mustaffic Fahrudin (minit ke-44) dan Shi Jiayi (minit ke-45).

Malaysia berjaya bangkit seketika pada separuh masa kedua melalui pemain gantian, Abdul Hadi Yahaya (minit ke-69) dan Safee sekali lagi pada minit ke-70 tetapi Duric memadamkan api perjuangan Harimau Malaya dengan gol kelima, 10 minit sebelum perlawanan berakhir.

Gandingan Mohd. Fadhli Shas dan Mohd. Muslim Ahmad di barisan pertahanan jelas gagal mengekang rangkaian Awang Import, Aleksandar Duric, Shi Jiayi dan Qiu Li yang menjadi watak penting kepada lima gol yang berjaya dihasilkan Singapura.

Ketiadaan Mohd. Aidil Zafuan di benteng negara jelas dirasai jika dinilai kepada tahap persembahan Muslim-Fadhli yang sering kali melakukan beberapa kesilapan dan tewas kepada fizikal barisan Awang Import tuan rumah.

Bertambah malang buat pasukan negara, perlawanan kedua yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini mereka harus melakukannya tanpa ketua pasukan, Safiq Rahim yang dilayangkan kad merah pada minit ke-49.

Mujurlah Singapura turut beraksi dengan 10 pemain apabila Ismail Yunos turut menerima kad merah selepas mendapat kad kuning kedua pada minit ke-53 yang menyebabkan perlawanan kembali seimbang.

Peluang Malaysia untuk mara ke peringkat seterusnya dilihat masih ada namun mereka wajib kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 dalam perlawanan timbal balik kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis depan menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Selain itu, Rajagobal berkata, kehilangan tonggak pertahanan negara, Mohd. Aidil Zafuan dan gandingan Safee Sali di bahagian serangan, Norshahrul Idlan Talaha memberikan sedikit kesan kepada persembahan Malaysia secara keseluruhan.

''Saya juga mungkin perlu memikirkan pengganti Safiq yang tidak dapat beraksi pada perlawanan seterusnya kerana dia seorang pemain yang berpengaruh," ujarnya.

Dia juga yakin Harimau Malaya masih ada peluang untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dengan melakukan kebangkitan di Stadium Nasional Bukit Jalil. – MINGGUAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Qari, qariah Malaysia muncul johan

Posted:

Qari, qariah Malaysia muncul johan

Qari, qariah Malaysia muncul johan

oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Julai - Qari dan qariah Malaysia, Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Amirahman yang membacakan surah Nahl bermula ayat 65 meraih markah 89.26 peratus manakala Suraya yang memperdengarkan surah Al-Zahraa bermula ayat ke-57 pula mendapat 88.67 peratus.

Kedua-duanya menyampaikan bacaan mereka pada malam ini, iaitu malam terakhir majlis tilawah tersebut yang dihadiri kira-kira 5,000 hadirin dan disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Kemenangan itu membolehkan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM32,200 bersama trofi dan sijil.

Hadiah-hadiah disampaikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Turut berangkat Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Dalam pada itu, qari Filipina, Saudi M. Gandisa muncul naib johan apabila mengumpul markah 88.67 peratus dan tempat ketiga, Abdel Bast Mohamed dari Mesir dengan 87.88 peratus.

Bagi kategori qariah, tempat kedua dimenangi peserta Indonesia, Noor Khalidah Kapsul Anwar yang memperoleh markah 88.30 peratus dan ketiga, Nur Azizah Sholichin dari Singapura dengan 86.17 peratus.

Pemenang tempat kedua dan ketiga bagi kedua-dua kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai RM22,400 dan RM13,600 beserta sijil.

Peserta-peserta lain menerima sagu hati berupa hadiah wang tunai RM4,800 beserta sijil.

Bagi kategori qari, tempat keempat dimenangi qari Iran, Hamidreza Abbasi dan kelima, qari Brunei, Awang Ismail Sulaiman.

Qariah dari Brunei, Dayang Nuurfaezah Emran pula menduduki tempat keempat manakala kelima, Rahima M. Panondiongan dari Filipina.

Majlis tilawah yang berlangsung sejak 16 Julai lalu bertema 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' menyaksikan 81 peserta (50 qari dan 31 qariah) dari 50 negara mengambil bahagian.

Penghakiman tilawah tahun ini dilakukan 16 hakim dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved