Ahad, 17 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Sistem keselamatan siber lemah

Posted:

Sistem keselamatan siber lemah

Sistem keselamatan siber lemah

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Julai – Sistem keselamatan siber negara ketika ini disifatkan masih berada pada tahap yang lemah sekali gus meningkatkan risiko ancaman siber di kalangan pengguna Internet.

Pensyarah di Fakulti Sains dan Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Khairuddin Omar berkata, tahap kelemahan sistem keselamatan tersebut ialah sehingga memungkinkan penceroboh menembusi pangkalan data yang menyimpan maklumat peribadi pengguna Internet.

"Ini termasuk menceroboh pangkalan data pelanggan bank serta pemegang kad kredit. Meskipun bank ada sistem keselamatan siber sendiri, namun risikonya tetap ada.

"Ia menunjukkan bahawa pengguna Internet kita sebenarnya tidak selamat dan masih banyak kelemahan dalam sistem keselamatan siber negara yang perlu diperbaiki," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada peningkatan insiden keselamatan siber yang meningkat sebanyak 147 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini seperti yang didedahkan oleh CyberSecurity Malaysia, semalam.

Sementara itu, Ahli Ekosistem Inovasi ICT, Majlis Profesor Negara, Prof Dr. Siti Mariyam Shamsuddin pula berkata, Malaysia perlu mempunyai bahasa komputer sendiri yang hanya difahami oleh pengguna Internet di negara ini bagi mengelakkan ia ditembusi oleh penceroboh asing.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menambah, ketika ini pengguna Internet di negara ini menggunakan kod-kod komputer dari luar negara yang turut difahami dan boleh dimanipulasi untuk tujuan tidak baik oleh pakar-pakar komputer dari seluruh dunia.

"Pada masa sama, pengguna Internet di negara ini juga perlu berhati-hati dan tidak mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi mereka dalam dunia siber," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program kaunseling bantu masyarakat tangani masalah sosial

Posted:

Program kaunseling bantu masyarakat tangani masalah sosial

Program kaunseling bantu masyarakat tangani masalah sosial


SHAHRIZAT Abdul Jalil bermesra dengan peserta program membuat anyaman bakul selepas melancarkan pusat AIRIS Keluarga di Selayang, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Julai – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneroka bidang dan teknik baru khusus berkaitan kaunseling untuk membantu masyarakat menangani masalah dalam pembangunan sosial di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pelaksanaan program tersebut akan dijalankan secara percuma di kesemua 56 buah klinik dan pusat sehenti keluarga kelolaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) di seluruh negara.

Menurut beliau, antara programnya ialah memperkenalkan modul baru perkhidmatan sokongan keluarga berisiko melalui penubuhan pusat Anjung Interaksi, Rekreasi, Intervensi dan Sokongan (AIRIS) Keluarga.

"Selain program keibubapaan dan kesihatan reproduktif, aspek psikologi tak boleh diabaikan. Sebab itu kita mahu memberi tumpuan kepada intervensi awal kerana pencegahan itu lebih mustahak daripada rawatan pemulihan.

"Kaunseling menjadi satu aspek kritikal untuk membantu kerana melalui kaunseling, kita boleh melakukan intervensi awal untuk tangani masalah yang dihadapi.

"Pengkhususan bantuan yang diberikan ini juga menterjemahkan Dasar Keluarga Negara (DKN) dalam membina keluarga yang sihat dan sejahtera," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan pusat AIRIS Keluarga di Selayang dekat sini, hari ini.

Shahrizat berkata, pendekatan holistik dan bersepadu dalam program AIRIS Keluarga tidak sahaja menyediakan khidmat kaunseling tetapi juga terapi dan sokongan kepada keluarga dan komuniti setempat yang dikawal selia oleh pakar bertauliah dalam bidang masing-masing.

Beliau berkata, modul tersebut juga menekankan kaedah lebih inovatif dan kreatif dalam menangani permasalahan dan isu sosial dan keluarga menggunakan terapi seni sebagai salah satu teknik kaunseling.

Berbanding stail konvensional, ujarnya, penggunaan teknik terapi seni berupaya mempercepatkan proses penerokaan kaunseling khususnya dalam meluahkan perasaan dan pemikiran serta mengenal pasti masalah sebenar pelanggan.

"Melalui intervensi awal, pakar-pakar akan dapat mengetahui dan mendalami masalah sebenar dan seterusnya memberikan bantuan dan rawatan lebih tepat.

"Justeru kita sangat mengalu-alukan masyarakat setempat untuk datang mendapatkan rawatan, nasihat dan bimbingan di pusat ini," katanya.

Sejak dibuka Mei tahun lalu hingga Jun lepas, Pusat AIRIS Keluarga di Selayang menerima penyertaan 1,525 ahli keluarga dan komuniti setempat yang terdiri daripada ibu bapa, remaja, warga emas dan ibu tunggal melalui 110 program dan aktiviti yang dilaksanakan.

Selain LPPKN dan agensi kerajaan berkaitan, pelaksanaan program dan aktiviti di AIRIS Keluarga mendapat kerjasama komuniti setempat dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rosmah ditawar penaung Universiti Wanita Asia

Posted:

Rosmah ditawar penaung Universiti Wanita Asia

Rosmah ditawar penaung Universiti Wanita Asia


ROSMAH Mansor bersama Duta Monaco, Evelyne Gente (kanan) sempena Festival Fesyen Islam (IFF) di London, semalam. Turut sama, Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah (kiri). – BERNAMA


LONDON 16 Julai – Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mendapat tawaran untuk menjadi seorang daripada penaung Universiti Wanita Asia (AUW) di Chittagong, Bangladesh.

Tawaran itu terkandung dalam sepucuk surat dikirim kepada beliau oleh Canselor AUW, Cherie Blair, isteri bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair.

"Insya-Allah saya akan terima tawaran beliau dan menghantar jawapan kepadanya bila saya kembali ke Malaysia," Rosmah memberitahu wartawan Malaysia di sini.

Beliau mengiringi suaminya dalam lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom (UK).

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina ialah penaung utama AUW.

Rosmah turut disertai tokoh politik Itali, Emma Bonino; bekas anggota Majlis Legislatif Hong Kong yang juga ketua Perkhidmatan Awam Hong Kong, Anson Chan dan bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Dr. Condoleezza Rice.

Rosmah berkata ini satu penghormatan baginya dapat menyertai kumpulan wanita terkemuka.

Menurutnya, beliau pernah melawat Dhaka untuk menyampaikan ucaptama pada satu acara anjuran universiti itu yang mempunyai pelajar dari 12 negara di rantau ini.

"Puan Blair ketika itu berkata beliau mahukan saya menyertai kumpulan wanita terkemuka itu demi membantu menjayakan universiti berkenaan," kata Rosmah.

Universiti itu menampung pelajar dari pelbagai latar belakang sosioekonomi yang mundur.

Kebanyakan pelajar remaja wanita itu adalah yang pertama dari keluarga masing-masing mengikuti pengajian peringkat tinggi. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved