Ahad, 17 Julai 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Suami lihat isteri dirogol remaja di butik pengantin

Posted:

Suami lihat isteri dirogol remaja di butik pengantin

Suami lihat isteri dirogol remaja di butik pengantin

HULU LANGAT 17 Julai - Seorang lelaki terkejut apabila mendapati isterinya menjadi mangsa rogol seorang remaja berusia 19 tahun di butik pengantin milik mereka di Taman Rinching, Kajang dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi ketika suami mangsa dikatakan baru memasuki butik pengantin tersebut selepas membuka pintu yang dikunci dari dalam oleh suspek.

Bagaimanapun, tanpa diduga suami mangsa melihat suspek sedang menindih isterinya yang dalam keadaan bogel dalam butik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, sebelum kejadian, suspek dikatakan menyamar sebagai pelanggan untuk menempah pakaian pengantin di butik mangsa.

"Suspek kemudian bertindak mengunci pintu sebelum mengacukan pisau ke arah mangsa yang berusia 29 tahun itu.

"Mangsa yang dalam ketakutan diarahkan supaya menanggal pakaian sebelum suspek bertindak merogolnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Tambahnya, suami mangsa yang berang dengan tindakan suspek tersebut kemudian bertindak menangkapnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Katanya, suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

4 remaja merompak ditahan

Posted:

4 remaja merompak ditahan

4 remaja merompak ditahan

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my


Ab. Rasyid Ab. Wahab menunjukkan bahan-bahan bukti yang digunakan oleh penjenayah semasa menyamun di Kajang, semalam.


HULU LANGAT 17 Julai – Empat remaja lelaki, dua daripadanya masih bersekolah merompak barang berharga dan wang tunai yang kesemuanya berjumlah RM50,000 dari sebuah rumah dua tingkat di Bandar Tun Hussien Onn, Kajang di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 petang ketika mangsa tiada di rumah kerana keluar bersama keluarganya menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Liverpool dan Malaysia.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, suspek dipercayai mengetahui selok belok kediaman mangsa yang ketika itu dijaga oleh seorang pembantu rumah wanita berusia 41 tahun.

Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 20 tahun dikatakan memasuki rumah mangsa melalui pintu tepi.

"Mereka kemudian mengacukan sebilah pedang samurai ke arah pembantu rumah itu sebelum mengikat tangan serta mulutnya dengan tuala. Kumpulan remaja penjenayah itu kemudian menggeledah rumah itu dan mengambil beberapa barangan berharga milik mangsa.

"Antara barangan yang dilarikan adalah dua unit komputer riba, komputer tablet iPad, wang tunai dan beberapa unit telefon bimbit yang kesemuanya dianggar bernilai RM50,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Tambahnya, dua daripada suspek merupakan pelajar sekolah menengah, manakala masing-masing seorang penuntut kolej dan penganggur itu melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Ab. Rashid memberitahu, polis berjaya menahan kesemua suspek dalam operasi berasingan yang berakhir pukul 2.30 pagi ini di sekitar Kajang.

"Hasil pemeriksaan, katanya, polis menemui semula barangan rompakan dan peralatan untuk melakukan jenayah itu termasuk sebilah pedang samurai dan pemutar skru," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved