Ahad, 17 Julai 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Jangan biar Ambiga terlepas

Posted:

Jangan biar Ambiga terlepas

Jangan biar Ambiga terlepas

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

WALAUPUN perhimpunan haram Bersih yang diadakan pada 9 Julai lalu berjaya 'dipatahkan' oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun kesannya masih terasa sehingga ke hari ini.

Imej negara bukan sahaja terjejas di mata dunia, malah kita mengalami kerugian ratusan juta ringgit dalam industri pelancongan dan perniagaan.

Itu belum lagi termasuk bagaimana insan-insan marhaen seperti pemandu teksi, peniaga kecil dan orang awam turut terkena tempiasnya,.

Dengan segala keburukan, kesusahan dan kesengsaraan ini, wajarkah dalang di sebalik penganjuran itu dilepaskan begitu sahaja?

Dalam soal ini, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S.Ambiga tidak harus cuci tangan dengan apa yang berlaku pada tarikh berkenaan.

Kedegilan beliau yang disanjung oleh pembangkang sebagai 'wanita besi' ini untuk terus mengadakan perhimpunan haram tersebut biar pun telah dilarang berkali-kali oleh pihak berkuasa seharusnya tidak harus dibiarkan.

Ambiga perlu bertanggungjawab ke atas segala kekecohan yang terjadi pada hari tersebut termasuklah bagaimana hampir 10,000 yang hadir telah mencetuskan huru-hara di ibu negara.

Malahan kedegilan Ambiga juga yang menyebabkan pemimpin dan ahli pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas berani melanggar undang-undang dengan menyertai perhimpunan haram berkenaan.

Justeru kita ingin bertanya, kenapakah sampai sekarang Ambiga masih lagi bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan undang- undang?

Apa istimewanya Ambiga sehingga beliau dilihat seolah-olah mencabar pihak berkuasa apabila berdegil mahu mengadakan perhimpunan haram itu? dan Kenapakah Ambiga biar pun seorang peguam begitu berani melanggar perintah mahkamah yang melarang beliau berada di kawasan tertentu di Kuala Lumpur pada hari tersebut?

Kita juga ingin tahu kebenaran di sebalik dakwaan bahawa Ambiga turut menerima dana asing bagi menjayakan demonstrasi haram itu.

Jika mengikut laporan media terdapat banyak peruntukan undang-undang yang boleh mengheret Ambiga ke muka pengadilan. Malahan Ambiga juga sudah dipanggil oleh polis dan disiasat di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana cuba mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Kita memahami bahawa polis perlu teliti melakukan siasatan tetapi kita berharap ia tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Ia memandangkan desakan agar Ambiga dikenakan tindakan sudah kuat berkumandang sehingga ada pihak yang menganggap bekas Presiden Majlis Peguam itu tidak harus diberi muka.

Apatah lagi selepas perhimpunan haram berkenaan, Ambiga tidak menunjukkan tanda keinsafan sebaliknya semakin angkuh dalam tindakannya.

Keangkuhan wanita yang mengguris perasaan umat Islam suatu ketika dulu apabila menyokong Suruhanjaya Antara Agama (IFC) terbukti apabila beliau mencadangkan kepada rakyat supaya memakai pakaian kuning pada setiap Sabtu sebagai tanda sokongan kepada Bersih.

Walaupun Ambiga mengetahui bahawa pemakaian baju berkenaan adalah bertentangan dengan undang-undang namun Ambiga tidak mempedulikannya. Mungkin beliau merasakan dengan sokongan yang diterima daripada pembangkang, pihak berkuasa tidak akan berani bertindak ke atasnya.

Seperti mana kata Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd.Hilmi Ismail, Ambiga sebenarnya mahu mencabar undang-undang.

''Beliau cuba menghasut rakyat dan ini tidak harus dibiarkan. Ambiga mahu melakukan provokasi terhadap kerajaan dengan harapan kerajaan mengenakan tindakan ke atasnya,'' kata beliau.

Sebab itulah penulis berpendapat, individu seperti Ambiga tidak boleh dibiarkan bebas begitu sahaja seolah-olah beliau tidak pernah melakukan kesalahan pada 9 Julai.

Jika sebelum ini pihak berkuasa memerangi habis-habisan pertubuhan haram Hindraf dan al-Arqam kenapa individu seperti Ambiga hendak dibiarkan?

Kita harus ingat bahawa Ambiga tidak ikhlas dalam menerajui Bersih bagi menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. Ia terbukti apabila Ambiga menolak tawaran kerajaan supaya perhimpunan haram itu diadakan di luar Kuala Lumpur dan atas dasar tolak ansur, polis bersedia mengeluarkan permit segera.

Tetapi Ambiga menolak tawaran berkenaan sebaliknya berdegil untuk mengadakannya di Kuala Lumpur, malahan Ambiga yang mendakwa kononnya perhimpunan itu tidak mempunyai agenda politik, jelas bersekongkol dengan parti pembangkang.

Kesudahannya pada 9 Julai akibat kedegilan Ambiga, Kuala Lumpur menjadi huru-hara.

Semua itu berlaku kerana tindakan Ambiga mencabar undang-undang, justeru sikap keras kepalanya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Kita tidak mahu apa yang dilakukan oleh Ambiga dicontohi oleh pihak lain pula selepas ini sebab itu tindakan tegas perlu diambil ke atas beliau.

Ambiga perlu diberi pengajaran bahawa beliau tidak seharusnya hanya bijak belajar undang-undang tetapi perlu tahu memahami serta mematuhinya.

Kalau Ambiga seorang yang patuh sudah pasti beliau akan membatalkan perhimpunan tersebut tetapi Ambiga tidak berbuat demikian walaupun pihak polis memanggil beliau untuk berunding dan memberi amaran.

Pendekatan berhemah polis terhadap Ambiga ternyata tidak dihargai, sebaliknya sebaik sahaja selesai memberi keterangan kepada polis, Ambiga terus menyatakan dengan tegas beliau akan tetap mengadakan perhimpunan haram tersebut.

Tidakkah sikap biadab dan angkuh ini menunjukkan bahawa Ambiga cuba menghasut rakyat? Tidakkah ini melambangkan bahawa Ambiga cuba mencabar undang-undang? Oleh itu kenapa perlu Ambiga diberi muka lagi?

Atas sebab itulah kita berharap pihak berkuasa akan segera menyiapkan kertas siasatan dan memastikan Ambiga dihadapkan ke mahkamah.

Pihak berkuasa tidak perlu berasa tergugat dengan sokongan pembangkang atau pihak asing kepada Ambiga, ini kerana terdapat jutaan rakyat Malaysia yang menanti tindakan ke atas Ambiga.

Mereka mahu insan seperti Ambiga dikenakan tindakan setegas-tegasnya supaya beliau belajar menghormati undang-undang dan sikap toleransi pihak berkuasa.

Mungkin Ambiga menganggap tindakan undang-undang akan membolehkan beliau 'menjaja' kononnya itu satu lagi bukti menunjukkan kezaliman kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pihak berkuasa.

Tetapi apakah tindakan Ambiga yang terus melakukan provokasi sehingga tercetusnya huru-hara pada 9 Julai lalu bukan satu kezaliman?

Ambiga tidak berhak bercakap soal undang-undang, apatah lagi hak asasi kerana beliau sendiri tidak tahu menghormati perkara tersebut. Segalanya terbukti 9 Julai lalu!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Bebas' bayangan Shahidan

Posted:

'Bebas' bayangan Shahidan

'Bebas' bayangan Shahidan

Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan.com.my

MAMPUKAH Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu keluar dan bebas daripada bayang-bayang Datuk Seri Shahidan Kassim? Banyak perkara yang dilakukan oleh Md. Isa akan dibandingkan dengan bekas Menteri Besar Perlis itu.

Apatah lagi dalam tempoh tiga penggal mengetuai Barisan Nasional (BN) Perlis, Shahidan sudah mengumpul kekuatan dan membina jaringan untuk berhadapan dengan cabaran politik dalam UMNO ataupun musuh parti pembangkang.

Lalu keupayaan Md. Isa pada tiga tahun pertama memimpin BN Perlis dilihat dengan penuh keraguan. Apatah lagi beliau bukan dalam kalangan nama hebat dalam kepimpinan UMNO Perlis. Sebelum Mac 2008, memang cerita kehidupan dan warna UMNO Perlis banyak berlegar tentang Shahidan, Datuk Seri Azmi Khalid dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, selain Datuk Zahidi Zainol Abidin. Tak ada pun kisah Md. Isa. Jadi tidak kurang yang bersikap ragu- ragu dan merasakan mana mungkin Md. Isa mampu menandingi ketokohan dan kepimpinan Shahidan di Perlis.

Ramai pemerhati politik hairan dengan politik Perlis. Ia hanya sebuah negeri yang kecil, tetapi pergolakan politiknya kelihatan cukup hebat. Kerap berlaku ketiga-tiga ketua bahagian UMNO cuba menunjukkan pengaruh dan kuasa masing-masing.

Dahulu selalu juga terdengar orang menyebut 'orang Shaidan Kassim', 'orang Radzi' dan 'orang Azmi Khalid.' Dengan kemunculan Menteri Besar yang baru, mungkin ada orang Md. Isa pula muncul. Penyokong akan mengikut kata-kata ketua mereka. Perpecahan mengikut ketua masing-masing berlaku di negeri kecil itu. Lebih terasa apabila Shahidan tidak begitu 'berkenan' dengan pelantikan Md. Isa sebagai Menteri Besar Perlis menggantikannya.

Jika begini keadaannya sampai bila UMNO Perlis hendak dilihat bersatu padu menentang parti pembangkang yang berusaha menawan negeri terakhir BN di utara Semenanjung.

Bagaimanapun Md. Isa selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri menganggap perpecahan dalam kalangan ahli UMNO Perlis beberapa tahun lalu tidak boleh disalahkan kepada Shahidan. Ini kerana beliau berkhidmat tiga penggal sebagai Menteri Besar Perlis dan tidak disangka-sangka orang lain ambil alih tempatnya.

"Sesiapa pun akan terasa. Tapi keadaan pada masa itu memerlukan pemimpin baru. Kita tak boleh salahkan dia sebagai orang kecewa. Dan ini juga adat dalam kepimpinan, kita kena terimanya sebagai qada dan qadar.

"Macam saya juga, di luar dugaan selepas bersara satu penggal, saya naik semula jadi MB," kata Md. Isa.

Tekad Md. Isa yang juga ADUN Bintong ialah menyatukan semula ahli UMNO. Beliau berpendapat rasa kekecewaan Shahidan semakin hari kian susut dan hubungan bertambah baik.

"Tapi apa pun perbezaan pendapat memang ada dan ia biar menjadi ikatan untuk kita bersama-sama memastikan kemenangan dan PRU-13 dan memastikan tiga Parlimen dan 15 DUN dimenangi oleh BN," jelas Md. Isa.

Di Perlis hanya ada tiga bahagian UMNO sahaja yang juga Parlimen. Dalam UMNO Bahagian Padang Besar di dalamnya ada lima Dewan Undangan Negeri (DUN), Bahagian Kangar - ada lima kawasan DUN dan Bahagian Arau juga ada lima DUN.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Bahagian Padang Besar, Parlimennya dimenangi oleh BN dan lima ADUN BN. Bahagian Kangar - Parlimen dimenangi BN dan lima ADUN BN. Bahagian Arau pula, Parlimen BN dan tiga ADUN BN dan dua ADUN Pas.

Kemampuan Pas menguasai dua DUN - Sanglang dan Simpang Empat, kedua-duanya dalam Parlimen Arau menunjukkan Pas mampu menembusi kubu BN di Perlis.

Kalau dianalisis ketiga-tiga bahagian UMNO, kedudukan bahagian Padang Besar dan Kangar tidak begitu merisaukan Md. Isa. Apa yang penting kepadanya ialah memastikan penyatuan tenaga di kawasan Parlimen Arau untuk kembalikan DUN Simpang Empat dan DUN Sanglang kepada BN.

"Ini kerana di Simpang Empat, BN kalah hanya 47 undi dan di Sanglang dengan 146 undi. Jadi jika diperhatikan di Simpang Empat, kalau 47 undi bahagi dua bererti jika mendapat 25 undi lagi ia sudah memberi kemenangan kepada BN. Di Sanglang pula jika 146 undi dibahagi dua iaitu 73, jadi jika dapat 74 undi maka ia boleh membawa kemenangan," jelas Md. Isa kepada penulis baru-baru ini .

Menurut Menteri Besar itu, apa yang penting dalam senario politik Perlis sekarang ialah perpaduan. UMNO Perlis perlu perkukuhkan organisasi seperti mana kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, 1Malaysia iaitu satu UMNO yang mana rakyat dan ahli parti didahulukan.

"Kita dahulukan ahli-ahli UMNO itu untuk bersatu memastikan calon kita menang pilihan raya. Pencapaian ini perlu melalui indeks petunjuk prestasi dengan kerja kuat," kata Md Isa.

Mengenai tugas pemimpin, bagi Menteri Besar Perlis itu ialah membawa perpaduan dan mesti menjadi ikutan kepada orang bawah dan rakyat. Politik bukan untuk pemimpin tetapi untuk rakyat.

"Kalau pemimpin mengutamakan kepentingan diri sebagai perjuangan utama dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai bukan utama maka saya rasa rakyat kurang keyakinan kepada pemimpin.

"Sebab itu jika ada masalah, elok ada perbincangan dan bukan serangan. Kalau

serangan, rakyat lihat sebagai menyusahkan bukan permudahkan mereka. Rakyat mengharap pemimpin yang mudahkan dan bukan menyusahkan rakyat,'' katanya.

Kemelut yang melanda UMNO Perlis nampaknya menunjukkan tanda-tanda akan berakhir apabila Shahidan berpelukan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Md. Isa pada Mei lalu.

Bagi Md. Isa, ia satu perubahan yang perlu diterima oleh masyarakat bahawa perselisihan pendapat tiba ke penghujung penyelesaian. Kesan ini boleh mengurangkan luka di hati rakyat. Pemimpin dapat meyakinkan pemisahan dan rakyat kena yakin kepada pemimpin.

Melalui perpaduan di kalangan ketua pemimpin UMNO di Perlis, membuka laluan untuk Md. Isa meneruskan visi negeri Perlis Maju 2015. Beberapa strategi pembangunan sosio ekonomi berimpak tinggi telah dan sedang dirancang oleh kerajaan negeri.

Misalnya tumpuan kepada enam sektor utama iaitu pertanian dan industri asas tani; perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan; pelancongan; negeri ilmu dan e-state; penyelidikan dan bioteknologi serta pembangunan kawasan.

Selain padi dan tanaman lain serta mempelam harumanis sebagai produk industri hiliran, perikanan dan akuakultur juga menjana hasil negeri yang melibatkan Kuala Perlis sebagai kawasan pendaratan ikan kedua terbesar di Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved