Ahad, 17 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kurangkan import kayu perabot

Posted:

Kurangkan import kayu perabot

Kurangkan import kayu perabot

Oleh KAMIL MASLIH
utusanjohor@utusan.com.my

LEDANG 16 Julai - Kerajaan negeri merancang menjadikan kawasan seluas 12,140 hektar sebagai ladang pokok getah yang turut dijadikan bahan mentah membuat perabot.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ladang tersebut bagi menjamin bekalan bahan kayu kepada industri perabot di negeri ini secara berterusan dan mengurangkan kebergantungan kepada kayu import.

"Tanaman ini bukan sahaja untuk tujuan mendapatkan susu getahnya sahaja, tetapi dalam tempoh kurang 10 tahun, kita akan mendapat bekalan kayu untuk dijadikan bahan pengeluaran perabot," katanya semasa melancarkan Pusat Pengumpulan Industri Asas Tani daerah Ledang dan Festival Buah-buahan Ledang di Pusat Perniagaan Anjung Batu, Tangkak dekat sini semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Goh Tee Tee.

Abdul Ghani berkata, sumber kayu amat penting kepada industri perabot yang bertapak di daerah Muar dan Ledang dengan hasil pengeluarannya dieksport ke luar negara termasuk ke Amerika Syarikat, China serta Asia Barat.

"Apabila dicampur jumlah pengeluar perabot di Muar dan Ledang, ia merupakan pusat pengeluaran perabot yang terbesar di Malaysia. Malah, 30 peratus nilai eksport seluruh dunia datang dari kawasan kita," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga merancang membina Pusat Pameran Perabot di Tangkak sebelum akhir tahun ini untuk menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan dan merancakkan lagi industri perabot di negeri ini.

Dalam pada itu, Menteri Besar turut menyarankan kepada pengusaha industri asas tani untuk memperluaskan lagi pasaran produk di samping memastikan tahap pengeluaran dan mutu barangan sentiasa terjamin.

"Kerajaan negeri menerusi Agrobank menyediakan peruntukan lebih RM2 juta untuk memberi kemudahan pinjaman," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Daftar futsal dilanjut hari ini

Posted:

Daftar futsal dilanjut hari ini

Daftar futsal dilanjut hari ini


PETUGAS membuat persiapan sempena Cabaran Futsal Utusan-JPMM DUN Puteri Wangsa dan Rohaizat Corporation (M) Sdn. Bhd. di Taman Daya, Johor Bahru, baru-baru ini. - MINGGUAN/BAAZLAN IBRAHIM


JOHOR BAHRU 16 Julai - Berikutan sambutan yang amat menggalakkan, penganjur Cabaran Futsal Utusan-JPMM DUN Puteri Wangsa melanjutkan tempoh pendaftaran sehingga pagi kejohanan esok.

Penyelaras kejohanan, Abd. Razak Yacob berkata, pasukan yang berminat menyertai pertandingan boleh datang terus ke gelanggang kejohanan iaitu Kompleks Daya Point, Pusat Sukan dan Futsal di Jalan Sagu 1, Taman Daya di sini untuk pendaftaran bermula pukul 8 pagi.

Menurutnya, setakat ini hampir 80 pasukan termasuk lebih 10 pasukan wanita telah mengesahkan penyertaan. Selain pasukan dari daerah ini, beberapa pasukan dari Kota Tinggi, Batu Pahat dan Kluang serta pasukan dari luar negeri ini seperti Melaka dan Kuala Lumpur turut berentap.

"Hingga hari ini, kami masih mendapat penyertaan daripada pasukan-pasukan baru dan menjangkakan jumlah penyertaan akan bertambah menjelang pertandingan esok.

"Sambutan daripada peserta amat menggalakkan meskipun ini merupakan kejohanan sulung yang dianjurkan akhbar Utusan Malaysia, Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dan Rohaizat Corporation (M) Sdn. Bhd.," katanya di sini hari ini.

Pertandingan yang bermula pukul 8 pagi itu dijadual dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Kejohanan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita dan peserta mestilah berusia 17 tahun ke atas dengan yuran pendaftaran sebanyak RM150 bagi kategori lelaki, manakala wanita, RM100.

Bagi kategori lelaki, johan akan membawa pulang wang tunai RM2,000, piala kejohanan dan medal serta sijil penyertaan; naib johan (RM1,000, medal serta sijil penyertaan); tempat ketiga (RM700, medal dan sijil penyertaan) manakala tempat keempat (RM300 beserta medal dan sijil penyertaan).

Johan kategori wanita pula membawa pulang wang tunai RM1,000, medal serta sijil penyertaan); tempat kedua (RM500, medal dan sijil penyertaan); tempat ketiga (RM300, medal dan sijil penyertaan) manakala tempat keempat (RM150, medal dan sijil penyertaan).

Bagi memeriahkan pertandingan berkenaan, Utusan Malaysia turut menganjurkan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak serta jualan produk-produk terbitannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved