Ahad, 17 Julai 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Dr. Lo’ Lo’ meninggal dunia akibat kanser

Posted:

Dr. Lo' Lo' meninggal dunia akibat kanser

Dr. Lo' Lo' meninggal dunia akibat kanser

KUALA LUMPUR 17 Julai – Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'Lo' Mohd. Ghazali meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini malam ini, akibat penyakit kanser.

Allahyarham yang merupakan doktor perubatan berusia 54 tahun, disahkan meninggal dunia pukul 10.15 malam.

Anak saudara Allahyarham yang juga pembantu peribadinya, Ehsan Mohd. Surur berkata, Lo' Lo' menderita penyakit barah paru-paru sejak beberapa tahun lalu.

''Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hospital itu selepas beberapa hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi,'' katanya ketika dihubungi malam ini.

Allahyarham Lo' Lo' meninggalkan suami, Prof. Madya Dr. Aminuddin Abd. Hamid Karim dan empat anak.

Allahyarham merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan AJK Dewan Muslimat Pas Pusat.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Lo' Lo' memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa selepas menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir dengan majoriti sebanyak 1,972 undi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sandiwara politik Pas, DAP

Posted:

Sandiwara politik Pas, DAP

Sandiwara politik Pas, DAP

MELAKA 17 Julai - MCA sudah menjangkakan Kerajaan Pas Kedah akan tunduk kepada bantahan DAP untuk menarik balik keputusan melarang pusat hiburan di negeri itu beroperasi sepanjang Ramadan.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, itu semua adalah sandiwara politik kerana Pas Kedah sudah tahu keputusan yang dibuat akan mendapat bantahan daripada DAP dan MCA.

"Ini semua mainan politik kedua-dua parti itu. Kita tahu DAP mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Pas.

"DAP akan mengatakan kepada masyarakat Cina jangan bimbang kerana mereka dapat mempengaruhi segala-galanya yang diperjuang dan diputuskan oleh Pas.

"DAP sebenarnya cuba menarik perhatian masyarakat Cina untuk menyokong Pas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA negeri Melaka di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Naib Presiden, Datuk Kong Chong Ha dan Datuk Chor Chee Heung.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Kerajaan Pas Kedah yang bersedia menimbang semula keputusan melarang pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang Ramadan nanti.

Soi Lek berkata, Pas Kedah sewajarnya memahami orang bukan Islam seharusnya mempunyai pilihan untuk masuk atau tidak ke pusat hiburan sepanjang bulan suci itu.

"Apabila pusat hiburan ditutup, orang bukan Islam tidak mempunyai pilihan, maka dengan itu hak kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan negara sudah dicabar oleh Pas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved