Sabtu, 9 Julai 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mudahnya Pas diperalat

Posted:

Mudahnya Pas diperalat

Mudahnya Pas diperalat

Oleh Zulkiflee Bakar

TAHNIAH kepada Pas! Mungkin itulah perkataan paling sesuai untuk mengiktiraf 'jasa' parti itu dalam penyertaan pada himpunan haram Bersih semalam.

Pas kini sudah berjaya membuktikan kepada rakan-rakan sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP serta badan bukan kerajaan (NGO) yang sehaluan dengan pembangkang bahawa Pas kini benar-benar sebuah parti yang memperjuangkan negara berkebajikan.

Parti itu bersedia melakukan 'kebajikan' dengan menjadikan ibu pejabatnya sebagai satu lokasi untuk berkumpul dan bermesyuarat, mengarahkan Unit Amalnya menjadi benteng utama perhimpunan dan menggesa ahli-ahlinya turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur.

Kononnya atas nama perjuangan, menegakkan keadilan dan taat kepada arahan pemimpin, kesemua mereka sanggup meninggalkan anak isteri, ibu bapa dan abang adik semata-mata untuk terlibat dalam perhimpunan haram berkenaan. Berbanding tidak sampai berapa kerat penyokong PKR dan DAP, penyokong Pas paling ramai memenuhi jalan raya di Kuala Lumpur.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana ada penyokong Pas di tanah suci Mekah memakai kemeja T Bersih sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan tersebut, begitu juga dengan sekumpulan pelajar Malaysia di Mesir.

Mereka sengaja melupakan bahawa perhimpunan haram berkenaan adalah cetusan idea S.Ambiga, seorang peguam wanita yang telah banyak melakukan tindakan gugat umat Islam termasuklah dalam isu murtad - satu isu yang sering dijaja oleh Pas kononnya menunjukkan kegagalan UMNO menjadi pentadbir Islam yang baik.

Ternyata sekali penglibatan Pas dalam menjayakan perhimpunan haram itu sudah membuktikan bahawa Pas bukanlah sebuah parti Islam. Sebaliknya memang layak untuk mereka berada dalam golongan parti-parti sekular lain melalui perjuangan negara berkebajikan.

Jika benar mereka mengaku masih berpegang kepada perjuangan Islam sudah pasti Pas akan memikirkan semasak-masaknya penglibatan dalam perhimpunan haram itu.

Tetapi malangnya Pas begitu mudah diperkotak-katikkan oleh Ambiga, PKR dan DAP. Kelebihan sebagai sebuah organisasi yang tersusun dan mempunyai ahli yang kesemuanya orang Melayu telah dipergunakan oleh ketiga-tiga pihak berkenaan untuk menyeret Pas yang pada masa ini cukup dahagakan kuasa.

Justeru Pas berusaha habis-habisan untuk memastikan himpunan Bersih hasil cetusan idea Ambiga berjaya walaupun ia akan menyusahkan jutaan warga Kuala Lumpur.

Pas ingin membuktikan merekalah jaguh dalam berhadapan dengan pihak berkuasa melalui demonstrasi bagi mengemukakan tuntutan yang sengaja direka bagi membantu menutupi segala kelemahan dan masalah moral yang melumuri pemerintahan pembangkang serta pemimpin-pemimpinnya.

Pas menjadi penyumbang terbesar kepada segala kesusahan yang dialami oleh warga Kuala Lumpur berikutan penutupan sebahagian besar jalan, penutupan perniagaan dan terbantutnya aktiviti masyarakat.

Ini belum lagi termasuk 'sumbangan besar' Pas yang membantu pihak-pihak tertentu untuk memecah-belahkan lagi umat Islam dan orang Melayu serta bertanggungjawab melihat negara yang dipimpin oleh orang Islam tercemar di mata dunia. Malahan Pas juga layak menerima ucapan 'tahniah' kerana terus setia sebagai 'kuda tunggangan' kepada Ambiga, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin DAP.

Sebab itulah Ambiga begitu berdegil mahu mengadakan perhimpunan berkenaan kerana beliau amat memahami 'kesetiaan' Pas kepada pakatan pembangkang.

Yang akan menghantar 'rombongan' terbesar bukannya Bersih (Ambiga), PKR atau DAP tetapi Pas, akibat dikaburi dengan ketaksuban untuk berkongsi kuasa jika pembangkang ke Putrajaya.

Parti itu gagal membaca agenda tersirat di sebalik perhimpunan haram berkenaan dan walaupun di hati kecil mereka, Pas pun mungkin terfikir bahawa tuntutan Bersih tidak munasabah namun demi politik segala-galanya dihalalkan.

Ia kerana kalau pilihan raya tidak bersih dan adil Pas tidak akan sepopular sekarang. Populariti itu dicapai berikutan kejayaan Pas menguasai Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang, Terengganu pada 1999, Kedah pada pilihan raya umum lalu dan mempunyai lebih 20 kerusi di Parlimen.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana Pas boleh menubuhkan kerajaan negeri bersama PKR dan DAP di Selangor serta 'tumpang semangkuk' di bawah kepimpinan DAP di Pulau Pinang.

Namun Pas mengenepikan fakta-fakta itu kerana merasakan sekarang adalah detik terbaik untuk menumbangkan kerajaan dan berharap fenomena 2007 yang menyaksikan perhimpunan haram Bersih berjaya menggugat keutuhan BN pada 2008 berulang.

Kepincangan

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Prasangka Hillary kepada Palestin

Posted:

Prasangka Hillary kepada Palestin

Prasangka Hillary kepada Palestin

Ku Seman Ku Hussain


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (enam, kiri) bersama para peserta dari Malaysia dalam misi pelayaran International Freedom Flotila II ke Gaza baru-baru ini.


Professor undang-undang antarabangsa Universiti Princeton, Richard Falk dalam Foreign Policy Journal (16 Mei 2011) antara lain menulis, "Salah satu tanda bertambahnya gerakan menyokong Palestin di seluruh dunia memperjuangkan hak mereka bawah undang-undang antarabangsa adalah kesedaran yang tinggi terhadap Nakbah." Nakbah adalah tarikh Israel menceroboh dan merampas sebahagian negara Palestin pada 15 Mei 1948.

Selepas 63 tahun, masyarakat dunia sudah membuka mata terhadap kesengsaraan Palestin. Ini dibuktikan dengan misi kemanusiaan yang diusahakan kumpulan aktivis pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat (AS) untuk membantu Palestin.

Tetapi Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton tidak melihat misi kemanusiaan ini daripada sudut kemanusiaan. Dengan prasangka dan tiada perikemanusiaan, Hillary menganggap misi flotila antarabangsa sebagai satu provokasi terhadap Israel. Sikap Hillary ini bukanlah suatu yang mengejutkan. Ini kerana selama ini AS menjadi penyokong kuat Israel untuk terus melakukan kekejaman terhadap Palestin. Kenyataan Hillary telah memberi kebenaran kepada Israel untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap 600 aktivis misi kemanusiaan kali ini, dengan alasan "mempertahankan diri."

Misi bantuan kemanusiaan itu yang turut disertai oleh sukarelawan Malaysia dihalang ke Gaza. Kritikan Hillary digunakan oleh rejim Zionis untuk mengenepikan hak rakyat Palestin. Kenyataan Hillary adalah suara Presiden Barack Obama yang dilihat mengikut acuan Presiden AS sebelum ini.

Menghalang misi flotila antarabangsa adalah menafikan hak rakyat Palestin untuk menikmati kehidupan yang sempurna selepas dimusnahkan oleh Israel. Sebenarnya Palestin tidak ada suara di pentas antarabangsa. Malah kunjungan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ke White House berhubung isu Gaza Jun tahun lalu adalah sia-sia. Pertemuan Mahmoud dengan Obama tidak membuahkan hasil yang diharapkan iaitu memberi tekanan kepada Israel.

Maka tragedi berdarah 31 Mei tahun lalu di mana sembilan aktivis Turki atas kapal Mavi Marmara dibunuh oleh komando Israel di perairan antarabangsa semasa menuju ke Gaza tidak terbela. Misi kemanusiaan itu disertai oleh beberapa negara termasuk Malaysia menaiki kapal yang membawa makanan, bahan binaan dan peralatan kepada pesakit. Tetapi kapal itu dihalang ke Gaza kemudian ditawan. Alasannya bimbang ada senjata untuk diseludupkan kepada pejuang-pejuang Hamas di Palestin.

Bukti

Israel mahu membiarkan 1.5 juta rakyat Palestin mati kebuluran selepas mengurung mereka dalam penjara terbesar. Caranya dengan menyekat bantuan antarabangsa kepada rakyat Palestin. Ini dibuktikan dengan tindakan menghalang bantuan misi kemanusiaan termasuk yang baru-baru ini.

Pertemuan Mahmoud dengan Obama penuh dengan retorik. Tidak ada perkembangan menarik, jauh sekali memenuhi harapan untuk memberi tekanan kepada Israel selepas banyak negara mengutuk tindakan membunuh aktivis itu. Obama sebenarnya melangsungkan dasar luar seperti presiden yang sebelum ini terutama sekali berkaitan dengan konflik di Asia Barat.

Adakah pembunuhan yang dilakukan oleh komando Israel tahun lalu bukan provokasi kepada dunia yang mencintai keamanan dan kemanusiaan? Hillary melihat flotila dari sudut pandangan AS yang memusuhi Palestin. Misi kemanusiaan itu diwujudkan kerana AS tidak memperlihatkan tanggungjawab sosial membantu Palestin. Sebaliknya flotila menjadi fobia kepada AS dan digambarkan satu pakatan menyerang Israel.

Dalam konflik Palestin sejak 63 tahun lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikawal oleh AS tidak menunjukkan peranan mereka. Malah PBB yang mengiktiraf Israel sebagai negara walaupun sebenarnya tanah air Palestin. Maka usaha memasukkan Palestin sebagai anggota PBB pada akhir Julai ini dilihat tidak banyak membantu mengeluarkan Palestin dari kongkongan Israel. Liga Arab telah melobi Majlis Keselamatan PBB membincangkan keanggotaan Palestin.

Kini nasib Palestin terletak kepada negara-negara dan pemimpin dunia yang berperikemanusiaan. PBB menerusi Majlis Keselamatan sudah tidak berperanan lagi dalam konflik Asia Barat khususnya Israel-Palestin. Sebaliknya Palestin mendapat sokongan dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) selepas tragedi serangan kapal Mavi Marmara tahun lalu. Mesyuarat Menteri Luar EU yang berlangsung di Luxemburg tahun lalu antara lain mendesak Israel membebaskan Gaza, mengutuk serangan terhadap aktivis dan mendesak diadakan siasatan bebas terhadap tragedi serangan komando Israel itu.

Beberapa negara EU secara terbuka mengkritik dasar tidak berperikemanusiaan Israel membunuh sembilan aktivis itu. Sementara Turki yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel mengancam memutuskan hubungan sekiranya Israel tidak meminta maaf. Tetapi malangnya Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) membisu sejak tercetus serangan berdarah terhadap aktivis kemanusiaan tahun lalu. Ini petanda OIC sudah hilang keberanian dan menunggu masa untuk mati.

Sumbangan

Melihat segala kesukaran yang melanda Palestin ketika ini, kita pasti teringat kepada bekas Presiden Mesir, Anwar Sadat yang menyokong perjanjian damai Israel-Palestin. Apa yang berlaku kepada Palestin, sebahagiannya adalah "sumbangan" Anwar Sadat yang menggadai Palestin untuk mendapat gelaran penerima Hadiah Nobel Keamanan 1978. Palestin telah memberikan sumbangan besar kepada Anwar Sadat untuk dikenang dunia sebagai "pejuang keamanan."

Tetapi di sebalik prestij Hadiah Nobel Keamanan yang diterima bersama Perdana Menteri Israel, Menachem Begin, Anwar Sadat meninggalkan lara berpanjangan kepada Palestin apabila memilih bersahabat dengan Israel. Inilah juga hasil putar belit Camp David yang mengusahakan perjanjian damai antara negara-negara Arab dengan Israel. Perjanjian damai itu diusahakan oleh AS menerusi bekas Presiden Jimmy Carter. Bagaimanapun semua negara Arab lain menolak kecuali Mesir. Anwar Sadat telah menandatangani perjanjian damai di bawah pelan Camp David dengan Menachem Begin pada 26 Mac 1979.

Pembunuhan Anwar Sadat pada 1981 berpunca daripada sikapnya yang tunduk kepada AS hingga menandatangani perjanjian damai dengan musuh negara-negara Arab itu. Dia perlu mati kerana hidup dan maruahnya telah digadaikan kepada musuh manusia.

Perjanjian damai itu satu kejayaan AS menamatkan perang Arab - Israel sejak 1948. Hasil bagi Mesir ketika itu ialah bala tentera Israel dikeluarkan dari Semenanjung Sinai yang ditawan Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967. Perjanjian itu juga memberikan imbuhan yang lebih besar kepada Israel apabila mereka boleh menggunakan Terusan Suez sementara Selat Tiran dan Teluk Aqaba sebagai perairan antarabangsa. Jadi, tidak mengejutkan kalau Hillary menunjukkan sikapnya yang condong kepada Israel kerana sejarah silam membuktikan AS ada kepentingan dengan Israel.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved