Sabtu, 9 Julai 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Khairy, Abdul Azeez ditahan

Posted:

Khairy, Abdul Azeez ditahan

Khairy, Abdul Azeez ditahan


KHAIRY Jamaluddin turut ditahan semasa menghadiri perhimpunan Patriot di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 9 Julai - Empat ahli UMNO termasuk Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin ditahan polis kerana menyertai perhimpunan Patriot sebagai membantah perhimpunan haram Bersih hari ini.

Tiga individu lain yang ditahan ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Megat Firdaus Megat Junid dan Exco pergerakan itu, Lokman Noor Adam.

Penahanan tersebut dilakukan kerana keengganan mereka untuk bersurai dan membatalkan perhimpunan Patriot.

Keempat-empat mereka merupakan antara yang tersenarai sebagai 91 individu yang dilarang masuk ke beberapa kawasan di ibu negara hari ini.

Kira-kira 500 ahli UMNO menyertai perhimpunan Patriot sebagai membantah perhimpunan Bersih yang diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga.

Ahli yang menyertai perhimpunan Patriot mula berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada pukul 1.30 petang sebelum berarak menuju ke Stadium Merdeka untuk membantah perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu.

Sepanjang perarakan tersebut, mereka menyanyikan lagu Barisan Kita untuk menaikkan semangat.

Walaupun hujan lebat sepanjang perarakan itu, ahli UMNO masih tidak mahu berganjak dan meneruskan hasrat ke Stadium Merdeka.

Bagaimanapun, kemaraan perhimpunan Patriot dihalang oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di persimpangan Jalan Bukit Bintang-Jalan Pudu.

Pihak FRU kemudiannya memberi arahan supaya mereka bersurai bagi mengelakkan berlaku kekasaran.

Bagaimanapun, arahan tersebut tidak diendahkan sehingga menyebabkan FRU terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan itu.

Dalam kekecohan itu, pihak polis menahan keempat-empat individu terbabit sebelum berjaya menyuraikan perhimpunan itu 30 minit kemudian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar pakar 'jalan belakang'

Posted:

Anwar pakar 'jalan belakang'

Anwar pakar 'jalan belakang'

KUALA LUMPUR 9 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa memperalatkan Datuk S. Ambiga untuk memimpin perhimpunan haram pada kali ini kerana tahu rakyat sudah sedar putar belit dan lakonan beliau.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, rakyat juga sudah tidak percaya kepada Anwar dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail termasuk anaknya, Nurul Izzah untuk memimpin perarakan.

"Sekali lagi Anwar membuktikan dirinya adalah pakar mendapatkan sesuatu dari 'jalan belakang'. Kita mahu tahu berapa banyak upah yang dibayar kepada Ambiga sehingga sanggup menjadi kuda tunggangan Anwar.

"Sehingga kini juga Ambiga masih belum memberi respons kepada pertanyaan dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mengenai apa hukuman dari segi undang-undang jika seseorang itu membuat laporan palsu kepada polis," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Kira-kira 10,000 penyokong Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) tetap berdemonstrasi di sekitar ibu kota hari ini meskipun dihalang oleh pihak berkuasa.

Antara yang ditahan pada perhimpunan haram itu ialah Ambiga bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin pembangkang lain.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, Ambiga telah dikambinghitamkan oleh Anwar supaya kerajaan, musuh politik termasuk rakyat keseluruhannya tidak lagi memberi tumpuan kepada kes yang sedang dihadapi beliau sekarang.

Katanya, perhimpunan Bersih pada hari ini juga bertujuan menarik perhatian rakan sekutu Yahudi dan negara luar seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia sebagai mendapat simpati politik dan salah guna kuasa.

"Anwar mempergunakan Ambiga yang merupakan seorang penyokong murtad hanya untuk menilai dan mengkaji keteguhan iman dan pemikiran masyarakat Melayu Islam serta pemimpin ulama adakah mereka masih masih lagi kuat dan semangat kasihkan sesama bangsa dan Islam.

"Justeru, ideologi Parti Komunis Malaya (PKM) secara tidak langsung mudah untuk diserap masuk dalam pemikiran rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved