Ahad, 17 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Peniaga kesal tapak pameran becak

Posted:

Peniaga kesal tapak pameran becak

Peniaga kesal tapak pameran becak

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


Keadaan tidak selesa di tapak Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan 20011 yang becak dan berlumpur di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 16 Julai _ Penganjuran Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan 2011 (Kelcheff) yang dibanggakan oleh kerajaan Pas Kelantan, menerima tamparan apabila beberapa peniaga menyuarakan rasa kesal dan tidak selesa dengan keadaan tapak pameran yang becak dan berlumpur, selain sering berlaku gangguan bekalan elektrik sehingga menjejaskan perniagaan mereka.

Peniaga terbabit yang menyewa tapak sebanyak RM3,000 turut mendakwa, pihak penganjur hanya menyambung semula bekalan elektrik selepas mereka mengancam akan menghebahkannya kepada media, selain terpaksa menambak sendiri kawasan berbecak.

Masalah tersebut turut dialami oleh Pengerusi Gerak Tingkat Ekonomi Kelantan (G10), Wan Adnan Wan Ahmad, apabila dia hanya dapat memulakan pameran produk spa miliknya petang ini ekoran ketiadaan bekalan elektrik.

"Saya kecewa apabila festival ini dikatakan antarabangsa tetapi macam taraf kampung saja dengan keadaan ruang pameran yang kotor, berlumpur dan bekalan elektrik tidak ada.

"Saya baru petang ini dapat membuka ruang pameran kerana masalah ini dan ia sangat berbeza ketika Ekspo Cheng Ho tahun lalu apabila hanya pada hari pertama jualan sebanyak RM1,000 sudah boleh diraih," dakwanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di tapak festival itu di sini, semalam.

Festival yang bermula semalam dan berakhir pada 23 Julai itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia turut melibatkan penyertaan peniaga-peniaga dari luar negara terutama China.

Seorang peniaga dari Kuala Lumpur, Norshida Albil Azi, 27, pula mendakwa, dia sangat terkejut ketika sampai di tapak pameran itu semalam kerana keadaannya tidak seperti yang dijanjikan.

"Indah khabar dari rupa. Masa mempelawa kami masuk, mereka kata promosi hebat dan akan dikunjungi oleh lebih 100,000 pengunjung tapi dengan jalan masuk yang berlumpur dan ruang pameran pun macam ini, siapa yang mahu datang?

"Sudah dua hari kami buka ruang pameran tetapi satu sen jualan pun belum diperoleh. Keadaan ini sangat mengecewakan kerana semua bayaran telah dijelaskan sebelum festival bermula," dakwanya.

Sementara itu, seorang peniaga makanan, Kamarulzaman Rahim, 40, berkata, aduan telah dibuat kepada pihak penganjur tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

"Saya sudah upah 13 pekerja untuk membantu saya, tapi sudah dua hari masih belum memulakan perniagaan kerana tidak ada api (elektrik) di tambah pula kawasan berlumpur.

"Saya tidak tahu sama ada orang mahu datang (atau tidak), sebab jalan masuk ke ruangan letak kenderaan pun teruk sampai perlu guna pacuan empat roda," dakwanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM11 juta urus 24 pusat dialisis

Posted:

RM11 juta urus 24 pusat dialisis

RM11 juta urus 24 pusat dialisis

KOTA BHARU 16 Julai - Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) membelanjakan lebih RM11 juta setahun khusus untuk pengurusan 24 pusat dialisisnya di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Pengerusi Lembaga Pengarah NKF, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaher berkata, peruntukan itu tidak termasuk jumlah yang digunakan untuk program lain seperti perkhidmatan bas bergerak di kampung-kampung bagi memupuk kesedaran orang ramai tentang penjagaan buah pinggang.

Beliau berkata, NKF yang diasaskan sejak 1969 telah menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbesar khusus dalam bantuan dialisis dengan lebih 1,400 pesakit dibantu sehingga hari ini.

Katanya, kos penubuhan sebuah pusat dialisis memerlukan perbelanjaan lebih RM1 juta bagi bangunan dan pembelian alatan dan NKF memerlukan sokongan padu dan bantuan daripada pelbagai pihak.

"Kalau ada dana dan keperluan, kita memang akan tambah lagi pusat dialisis dan menumpukan perhatian kepada negeri-negeri di mana tahap rawatannya lebih rendah seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Laporan Pendaftaran Dialisis dan Pemindahan Organ Malaysia 2010 menunjukkan kadar rawatan dialisis bagi pesakit baru di Kelantan contohnya adalah sekitar 83 bagi sejuta populasi, berbanding kadar purata 170 bagi nisbah sejuta populasi di peringkat nasional," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Forum NKF Ke-9 di sini, semalam.

Zaki Morad berkata, pesakit buah pinggang perlu mendapatkan rawatan dialisis tiga kali seminggu yang sebenarnya menelan kos antara RM1,500 sehingga RM1,800 sebulan.

Namun katanya, dengan bantuan daripada NGO seperti NKF, pesakit kurang mampu hanya perlu membayar RM50 untuk satu sesi dialisis dan selebihnya ditanggung oleh pusat dialisis dan subsidi Kementerian Kesihatan.

Ketua Unit Nefrologi, Jabatan Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr. Sukeri Muhamad berkata, meskipun dialisis menjadi satu alternatif penting membantu pesakit buah pinggang, pendermaan organ adalah rawatan paling berkesan.

"Sejak 1997 lagi fatwa mengenai keharusan pendermaan organ ini dikeluarkan, tetapi sambutan tetap tidak menggalakkan. Persepsi masyarakat mestilah berubah kerana prosedur itu tidak akan membahayakan diri penderma yang mempunyai dua buah pinggang yang sihat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis kutip RM15 juta saman trafik

Posted:

Polis kutip RM15 juta saman trafik

Polis kutip RM15 juta saman trafik

KOTA BHARU 16 Julai - Polis Kelantan mengutip sejumlah kira-kira RM15 juta saman trafik melibatkan pelbagai kesalahan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya memandang serius terhadap pelanggaran undang-undang lalu lintas di kalangan pengguna termasuk pelajar sekolah.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa, penghulu, ketua kampung dan pemimpin masyarakat yang lain supaya sama-sama mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar mematuhi peraturan lalu lintas.

"Saman adalah salah satu daripada langkah memberi pengajaran kepada masyarakat supaya mereka tidak melanggar undang-undang, tetapi yang lebih penting ialah nasihat dan peringatan daripada ibu bapa, penghulu, ketua kampung dan sebagainya supaya orang ramai sentiasa menjaga keselamatan serta peraturan semasa di jalan raya," katanya di sini, hari ini.

Beliau ditemui pada Karnival Ulang Tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ke-65 peringkat negeri di Padang Kelantan FM di Wakaf Che Yeh di sini.

Perasmian karnival itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Mohd. Ismail. Turut hadir, Pengarah Penyiaran Kelantan, Zainab Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Ride It Right, Suhaimi Abdul Jalil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved